Sunday, September 15, 2024

F&N Seasons Barley

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap juga airnya.. Tak manis.. Terasalah barli tu.. Cuma kurang best sebab tak ada ketulan barli tu tapi ada serdak dihujung-hujung air.. Kurang menarik.. Namun begitu rasa barli tu adalah walaupun tak ada isinya.. Beli lagi? Mungkin tidak.. kikiki..

F&N Seasons Barley (300ml) - RM3.50

India | Dora (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini tentang seorang perempuan yang cepat naik angin bernama Pavalakkodi.. Pada suatu hari, kerana marahkan mak saudara dia yang tak ingin meminjamkan kereta buat mereka ke kuil, Pavalakkodi telah bersumpah yang dia juga akan menjalankan pereniagaan kereta sewa dan menjadi lebih terkenal dari mak saudara dia.. Semasa mencari kereta untuk dijadikan kereta sewa, Pavalakkodi telah membeli sebuah kereta antik.. Kereta tu bukan kereta biasa sebaliknya mengandungi roh seekor anjing bernama Dora.. 

Setelah menyaksikan kejadian pembunuhan oleh kereta itu, Pavalakkodi telah menemui sami namun tetaplah tak menghalang kereta tu dari bertindak pelik.. Sudahnya Pavalakkodi bertanya dengan kereta tu, apa yang dimahukannya.. Jadinya kereta tu membawa Pavalakkodi bertemu dengan pemilik sebelum ini.. Dari situ barulah kebenaran terbongkar dan berkait dengan diri Pavalakkodi.. Bermulalah misi balas dendam oleh Pavalakkodi bersama kereta antik tersebut..

Gitu.. 

Dora
2017 ‧ Drama/Horror/Action/Thriller ‧ 2h 30
Ignoring her misgivings, a young woman purchases a vintage car that seems to have a mind of its own. Further investigation reveals that it is possessed by a vengeful spirit with ties to her past.

Aik Cheong It’s Cup Sakura Latte Marshmallow

Assalamualaikum..
Hye semua..

Keluaran khas Aik Cheong bersama AEON.. Cantikkan corak pada cawan tu.. Bau dia pun wangi.. Bau sakura, rasa pun sedap.. Sha suka sebab tak manis.. Owh ya, Sha tak tambah marshmallow tu, Sha minum macam tu saja pun dah sedap.. Rasa dia unik tapi tak pelik.. Sedap..

Aik Cheong It’s Cup Sakura Latte Marshmallow (43g)

1. Sakura Latte Premix (40g)
2. Marshmallow (3g)
3. Pengacau

Saturday, September 14, 2024

ebook | Gus, the Dinosaur Bus by Julia Liu

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini Sha baca atas talian dekat Open Library.. Kisahnya Gus si dinosour menjadi pengangkutan untuk pelajar-pelajar ke sekolah.. Malangnya Gus terlalu besar dan selalu menimbulkan masalah.. Pihak sekolah dha tak mampu nak tanggung semua kos kerosakkan oleh Gus.. Jadinya mereka nak hentikan perkhidmatan Gus sebagai pengangkutan pelajar ke skolah.. Gus sedih dan menangis.. Namun pelajar-pelajar memujuk Gus.. Akhirnya Gus dah tak bersedih bila kini dia dijadikan tempat untuk kanak-kanak berhibur.. Comel..

Sha baca dan selesai pada 11.09.2024..

Published July 9, 2013 by HMH Books for Young Readers

WinWin Joystix Strawberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wangi bau strawberi tu.. Rasa strawberi tapi tak adalah manis atau masam dan rasa tu tak kuat sangat.. Ada rasa dia cuma bila gigit biskut tu, rasa biskut dia lagi kuat.. Bolehlah buat kunyah-kunyah sambil baca buku..

WinWin Joystix Strawberry (40g)

Ada dalam 19 batang biskut..

ebook | Inspector Zhang And The Perfect Alibi by Stephen Leather

Assalamualaikum..
Hye semua..

