Wednesday, January 24, 2024

Temujanji MOPD Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susulan ambil darah hba1c minggu lepas, hari ini Sha jumpa doktor.. Alhamdulilllah.. Keputusan ujian darah Sha tak memerlukan Sha untuk makan ubat.. Doktor cuma minta Sha untuk pantau secara berkala di rumah sahaja.. Kawal pengambilan gula Sha juga.. Laporan gula dalam darah Sha masih terkawal cuma doktor akan teruskan susulan temujanji 2 kali setahun.. Selebihnya doktor minta Sha teruskan kawalan pengambilan gula.. Lega rasanya.. Cumanya ken abeli alat uji gula dalam darah sahaja.. Ini untuk memudahkan Sha mengawal gula..

Kita ambil nombor dulu untuk jumpa doktor.. Selesai jaga kaunter nombor, baru pergi jumpa doktor..

ebook | Quiet Girl in a Noisy World: An Introvert's Story by Debbie Tung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Comel gila buku komik ini.. Kisah gadis yang lebih suka menyendiri, dan menghabiskan masa membaca di rumah.. Namun dalam masa yang sama cuba juga untuk bersosial dengan rakan-rakan.. Ditemukan dengan seorang ellaki yang sangat memahami dna menerima diri dia seadanya.. Memang jodoh yang mantap.. Perempuan ini cuba berkerja dan bergaul dengan rakan sekerja namun kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti dan melakukan kerja secara bebas.. Itupun selepas mendapat sokongan suaminya.. Memang buku yang best..

Sha baca dan selesai pada 22.01.2024..

Published November 7, 2017 by Andrews McMeel Publishing

Tragedi Petang 23 Januari 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang semalam lepas ambil dan hantar anak-anak balik rumah, Sha pergi tunggu encik suami sampai dekat pejabat dia.. Tunggu sebab selisih dengan bas yang encik suami bawa, lagipun hujan.. Risau encik suami kebasahan sebab beliau ke pejabat dengan motor.. Nak dijadikan cerita, Sha dengar bunyi keletak keletak masa kereta bergerak.. Memang pelik.. Sha berhentikan kereta tepi jalan, tak nampak apa-apa.. Jalan lagi.. Kali kedua Sha berhenti baru nampak skru terpacak dekat tayar.. Makanya ke kedai tayarlah kita.. Elok sampai kedai tayar, skrunya dah hilang.. Pekerja kedai tayar tu periksa tayar dan tampal.. Bayar RM5.. Mujurlah.. Kalau tak melayang entah berapa ratus.. 

Tu dia.. Elok je tercacak..

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, January 23, 2024

ebook | The Perfect Place to Die by Bryce Moore

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adoi.. Frustrated betul dengan watak utama dia Zuretta tu.. kikiki.. Terlalu mencuba melakukan semuanya secara sendiri dengan niat ingin cepat-cepat jumpa adik dia Ruby yang hilang secara tiba-tiba.. Ruby ini asalnya lari dari rumah dan pergi ke Chicago untuk berkerja.. Kiranya dapatlah kerja dan berkenalan dengan seorang lelaki tapi Ruby tak cerita dia kerja dekat mana dan siapa lelaki tu.. Cumanya setiap minggu dia akan hantar surat maklumkan perkembangan dia.. Hinggalah tiba-tiba tiada lagi surat Ruby.. Zuretta tahu adik dia dalam bahaya jadinya di pergi Chicago untuk cari adik dia.. Awal-awal dah kena tipu bila barang-barang dia semua kena curi.. Lepas tu nasib baiklah terjumpa Thomas dan Phebe yang banyak menolong.. Sambil berkerja mencari duit, sambillah Zuretta ini mencari maklumat mengenai adik dia.. Akhirnya berjaya juga dia jumpa tempat kerja Ruby dan kenal lelaki yang Ruby suka.. Tapi tu lah.. Sepanjang penyiasatan tu, agak kacau bilau dan tak berapa logik.. Tambah bila dah tahu bahaya, patutnya tak payah teruskan dah.. Ish.. Ish.. Tapi tu lah, penjahatnya depan mata je..

Sha baca dan selesai pada 22.01.2024..


US | Trolls Band Together (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syok layan filem ini sebab muzikal filem kan.. Kebanyakan lagu dia pun best-best.. Kisahnya abang Branch iaitu Floyd diculik Velvet dan Veneer untuk dituai kehebatannya menyanyi.. Bermullah misi berbaik antara Branch dan abang-abang dia demi menyelamatkan Floyd.. Semasa pencarian abang Branch yang lain, Poppy turut menjumpai kakaknya Viva yang terpisah semasa serangan Bergens.. Selepas konflik kecil, akhirnya mereka berjaya berkerjasama menyelamatkan Floyd.. Ohsem..

Trolls Band Together
2023 ‧ Animation/Adventure/Comedy/Fantasy ‧ 1h 31m
Poppy discovers that Branch and his four brothers were once part of her favorite boy band. When one of his siblings, Floyd, gets kidnapped by a pair of nefarious villains, Branch and Poppy embark on a harrowing and emotional journey to reunite the other brothers and rescue Floyd from a fate even worse than pop culture obscurity.

ebook | I Will Judge You by Your Bookshelf by Grant Snider

Assalamualaikum
Hye semua..

