Assalamualaikum..
Hye semua..
Permulaan novel ini memang menarik.. Semuanya bermula bila Sufian ditangkap kerana tak berkahwin lagi dan dibawa ke Penjara Sepi.. Selain Sufian, ada beberapa orang lagi yang turut ditangkap iaitu Megat, Paul, Anggerik dan Joanna.. Sepanjang di Penjara Sepi memang berlaku beberapa perkara menarik seperti perjumpaan semula Sufian dan kawan baiknya Hairul.. Tiba-tiba Hairul berkahwin dengan Maria dan kemudiannya kemunculan semula Hairul di Penjara Sepi secara sembunyi dan ingin lari.. Sufian tiba-tiba diajak Joanna untuk berkahwin.. Misteri yang tak terungkap bila Megat boleh tahu apa sahaja yang terdetik di hati Sufian..
Tapi bila masuk bab mereka berjaya melarikan diri, ada perkara yang tak masuk akal dan penceritaan penulis seolah-olah hilang keseronokkannya..
Sha baca pada 22.06.2022 dan selesai pada 23/06/2022..
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published March 2021 by Buku Fixi
kesian juga kena masuk penjara sebab tak kahwin. diskriminasi betul..haha
ReplyDelete