Inspektor Zhang telah diminta membantu penyiasatan bila mana suspek bunuh berada dalam tangkapan polis semasa kejadian bunuh berlaku.. Bukti yang jelas dan nyata mengatakan suspek memang pelakunya namun bagaimana beliau boleh membunuh sedangkan beliau berada dalam tahanan polis.. Semasa menyiasat dari pelbagai sudut, penjenayah sebenar telah mendedahkan dirinya kepada Inspektor Zhang.. Semuanya kerana ingin menutup hubungan sulit dengan mangsa.. Ish.. Ish..

Sha baca dan selesai pada 10.09.2024..

Published March 9, 2012

Friday, September 13, 2024

The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Lychee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa laici ditambah madu dan berkorbonat, memang ngam.. Tak terasa sangat pun madunya.. Lebih kuat rasa laici dia.. Tapi bestlah pda Sha sebab gas dia tak adalah kuat mana..

The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Lychee (250ml) - RM3.80

ebook | Leilong the Library Bus by Julia Liu, Bei Lynn (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ebook ini comel gila.. Kisah dinasour bernama Leilong yang berminat dengan perpustakaan tapi tak boleh masuk kerana fizikalnya yang besar.. Bila Leilong merasa sedih dan ingin pergi, pustakawan membawakan buku-buku pada Leilong dan akhirnya Leilong menjadi perpustakaan bergerak..

Sha baca dan selesai pada 10.09.2024..

Published January 1, 2021 by Gecko Press

Smoked Cheese Mayo Shrimp Onigiri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali makan yang udang mayo ini.. Siap ada keju.. Sedap pula rasa dia.. Paling best bila kunyah tu ada ketulan udang.. Bukan seekor tapi 3 ekor.. Cuma bukan saiz besarlah udang dia.. Tapi berbaloilah.. Bukan sekadar nama dan rasa tapi siap ada udangnya.. Sedap.. Boleh beli lagi.. 

Smoked Cheese Mayo Shrimp Onigiri (116g) - RM4.90

Ada 3 ekor udang comel tau dalamnya..

Thursday, September 12, 2024

ebook | Dancing (Anita Blake, Vampire Hunter, #22.5) by Laurell K. Hamilton

Assalamualaikum.
Hye semua..

Anita di jemput ke parti rumah Zerbrowski bersama Micah dan Nathaniel.. Katie isteri Zerbrowski berkerjasama memasak bersama Nathaniel.. Semuanya baik-baik sahaja pada awalnya.. Namun bila tetamu mula datang, ada sesuatu berlaku berkaitan Nathaniel.. Semuanya selesai bila kebenaran terbuka.. Yang bersalah ditangkap karma sendiri.. Paling menarik bila Nathaniel mula membawa anak-anak yang hadir untuk menari.. Budak lelaki yang awalnya mengatakan tarian merupakan sukan wanita mula tettarik dengan pergerakan.. 

Sha baca dan selesai pada 09.09.2024

Published September 17, 2013 by Penguin

Roma Sandwichi Peanut Butter

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa biskut ini dekat kedai ECO.. Sha memang peminat mentega kacang, bila nampak biskut ini memang belilah.. Pada Sha sangat berbaloi dengan harga.. Buka saja semerbak bau kacang.. Biskut dia rapuh, krim tu memang meriah rasa kacang.. Paling syok sebab tak manis langsung.. kikiki.. Seriuslah, berbaloi untuk Sha..

Roma Sandwichi Peanut Butter (206g) - RM2.40

Ada lebih kurang 21 keping biskut..

Penuh sebalang comel ini..

ebook | Wounded (Anita Blake, Vampire Hunter, #24.5) by Laurell K. Hamilton

Assalamualaikum..
Hye semua..

Anita, Micah dan Nathaniel berkerjasama membantu mangsa cedera bernama Thomas untuk bangkit semula.. Awalnya Micah yang berbicara dengan Thomas dan kemudiannya batu Anita dan Nathaniel sertai.. Bukan mudah untuk mangsa seperti Thomas bangkit semula bila doktor sendiri tak boleh nak bagi jaminan yang dia akan pulih.. Namun selepas berbicara dengan Anita, Thomas berjanji akan menjali terapi fizikal.. Cuma terapi emosi sahaja masih nampak samar-samar..

