Sinopsis
Tragedi Di Lampu IsyaratSelepas kemalangan, Rita dikejutkan dengan suara Jul yang berada dalam dirinya. Jul meminta pertolongan Rita untuk membantu adiknya Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya juga tidak diketahui.
Menari Dalam Duka
Arzam Domino terlibat dengan kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia diserang hendap. Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba perbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.
Dendam Bunga Dahlia
Eda, Dania dan Tihani merupakan rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yang lain bercuti di Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorang pembunuh yang memburu mereka untuk membalas dendam.
Buru Bayangan Luka
Selepas kematian bapa, Azalea menjadi murung hingga memberi kesan kepada mentalnya dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Selepas 10 tahun, dia tiba-tiba diburu oleh seorang pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yang percaya cerita yang disampaikan Azalea kerana penyakitnya.
Cinta Berdarah
Helmi kehilangan tunang tersayang dalam satu pembunuhan ngeri. Akibat tekanan yang dihadapi, dia mula menjejaki pembunuh tunangnya. Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh orang yang disangkakan pembunuh tunangnya itu.
ULASAN SAYA : Saya paling suka cerita Tragedi di Lampu Isyarat & Buru Bayangan Luka... kedua-dua cerita ini membuatkan saya ingin membaca sehingga ke perkataan yang terakhir.. apakah yang akan terjadi selepas ini membuatkan saya tercari-cari.. sukar untuk meneka siapakah sebenarnya yang jahat.. sebab watak yang diolah membuatkan saya x dapat nak meneka..
Cinta Berdarah x mampu saya fahami.. agak mengelirukan dan memeningkan.. runsing saya membacanya.. Betul-betul buat jiwa saya kacau bilau...
Dendam bunga Dahlia dan Menari dalam Duka juga menarik untuk dibaca cuma Menari dalam Luka membuatkan saya sedikit geram.. APakah Arzam akan kembali ke KL menyelamatkan kawannya ataupun terus menyepi di kampung itu...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..