Assalamualaikum..
Hye semua..
Semuanya bermula semasa Malik dan empat rakan mereka masuk ke dalam hutan untuk aktiviti lasak.. Tanpa sengaja mereka terjumpa 2 mayat dan pembunuh.. 2 rakan Malik dibunuh manakala Malik dan 2 lagi rakannya berjaya melarikan diri namun Azhan kemudiannya dibunuh.. Tanpa Malik sedar dia terambil 1 pendrive milik pembunuh dan Malik bersama Kamal kini diburu.. Kemunculan Razak membantu Malik dan Kamal membuatkan mereka bergabung dalam mencari siapakah dalang sebenar yang melakukan jenayah.. Rupanya ada konspirasi besar yang tak disangka..
Memang kisah aksi dan thrill yang mengancam.. Sha suka jalan cerita dia dan kelebihan yang ada pada Razak.. Mujurlah Malik pun ada kemahiran yang tak dijangka.. Kerjasama mereka memang dasyatlah..
Sha baca dan selesai pada 19.09.2024..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..