Sha baca dan selesai pada 09.09.2024

Published December 6, 2016 by Penguin Books

Wednesday, September 11, 2024

Hershey's Choco Balls: Cookies N Chocolate & Cookies N Creme

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cookies N Chocolate tu memang sedaplah sebab coklat dan biskut kan.. Memang Sha sukalah.. Bila kunyah tu dia krup krap, krup krap sebab biskut.. Cumanya yang Cookies N Creme tu agak manis sedikit.. Lagipun coklat putih kan.. Agak tak berapa Sha suka.. Bolehlah cumanya Sha lebih teruja yang Coklat berbanding yang Creme tu..

Hershey's Choco Balls: Cookies N Chocolate (36g) - RM3.29
Hershey's Choco Balls: Cookies N Creme (36g) - RM3.29

Cookies N Chocolate tu warna gelap dan yang putih tu pula Cookies N Creme..

ebook | Beauty (Anita Blake, Vampire Hunter, #20.5) by Laurell K. Hamilton

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan dewasa ya anak-anak.. huhuhu.. Lama tak baca siri Anita ini.. Buku ini lebih pada hubungan antara Anita, Jean Cloude dan juga Asher.. Lepas tu ada sneak peak untuk buku Kiss The Dead

Sha baca dan selesai pada 08.09.2024..

Published May 8, 2012 by Penguin

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, September 10, 2024

Kopi Cerok @ Taman Wangsa Behrang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah perasan kedai ini lama dah.. Awalnya nampak iklan dekat Facebook tapi tak pasti dekat mana kedainya.. Minggu lepas baru perasan dekat laluan harian Sha hantar dan ambil anak.. Petang ahad tu baru termelencong untuk singgah.. Awalnya nak beli pastry tapi dah habis.. Jadinya kita cuballah Spanish Latte dia.. Alhamdulillah, sedap.. Kena dengan tekak Sha.. Harga pun berbaloi..

Sha cuba Spanish Latte (ice) - RM7

Kopi Cerok @ Taman Wangsa Behrang, Behrang, Perak (https://maps.app.goo.gl/xwcpWY2AaMUjsnmK9?g_st=iw)

Menu air yang ada disini..

Ride Makan Kenduri Edisi September 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ahad pagi, Sha ikut encik suami ke undangan perkahwinan di Sungai Besar.. Oleh kerana pergi berdua, kami naik motor sahaja.. Boleh pula encik suami bawa laju dan layan selekoh.. Gugur jantung dibuatnya.. hahaha.. Lepas makan kenduri, kami singgah beli coklat di Laman Choco.. Lepas tu terus gerak balik.. Sampai rumah memang penatlah sebab lalu jalan dalam, jalan tak cantik sangat.. Terhentak-hentak badan.. 

Akhirnya boleh pakai couple helmet.. kikiki..

Mantap lauknya.. Gulai umbut kelapa dengan ayam masak merah..

Buah tangan dari kenduri..

Beli coklat campur dan Choco Crispy dari Laman coklat..

Berbaloilah bayar RM10 untuk satu bekas ini.. Crispy dan meriah coklatnya..

Coklat campur yang ada coklat gelap, tiramisu, coklat yogurt dan coklat susu..

Payung Merdeka Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya setelah bertungkus lumus.. Menangis, merajuk dan bersekang mata, payung Merdeka Imani selamat dibawa ke sekolah untuk dipertandingkan.. Sha sokong dengan berikan barang keperluan yang Imani nak guna untuk siapkan payung Merdeka ini.. Selebihnya memang Imani buat sendiri.. Ayah sumbangkan idea juga.. 

Payungnya dah senget sebelah sebab patah bahagian dalamnya.. Payung RM7 kan.. Cepatlah patahnya tambah, asyik diletak merata..

Semangat dia nak bawa kenpertandingan..

Alhamdulillah menang tempat ketiga.. Hadianya biskut dan air kotak..

Monday, September 9, 2024

ebook | Harold's ABC by Crockett Johnson

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pengembaraan menggembirakan oleh Harold melalui huruf dari A hingga ke Z.. Perjalanan yang mendebarkan dan berakhir dengan kepenatan.. Akhirnya Harold selamat sampai ke rumah dan tidur..

