Tuesday, March 31, 2015

Peperiksaan Online

Alhamdulillah..
mintak tahun 2013..
X sangka awal tahun 2015 dipanggil untuk Peperiksaan online..
Walaupun baru peperiksaan, tapi rasa bersyukur sangat..
Kalau dapat Alhamdulillah.. Kalau x dapat pun Alhamdulillah..
Kita merancang, Allah yang menentukan...

Update: Alhamdulillah..berjaya juga melaluinya.. Exam berjalan lancar..xde tersekat2..smooth je..mungkin sbb wat sebelah malam..tp dianya debaran mcm nk exam SPM..hahaha..mmg lawak..

Ada 3 bahagian..
Bahagian 1 : Pengetahuan AM (ok lah..x susah dan juga x terlalu senang..ok ok je..)
Bahagian 2 : Daya Menyelesaikan Masalah (Pergh..yg nie susah..logik, interpretasi data dan matematik..rasa mcm xcukup masa)
Bahagian 3 : Penaksiran Personaliti (yang ni dia bg ko 3 jawapan iaitu a.pasti b.tidak pasti c.tidak...dgn 95 soalan..paling cepat siap..hahaha..soalan dia kalo ko baca ko da tau jwpn..)

Pengalaman pertama melalu exam online..start kul 8 mlm smpai kul 10 mlm..

Monday, March 30, 2015

Demam Campak (Part 2)

Selepas dua minggu kami bercuti..
Imani semakin pulih..
Kesan2 campak dah mula mengering..
Alhamdulillah..
Imani pun dah semakin kurang menggaru..
Cuma bahagian kaki dan tangan dia kulitnya menggelupas dan ada kesan melepuh..
So untuk memastikan dia nya campak tu hilang
Aku gunakan bedak sejuk (Mak mertua i buat sendiri nie)
Aku juga gunakan losyen Tea Tree jenama Cosmoderm untuk melembapkan kulit dia yg kering..
Untuk mandian dia, aku pakai sabun Neem jenama Margo..
Katanya elok untuk mereka yang terkena campak..
Sabun nie diperbuat dari daun semambu..

Kita hanya berusaha Allah juga yang menyembuhkan..


 Bedak sejuk yang dibuat sendiri oleh Mak Mertuaku

Inilah sabun dari daun Mambu..
(Kalau xnak guna yang nie, ada lagi jenama lain..Search je kat Encik Google)

Thursday, March 26, 2015

Demam Campak (Part 1)

Seminggu dah Nur Imani kena demam campak..
Ini kali kedua dia kena demam campak..
Masa umur dia 7 ke 8 bulan dah kena sekali..
Masa tu naik ruam dan bintat2 jer..
Kali ini agak teru juga..
Bermula dengan demam, lepas tu naik ruam dan bintat2..
Kemudian masuk ari yg ke empat dia keluar gelembung2 berair pula..
Makin lama makin banyak dan demam dia pun mula on dan off
Kemudian masuk ari yg Ketujuh, Imani nampak sangat flat..
langsung x mau menyusu.. baring je dalam buai...
Kami risaulah sebab dekat kawasan kitorang nie ada kes denggi..
So malamnya bawak dia gi emergency..
Sampai emergency, doktor sukat suhu dia da 39.9..
So terus kod kuning.. diberi rawatan terus..
Masuk lah ubat bontot dua biji..
Kemudian amik darah dua botol kecik..
Masukkan air 100ml..
Barulah dia cergas sikit...
Pergh pengalaman ngeri.. huhuhu..

Rawatan
Antara rawatan yang saya buat dekat Imani ialah...
Sapu Calamine lotion yang diberi oleh klinik..
Mandikan dia dari kaki ke kepala..
Biarkan dia berlengging..
Pampers pun saya x pakaikan..
Amik air penawar.. (Risau ketegur)
Mandikan dia dengan air yang dicampur daun mambu..
Sapukan bedak sejuk yang juga dicampurkan dengan daun mambu..
Kami juga pergi ke Klinik swasta untuk third opinion..
Berusaha selagi termampu..
Banyak juga ubat yang dia bagi..

Bila dia gatal jer saya sapukan apa yg tercapai dek tangan.. kalau ada calamine,
saya sapu calamine.. Kalau ada bedak sejuk saya sapu bedak sejuk..
calamine dan bedak sejuk nie untuk mengurangkan kegatalan..

Tempat rawatan yang saya pergi
1. Klinik Kesihatan Tanjung Malim
    Jalan Ketoyong, Tanjong Malim, Perak
    05-4596333

2. Emergency Hospital Slim River.
    35800 Slim River, Perak
    05-452 64673.

3. Klinik Chong
    Alamat : 632, Jalan Ibrahim Mohd. Dom, Slim River, Batang Padang, Jalan Ibrahim Mohd Dom,       Kampung Manggis, 35800 Slim River, Perak
    No Telefon : 05-452 0296
    (yg nie mahai ko... Kalau uo'lls pergi bawak la duit byk sikit ye..tapi ubat dan layanan doktornya         bagus..Kalau x, xde lah org dari jauh pun datang sini.. )

Apapun kita berusaha.. Yang menyembuhkan Allah...
Tanpa usaha xde lah hasilnya.. ye x..
Pesanku sepanjang anak kena demam campak nie, mak dan ayah kena banyak2 bersabar..
Sebab kanak2 nie akan merengek dan meragam..
Dia x sehatkan..

Layan Gambar ye..

 First day keluar selepas 4 hari kena demam campak

dah mula keluar biji-biji air

 Masuk air di Emergency Hospital Slim River


Balik dari Hospital baru berselera nak makan

Nie lah daun Mambu/Semambu

Tuesday, March 24, 2015

Blog Jualan

Hai..
aku ada buat satu lagi blog..
Blog tu khas untuk jualan produk2 hasil tangan ku..
Nama blog tu Kasih Shadz..
Maaflah ye.. hakak memang suka nama kasih nie..
hehehe.. kalo ada anak lg memang nak bubuh nama kaseh...

Blog nie baru je buat.. Jemput-jemputlah singgah..
nie link dia.. Kasih Shadz..

Saturday, March 14, 2015

Belajar Memasak - Lasagna dan Sheperd Pie

13 March 2015

First time mengikuti Kursus memasak di Kolej Komuniti..
Sebelum nie mmg tau Kolej Komuniti ada wat kursus memasak..
Cuma x berkesempatan nak ikot jer..
Alhamdulillah kali ini berpeluang..
Walaupun tenaga pengajarnya bukanlah chef2 terkenal tapi Alhamdulillah..
Ilmu baru dapat ditimba..
Satu pengalaman yang menyeronokkan..

Kursus nie buat dekat Kolej Komuniti Hulu Selangor.
Setengah hari je pun..
Peserta x ramai..
tu yg lg best..
Kursus diajar dengan cara..
Cikgu memasak dan kita melihat serta diadakan sesi soal jawab..
Kemudia peserta memasak mengikut cara yang telah ditunjuk serta resepi yang diberi..
Terpulang pada peserta nak buat macam mana..

Best giler..
dapat ilmu, dapat bawa balik hasil..
Kepada yang berminat nak amik kursus pendek bolehlah melayari

http://www.jpkk.edu.my/jpkk/index.php/program-ditawarkan/kursus-psh-mengikut-bulan.html

 Kelas Memasak - Kolej Komuniti Hulu Selangor

Cikgu tengah terangkan bahan-bahan yang diperlukan

Sedang di bakar.

Inilah Hasilnya.. Yg empat segi tu Lasagna.. Yg oval tu Sheperd Pie


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com