Assalamualaikum..
Hye semua..
Penginapan pertama kami untuk Percutian Jelajah Utara.. Sha dan encik suami bersetuju untuk menginap di hotel budget sahaja.. Sha bayar dekat Agoda dengan harga RM68.89 untuk bilik keluarga, bayaranya kami buat awal September.. Dua minggu sebelum tarikh menginap.. Bilik ini ada 1 katil Queen dan 2 katil bujang.. Kami sampai jam 9.30 malam.. Memang ambil bilik untuk mandi dan tidur saja.. Bolehlah untuk berehat.. Ada penyaman udara tapi tak adalah sejuk beku.. Rasalah sejuknya.. Esok paginya jam 7 pagi dah daftar keluar.. Daftar tu, kaunter pun gelap lagi.. Walaupun dah bayar, tetap kena letak deposit RM20 untuk kunci.. Bagi kunci dia bagi balik RM20.. Bilik okay bersih dan selesa untuk tidur..
Owh ya, kami sampai jam 9 malam macam tu, jadinya jam 3 petang kami dah telefon motel maklumkan kami daftar masuk malam.. Tak adalah nanti jadi perkara yang tak diingini..
Ada 4 helai tuala, meja kecik & kerusi, meja lampu, tv, 1 katil queen dan 2 katil single..
Ada sofa, bilik mandi, penyangkut baju dan sejadah.. Ada air panas dan sabun mandi..
Tempat sterika baju di tepi tangga..
Hujung laluan ada disediakan air coway..
Murahnya .. ada 1 queen & 2 katil single tu ..berbaloi laa untuk family .. harga bajet janji selesa
ReplyDeleteUntuk family dah okelah . Apalagi ini hanya buat tidur sebentar kan kak. Yg penting bersih, bisa mandi sebelum berangkat. 👍
ReplyDelete