Assalamualaikum..
Hye semua..
Awalnya Sha pandang ringan buku ini sebab buku remaja kan.. Tapi tak sangka penulis berjaya mengolah satu cerita yang bermain dengan emosi, persahabatan dan kekeluargaan berdasarkan isu semasa kita pandemik.. Memang terbaiklah penulis..
Kisah Ilham dan Nadine yang terpaksa melalui fasa pandemik dengan keadaan yang berbeza.. Ilham merupakan budak sekolah yang menjadikan kerja penghantar sebagai kerja sambilan beliau.. Nadine pula anak orang kaya yang tahu bershopping di shopee tanpa mengira masa.. Bila pandemik melanda Ilham masih lagi boleh ke sana ke mari disebabkan kerja sebagai budak penghantar.. Nadine mula menjadi murung kerana terkurung dan kemudiannya mendapat tahu yang ibu bapa mereka tidak lagi menerima gaji.. Dari sini Ilham mula membantu Nadine untuk bangkit dan melangkah.. Ibu Nadine turut membantu.. Tanpa Ilham dan Nadine tahu, ibu-ibu mereka rupanya ada sejarah silam yang tak diduga..
Sha baca dan selesai pada 01.07.2022..
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2022 by Bookiut
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..