Assalamualaikum..
Hye semua..
Buku ini mengandungi puisi-puisi yang indah dan bernilai. Dalam buku ini, penulis bukan saja menulis tentang perjalanan Malaysia ke arah kemerdekaan serta cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh negara kita tetapi ada juga puisi lain yang berkait tentang semangat dan perasaan sayangkan negara serta jati diri sebagai anak Malaysia..
Apa yang Sha suka tentang buku ini adalah cara penulis menggabungkan pelbagai budaya dan tradisi dalam puisi-puisi yang dihasilkan.. Puisi-puisi ini seperti lukisan hidup warga Malaysia yang penuh warna, bersemangat dan makna yang mendalam.. Bahasa yang digunakan dalam buku ini juga mudah difahami..
Buku ini sesuai untuk siapa sahaja yang ingin mengetahui lebih tentang sejarah dan budaya negara kita..
Sha baca dan selesai pada 04.09.2024..
Published January 1, 2013 by PTS Akademia
jom memupuk semangat membaca..
ReplyDelete