Monday, June 19, 2023

Taiwan | Oh No! Here Comes Trouble (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Maaflah.. Episod pertama tak ada babak yang menakutkan tapi masuk episod 2 keluar babak seram campur kelakar.. Tak tahulah nak takut ke nak gelak.. Menarik betul drama ini.. Tapi jangan tertipu dengan seram dan lawak yang dihidangkan.. Drama ini juga turut menyampaikan perasaan seorang anak yang kehilangan ayahnya.. Bagaimana dia merawat hatinya..

Drama ini berjaya tangkap Sha untuk tonton hingga ke episod akhir.. Sha tertarik sangat dengan watak utama iaitu Pu Yi Yong.. Walaupun berada dalam keadaan keliru dengan kebolehan yang dimiliki dan sedih dengan kehilangan ayah dia, namun dia tetap cuba membantu mereka yang datang meminta tolong.. Chen Chu Ying ini pula polis yang membantu Yi Yong dalam menyelesaikan kes yang datang pada Yi Yong tapi lebih pada kepentingan peribadi sebenarnya.. Geram juga seba dia fokus pada peningkatan kerjaya dia.. Tak fikir langsung perasaan Yi Yong tapi masuk episod ke 11 baru nampak perubahan.. Geram sangat dengan polis ini.. Lepas tu ada juga Cao Guang Yan, rakan sekelas Yi Yong yang selalu kemalangan disebabkan Yi Yong.. kikiki.. Tapi tak sangka lepas 2 tahun, Guang Yan pinda sebelah rumah Yi Yong dan turut membantu Yi Yong.. Paling kelakar bila Yi Yong tidur rumah Guang Yan seba tak nak hadap mereka yang datang minta tolong dia..

Filem ini berunsurkan supernatural dengan kebolehan Yi Yong menulis kaligrafi bagi membantu mereka yang tak nampak di mata.. Tapi tak seram pun sebaliknya agak menyedihkanlah juga..

Drama: Oh No! Here Comes Trouble
Also Known As: Bu Liang Zhi Nian Qing Chu Shi
Screenwriter & Director: Lin Kuan Hui
Genres: Mystery, Comedy, Drama, Supernatural
Country: Taiwan
Episodes: 12
Aired: Apr 15, 2023 - May 13, 2023
Aired On: Saturday
Original Network: iQiyi
Duration: 52 min.
Pu Yi Yong is a typical high school student. When he unexpectedly gains superpowers after waking up from a car accident, his previously uneventful life is suddenly not so ordinary anymore.

2 comments:

  1. comel lah hero dia, nanti nak try tengok jugak lah sebab 12 episod je hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh mahir kaligrafi tu. jarang2 cerita cina ketengahkan hal ni dlm filem atau drama

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com