Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam malam anak-anak ajak menonton wayang cerita Minions.. Sha dan encik suami pun bawalah mereka ke TGV Aeon Rawang.. Tapikan teruk betul pengurusan TGV.. Sampah bersepah-sepah, tandas kotor dan berbau.. Pergh!! Ngeri betul.. Memang teruklah pada Sha pengurusan mereka.. Kaunter tiket semua dah ekspress tapi kebersihan memang ke laut dalam.. Panggung pun kotor..
Minion ini lebih sesuai tonton di tv je.. Jalan cerita dah boleh agak.. Kalau untuk bawa anak-anak, okaylah.. Kalau saja nak tengok, pada Sha sangat tak berbaloi dengan harga tiket yang dah mahal gila.. hahaha..
Sha puas hatilah anak-anak gembira.. Ini yang penting sebenarnya.. Cerita best atau tak kita kena tolak tepi.. kikiki..
Mungkin staff ramai yang cuti raya kot. Panggung TGV dekat tempat saya ok je. Satu lagi sikap penonton sendiri, lepas makan / minum dalam panggung, tak reti nak angkut sampah sendiri buang kat dalam tong sampah di luar. Main tinggal je kat seat masing-masing. Tapi citer Minion tu mmg best. Anak2 saya pun enjoy :) Selamat Hari Raya Aidiladha Sha.
ReplyDeleteSelamat menonton filem di pawagam
ReplyDeleteBetul tu. Tiket wayang makin mahal skrg. Abe kie lebih selesa menonton streaming services skrg....
ReplyDeleteSamalah... minions ni juga wayang pertama selepas pandemik saya...
ReplyDeleteKami br tgk semalam selepas 2 thn x mewayang.. hehehe
ReplyDeletestress jugak lah kalau tandas kotor macam tu. Tak selesa langsung. Spoil terus mood nak tengok cerita
ReplyDelete