Sha baca dan selesai pada 07.09.2024

Published September 29, 2015 by HarperCollins

Gardenia Twiggies: Vanila & Coklat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Twiggies Vanila tu dulu anak Sha selalu buat bekal ke sekolah.. sampai dia jemulah sudahnya.. kikiki.. Sha pula memang suka yang coklat tu.. Pertama kali rasa yang vanila tu, sedap juga rupanya.. Tapi tak boleh lawan Twiggies Peanut Butter.. kikiki..

Gardenia Twiggies: Vanila (76g) - RM2.10
Gardenia Twiggies: Coklat (76g) - RM 2.10

Twiggies vanila dan coklat..

ebook | Harold at the North Pole by Crockett Johnson

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ebook ini comel gila.. Tentang Harold yang berjalan ke kutub utara mencari santa claus.. Mula-mula Harold berjumpa salji, kemudian ribut salji.. Dari situ muncul orang salji, kemudian ribut salji tenang.. Harold rupanya berada diatas bumbung rumah santa clous.. Harold melukis kereta luncur untuk santa claus dan menunggu kedatangan santa clous di rumah..

Sha baca dan selesai pada 

Published September 29, 2015 by HarperCollins

Sunday, September 8, 2024

Thailand | Enigma (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini tentang sebuah sekolah yang mengalami perkara pelik bila mana pelajar cemerlang mereka membunuh diri dengan cara yang ekstrem.. Kemunculan seorang lelaki bernama Jin sebagai cikgu ganti juga pelik.. Fa, yang juga pelajar cemerlang mula menyiasat kehadiran Jin dan dalam masa yang sama nyaris mati diserang seorang pengawal sekolah.. Bila Fa mula mengetahui kebenaran mengenai Jin, Fa juga hampir mati kerana dirinya turut diletakkan sumpahan.. Jin memberitahu yang dia ke sekolah tu mencari penjahat yang melakukan sumpahan menggunkana ilmu hitam dan juga Enigma.. Fa membnatu Jin selepas Jin menyelamatkan Fa.. Rupnya pelakunya memang Enigma tapi dengan memperalatkan pelajar sekolah tu yang juga kawan baik Fa.. Mujurlah Jin berjaya menyelamatkan kawan Fa tu.. Tapi bila tengok penamat, macam akan ada sambungan lagi sebab Enigma tu belum dijumpai lagi..

Drama: Enigma
Also Known As: Enigma the Series
Screenwriter & Director: O Patha Thongpan
Director: Nat Thachai Komolphet
Screenwriter: Mook Jarinee Thanomyat
Genres: Mystery, Horror, Youth, Supernatural
Country: Thailand
Episodes: 4
Aired: Jul 15, 2023 - Aug 5, 2023
Aired On: Saturday
Original Network: Amazon Prime, GMM 25
Duration: 49 min.
There is something wrong with Fa's high school; strange events have been happening around her. In which way are they related to the new teacher, Ajin?

Novel | Novel Siri Putera 01: Penunggu Rumah Agam oleh Natasha Mazya, Kaoru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aleex bersama 4 orang putera telah dijemput ke majlis makan malam oleh Lester yang tinggal di Pulau lorna.. Semasa jamuan makan malam, bekalan elektrik terputus dan Lester hilang.. Mereka terjumpa sekeping nota yang meminta mereka selesaikan misteri mengenai harta karun yang tersembunyi.. Semasa menyelesaikan misteri mereka juga diganggu oleh penunggu rumah agam tersebut.. Salah seorang putera percaya yang Lester itu penipu namun tiada bukti yang ditemui.. Putera Gion yang merasakan ada sesuatu berlaku pada rakan-rakannya di Pulau lorna telah meminta bantuan Nubis untuk menyiasat dan menolong.. Memang betul ada yang tak kena dan mujurlah mereka selamat serta berjaya menyelesaikan misteri rumah agam tersebut..

Siri putera telah mengorak selangkah lagi dengan menghasilkan versi novel pula.. Buku ini milik anak dara Sha.. Sha tumpang sekaki membaca.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 06.09.2024

Published May 1, 2024 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

India | Vikrant Rona (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hyperbola betul ceritanya.. hahaha.. 

