Wednesday, June 7, 2023

Kenangan 03 Jun 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuti sekolah ini memang tak ada bawa anak-anak bercuti ke apa, sekadar belikan komik dan novel secara atas talian.. Jadinya encik suami ajak ke Janda Baik, Pahang.. Katanya ada tempat makan best dan ada kopi.. Bolehlah makan dan pekena kopi.. Perancangannya nak keluar awal tapi di sebabkan kekangan masa dan laluan yang dah berubah, kami sampai ke Janda Baik dah lewat..


Mujurlah Sha dah siapkan roti telur sebagai bekal, tak adalah kelaparan.. Sampai di tempat makan, nasi lemak dan makanan sarapan yang lain dah habis.. Sha agak stress jugalah sebab tak ikut perancangan.. Mujurlah ada Kopi Kamboh yang sedap.. Terus emosi jadi baik.. kikiki.. Asalnya kami nak balik terus lepas ke Janda Baik lalu Sungai Koyan.. Tapi tiba-tiba encik suami cakap nak ke Jerantut sebab tak pernah sampai.. Jomlah kita..

Kami terus ke Lemang Toki 2 untuk brunch.. Ini cawangan dia yang kedua.. Rasa lemang dia sama je.. Berlemak, lembut dan cukup rasanya.. Ada nasi berlauk juga.. Bagi anak-anak makan nasi dan Sha amik set lemang dengan rendang ayam.. Lepas tu tapau keropok lekor goreng.. 

Kami lalu highway Mempaga.. Separuh jalan je highwaynya.. Tak siap lagi.. hehehe..

Singgah sini.. Berjalan sambil belajar Geografi.. kikikiki.. Best tempat ini untuk bergambar dan pengetahuan Am..

Kemudian terus ke Temerloh.. Ambil gambar tanda hadir.. hehehe..

Ini batu yang tulis Selamat Datang ke Jerantut, patutnya parking belah depan.. kikiki.. Bukti kuda merah dah sampai sini..

Yeah!! Sampai juga Jeti Kuala Tembeling ini.. Dua sungai yang bertemu di sini.. Tak ada apa pun kecuali jeti tempat orang mancing.. Eh, ada perkhidmatan naik bot kalau berminat.. Singgah ambil gambar dan terus ke pekan Jerantut.. Tapau piza di AnakDol Piza dan makan malam di Sate Temeen.. 

Sebelum sampai Jeti ini, Sha bawa kereta bermula dari tempat makan Sate Temeen tapi lepas tu Sha pass balik dekat encik suami.. Jalannya agak menakutkan.. kikiki..

Sampai juga Pekan Kuala Lipis ini... Cantik wei pekannya.. Berjaga bersih dan tak banyak kenderaan.. Sha bawa anak ke SMO Bookstores dan tapau kopi di Coffeur..

Sekolah yang ditaja Dato' Sri Siti Nurhaliza..

Kami gerak dari Kuala Lipis ke Bentong untuk balik.. Tak jadi lalu Sungai Koyan sebab dah gelap dan jalan Sungai Koyan tu agak sunyi.. Merasalah tengok kereta yang banyak arah ke Kelantan lalu sini..

Singgah makan malam di Hentian Genting Sempah.. Amani dah kelaparan.. 

Lepas tu terus gerak balik.. Berhenti sekejap di Tol duta untuk tukar pemandu.. Sha bawa sampai rumah..

6 comments:

  1. kdg2 jln2 tanpa plan best juga

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..seronok nya jenjalan satu family...

    ReplyDelete
  3. Jalan² Pahang tengah...SMO bookstores femes di pantai timur..

    ReplyDelete
  4. Alang-alang terus jalan sekitar Pahang. Bila lagikan?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com