Assalamualaikum..
Hari ini kasih nak berkongsi mengenai masalah kulit yang terjadi pada anak kasih yg kecik..
Mulanya dikatakan masalah kulit iaitu Ekzema tapi kemudiannya Kudis Buta.
Memula mari Kasih terangkan mengenai Ekzema.
Apa itu ekzema?
Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia
dua tahun.
Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema,
asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan
alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
Maklumat lanjut boleh ke
Baby Center.
Masa memula anak kasih Nur Imani kena penyakit ini kami bawa dia ke klinik kerajaan, dan juga swasta.. Kesian tengok dia menggaru.. lepastu kulit dia merah-merah..
Rawatan yang nampak berkesan ialah bila kami bawa dia ke Klinik Nagoke di Tanjung Tualang.
Mahal.. Tapi Alhamdulillah ubat tu serasi..
Jauh dan kena pergi awal klinik nie.. Ramai sangat orangnye..
Kena beratur amik nombor dan tunggu giliran..
Ada yang datang dari Johor dan KL..
bawaklah bekal makanan ye.. sebelah Klinik nie ada kedai mamak..
Mujur kami datang awal, jd xdelah lama menunggu..
Menurut kata doktor tu, penyakit ni biasanya sampai umur dia dua tahun jer..
InsyaAllah lepas 2 tahun penyakit ini akan hilang sendiri..
Selain ubat dekat Klinik, kasih bagi dia makan ubat dari Produk Elken.
Produk yang kasih gunakan dari Elken..
Alamat klinik di Tanjung Tualang itu..
Klinik Nagoke
No. 9 Laluan Sungai Durian,
31800 Tanjung Tualang,
Perak Darul Ridzuan
05-3609217