Kisah seorang pegawai polis yang menyiasat kematian kes pumbunuhan yang dasyat.. Awal-awal cerita kita dihidangkan dengan suasana yang gelap, seorang budak diculik dan seorang perempuan yang tak tahu khabar beritanya.. 

Kemudian ke masa kini, Vikrant telah dihantar ke kampung Kamarottu bila ornag kampung jumpa mayat anggota polis tanpa kepala dalam perigi.. Semasa baru sampai, tayar jip Vikrant dipancitkan.. Semasa menyiasat perigi, Vikrant jumpa beg duit milik mayat.. Kembali ke kawasan jip Vikrant dipancitkan, Vikrant diserang namun berjaya mengalahkan penyerangnya.. Masa ini juga Vikrant jumpa mayat budak tergantung di pokok..

Selain Vikrant, Panna dan Munna turut menyiasat peristiwa pelik yang berlaku.. Semuanya kerana Panna asyik terjumpa mayat dengan tak sengaja.. Penyiasatan mereka ini akhirnya membongkar kebenaran tentang perbuatan buli di sekolah dan sebuah keluarga yang dituduh mencuri hanya kerana mereka miskin.. Vikrant ini turut terlibat dengan apa yang berlaku sebab tu dia ke kampung Kamarottu untuk menyiasat..

Vikrant Rona
2022 ‧ Action/Crime/Drama/MysteryThriller ‧ 2h 27m
When Vikrant Rona sets off to investigate a gruesome murder, a series of tragic deaths leads him to discover a supernatural connection. With varying signals and clues, Vikrant must find the killer.

Saturday, September 7, 2024

Novel | Novel Siri Candy 01: Tangisan Si Gadis oleh Sharina Elisa, Kaoru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Fifi yang sangat pelik.. Gayanya seolah-olah didera.. Terdapat lebam-lebam pada Fifi, malah sikapnya yang tak suka didekati, mudah marah serta tak mahu ditolong membuatkan 3 sahabat tertanya-tanya.. Mereka mula mencari tahu apa yang berlaku kepada Fifi.. Tekaan pertama mereka Fifi didera.. Seboleh-bolehnya mereka cuba mencari bukti namun tak berjaya.. Bukan mudah nak membantu, bila Fifi sendiri mengelak.. Sampailah berlaku perkara tak disangka.. Maka kebenaran pun terbongkar.. Betul ke Fifi didera ataupun sebenarnya dia cuai..?

Sha baca dan selesai pada 06.09.2024..

Published May 1, 2024 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

US | Jade (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Babak aksi dia padulah.. Heronya perempuan nama Jade.. Kisahnya tanpa sengaja Jade memegang pemacu keras yang mengandungi rahsia geng penjahat.. Jade jadi buruan.. Semasa melarikan diri, makwe adik Jade diculik.. Jadinya Jade ini cari peluang lawan balik geng penjahat tu.. Berjayalah tapi tak sangka rupanya makwe adik Jade tu jahat.. Kiranya bersubahatlah dengan penjahat tapi tak berjaya tipu Jade.. kikiki.. 

Paling tak sangka ada Mark Dacascos, walaupun sekadar sekejap.. Bolehlah..

Jade
2024 ‧ Action/Thriller ‧ 1h 28m
Follows a woman who comes between a powerful businessman and a gang leader in their search for a hard drive that could damage the operations of Interpol. The woman is required to use her unique set of skills to retrieve the drive.

ebook | Duda Saham Tinggi oleh Rafina Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya mengenai Adib yang pernah berkahwin dengan Zeeta tapi bercerai sebab tak serasi.. Kemudiannya Adib berkahwin dengan Alia dan mempunyai seorang anak.. Alia kemudiannya meninggal dan menyebabkan Adib memencilkan diri selama 3 tahun di kampung Alia sehinggalah kemunculan Naina.. Adib akhirnya terbuka hati, mula mendekati Naina.. Tapi tu lah.. Banyak sungguh yang minat dekat Adib ini.. Dari Zeeta, kemudian Rahayu.. Lepas tu Syaza, dan akhir sekali Hazel sepupu Adib.. Hot bebenar.. Okay lah cuma macam ada kekurang dari segi garapan.. Nampak terpaksa saja jalan ceritanya..