Buku ini kan jadi lebih syok dibaca selepas Sha baca Book Love by Debbie Tung.. kikiki.. Walaupun sebenarnya Sha mula dengan buku ini suku jalan tapi lepas tu Sha pergi baca Book Love by Debbie Tung dulu.. kikiki..

Ada satu bahagian tu penulis bubuh pasal buku yang tak berjaya dihabiskan dengan tajuk "Ode To An Unfinished Book".. Memang betul-betul macam Sha.. Sha akan cuba cari alasan untuk berhenti dan mulakan buku baru kalau buku yang Sha baca tu tak kena dengan Sha tapi dalam masa yang sama keinginan nak tahu kesudahan buku tu kuat.. kikiki..

Selain pasal pembaca, buku ini juga sampaikan keadaan tentang mereka yang jadi penulis.. Tentang keputusan idea, semangan nak menulis, terlalu banyak idea dan lain-lain..

Sha baca dan selesai pada 20.01.2024

Published April 14, 2020 by Abrams ComicArts

Monday, January 22, 2024

Lee Nutri Multigrain Biscuits

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan biskut Julie's OAT 25 Ten Grains kan.. Kali ini jenama Lee pula.. Sha beli di kedai ECO tau.. Pasaraya atau kedai lain memang tak ada nampak jual biskut ini.. Pada Sha jenama Lee ini lagi sedap dan kena di tekak Sha.. Harga dia pun okaylah.. Saiznya, pembungkusannya memang sesuai sangat dijadikan snek masa sarapan atau bila nak cepat ke mana-mana.. Mengenyangkan.. 

Lee Nutri Multigrain Biscuits (150g) - RM2.40
Mix of 10 whole grain:- Brown Flax,Wheat Flakes, Triticale Flakes, Rye Flakes, Barley Flakes, White Sesame Seed, Spelt, Whole Quinoa, Hulled Millet & Quick Oats.

10 pek comel

Setiap pek ada 3 keping biskut

ebook | Book Love by Debbie Tung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang sangat-sangat ohsem dan patut dibaca semua pencinta buku.. Memang tepat sangat apa yang digambarkan penulis tentang pencinta buku.. Walaupun masih ada buku yang belum dibaca, Sha tetap akan beli buku lagi kalau jumpa buku yang bagus.. Miliki dahulu, baca kemudian.. Kedudukan membaca, dimana-mana sahaja boleh jadi tempat untuk membaca.. Penanda buku, membaca sebagai satu kepuasan dan juga pelarian dari dunia realiti.. Terbaiklah buku ini..

Sha baca dan selesai pada 20.01.2024..

Published January 1, 2019 by Andrews McMeel Publishing

Koleksi Terbaru Penulis Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli Tiga Jumaat oleh Maria Kajiwa sebab buku ini hanya dicetak sebanyak 200 naskah sahaja dan penulis jual 190 naskah.. Sha pemilik ke 23.. Alang-alang beli melalui Shopee, Sha beli sekali buku penulis yang sebelum ini bertajuk Luk Thep.. Penulis memang galakkan pembelian melalui Shopee.. Walaupun melalui Shopee, tetap ada tandatangan dan cenderahati dari penulis..

Luk Thep & Tiga Jumaat

Ada penanda buku, button badge, kad terima kasih dan sticker ngeri.. Owh ya, ada juga tandatangan beliau..

Pemilik ke 23..

Buku ini pun ada tandatangan dan sedikit kata-kata dari penulis beserta penanda buku..

Aik Cheong It’s Cup Matcha Latte-Nata De Coco

Assalamualaikum..
Hye semua..

Matcha latte dari Aik Cheong.. Sedap, tak manis dan rasa matchanya tak terlalu kuat.. Unik nya air ini ada nata de coco.. Rasanya tak pelik pun.. Menarik.. Sambil minum sambil mengunyah.. kikiki.. Owh ya, nak bubuh gula perang tu pun okay, tak bubuh pun okay je.. 

Aik Cheong It’s Cup Matcha Latte-Nata De Coco (72g) - RM4.00

Matcha Tea Premix (30g)
Nata de Coco (32g)
Brown sugar (5g x 2)

Siap di bancuh.. Nampak tak nata de coco tu..

Dia bagi straw sekali.. Senang nak sedut nata de coco tu..

Sunday, January 21, 2024

ebook | The Boys I've Loved & The End of the World Catarine Hancock

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca buku puisi ini sebab tertarik dengan tajuk dia.. Cumanya isu yang dibawakan penulis mungkin tak akan disukai ramai.. Sha dah baca baru tahu ada beberapa perkara yang tak sesuai tapi ini sekadar bacaan dan Sha seronok untuk meneroka bahan bacaan yang pelbagai dan ini salah satunya.. Tak baca, kita tak tahu..

Buat masa ini Sha tak ada pengkhususan bahan bacaan, Sha baca je apa yang menarik pada mata Sha.. Jadinya, jom layan..

Sha baca dan selesai pada 19.01.2024

cover art by mikaela bailey
Published September 20, 2017 by Createspace
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com