Assalamualaikum..
Hye semua..
Awal membaca Sha sangkakan cerita ini bersifat seram dan mistik tapi bila dah membaca rupanya lebih pada masalah psikologi seorang lelaki yang merasa bersalah dan cuba bangkit membina hidup.. Lelaki ini ayah Sarah iaitu Ramli.. Sarah ini pula seorang kanak-kanak yang selalu menyendiri dan bertemankan Lisa.. Lisa yang hanya boleh dilihat Sarah.. Dalam masa yang sama novel ini juga turut menyampaikan cerita mengenai Bun dan Fakar, dua manusia yang tersalah percaturan dan cuba menculik Sarah.. Agak berselirat cerita dalam novel ini..
Sha agak kelelahan menghabiskan pembacaan semata-mata nak tahu siapakah Lisa tu.. Akhirnya dihujung cerita, penulis membongkarkan identiti Lisa.. Penat menghadam akhirnya jawapan yang ditemui tidaklah seperti yang disangkakan..
Sha baca pada 07.07.2022 dan selesai pada 08.07.2022..
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published November 3rd 2020
hahaha boleh imagine rasa kecewa kak sha tu
ReplyDelete