Sha baca dan selesai pada 06.09.2024

Published RMA Studio

Friday, September 6, 2024

India | Annabelle Sethupathi (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini tentang sebuah rumah yang memerangkap satu keluarga dengan meracun mereka hinggalah kemunculan satu keluarga pencuri.. Salah seorang dari ahli keluarga pencuri ini iaitu Rudra memiliki wajah yang sama dengan isteri pemilik istana tersebut.. Roh tukang masak yang ada dalam istana tu cuba memberitahu Rudra situasi yang sebenar.. Rudra ini dia makan makanan yang beracun tu tapi tak mati sebaliknya lepas tu dia boleh nampak semua hantu yang ada dalam istana tu..Asalnya Rudra dengan keluarga dia disuruh duduk rumah tu untuk memastikan kebenaran yang siapa sahaja masuk dalam istana tu akan mati.. Sedihlah bila tahu kisah sebenar yang menyebabkan mereka terperangkap dalam istana tu.. Semuanya sebab tamak nakkan istana tu dari pemilik sebnar hingga pemilik sebenar dibunuh.. Namun mereka pun tak selamat juga sebab diracun pembantu rumah.. Memang kelakarlah tengok diorang cuba minta tolong dengan Rudra tu..

Annabelle Sethupathi
2021 ‧ Horror/Comedy/Fantasy ‧ 2h 15m
Rudra, a petty burglar, stumbles upon an uninhabited castle. However, when she learns of the tragedy marring its history, she vows to free the residents trapped against their will.

ebook | 101 Resipi Menggunakan Pemanggang Ajaib oleh Chef Hanieliza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku masakan yang menyajikan pelbagai resipi mudah dan lazat menggunakan pemanggang ajaib.. Sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan hidangan cepat dan sedap tanpa perlu menggunakan terlalu banyak perkakas dapur.. Selain itu, penulis turut berkongsi alatan lain yang boleh digunakan juga sekiranya tiada pemanggang ajaib.. Setiap resipi disertakan dengan langkah-langkah yang jelas, sesuai untuk mereka yang baru ingin memasak ataupun mereka yang memang berpengalaman..

Kelebihan utama buku ini pada Sha adalah fokusnya kepada penggunaan pemanggang ajaib, menjadikan proses memasak itu lebih mudah dan juga menjimatkan masa.. Buku ini juga sesuai untuk mereka yang mencari variasi dalam menu harian mereka.. Sampai sekarang pun Sha tak pernah memeliki pemanggang ajaib ini.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 05.09.2024..

Published January 1, 2014 by PTS Publication

Thailand | The Dark Mother (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun seram tapi lebih pada menyedihkan.. Noun mati semasa melahirkan anaknya yang ke empat tapi disebabkan risau tentang anak-anaknya, Noun masih kekal di sisi mereka.. Kalau ikutkan, Noun sebenarnya tak jahat pun tapi orang kampung yang asyik mengganggu keluarga mereka.. Noun cuma nak melindungi anak-anaknya.. Semuanya salah orang kampung, kalau diorang tolong bela anak-anak Noun, tak jadi apa pun sebenarnya.. Tapi tu lah, orang kampung degil dan tetap mengganggu.. Kesian dekat Noun dan anak-anak dia.. 

The Dark Mother
2023 ‧ Drama/Horror ‧ 1h 30m
Nuon, mother of several children, dies while birthing her fourth child. Driven by love for her children, Nuon's spirit remains, protecting her children and terrorising those who seek to harm them. Not knowing about her death, her children continued to live with their ghostly mother until her body is found and their peaceful existence is shattered.

Thursday, September 5, 2024

ebook | Tears of Elephant by Yeoh Mian Ci

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seekor gajah yang telah ditangkap dan dipaksa menjadi haiwan sarkas.. Berusaha melarikan diri namun terus diseksa.. Diletak dalam sangkar yang kecil, merindui keluarga di hutan.. Dipukul sesuka hati dan akhirnya terbunuh bila cuba melarikan diri.. huhuhu.. Sedih tau..

Sha baca dan selesai pada 05.09.2024

Published June 9, 2020 by Yeoh Mian Ci
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com