Assalamualaikum..
Hye semua..
Destinasi pertama kami untuk hari kedua percutian.. Seawal pagi kami dah mendaki ke atas menggunakan kereta.. Kalau anda suka mendaki, boleh je jalan kaki tapi mencabarlah.. Kalau tak berapa nak mencabar, naik kereta ataupun motor macam kami.. Seeloknya pergi awal pagi.. Masa ini memang tak ramai orang.. Cumanya masa kami pergi ini, malamnya hujan jadi ada beberapa aktiviti yang tak dapat nak dibuat.. Namun pada Sha berbaloi sangat-sangat sebab sejuk dan pemandangannya sangat mengujakan.. Saujana mata memandang.. Puas hatilah dapat naik.. Berbaloi sangat-sangat.. Kalau sekadar naik ke atas hanya bayaran masuk sahaja yang perlu dibayar iaitu RM2 untuk seorang.. Selain dari itu boleh jelajah dan bergambar sepuas hati..
Ada ladang strawberi yang comel, kafe untuk makan-makan dan kedai kopi juga.. Owh ya, ada ja aktiviti yang berbayar tapi kami tak pergi pun sebab naik gunung Jerai ini untuk pemandangan dan suasana saja.. Owh ya, ada resort juga.. Kalau tak nak memandu, guna van dia pun boleh..
Pemandangan yang diselubungi kabus..
Saujana mata memandang petak sawahnya.. Owh ya, nampak pulau dayang bunting juga tau.. Lepas turun Gunung Jerai ini kami ke Pulau Dayang Bunting sebab ada jambatan, malangnya dah jadi harta persendirian dan ditutup laluan nak ke pulau.. Mampu tengok dari jauh jelah.. huhuhu..
Belum pernah sampai sini. Sekarang musim hujan di utara, tentu sejuk duduk atas ni.
ReplyDeletePH org Kedah pun belum pernah naik Gunung Jerai 🤭
ReplyDeleteTeringin tapi itulah ada² je agenda lain kalau balik kampung
Cantik tempatnya. Resort tu nampak baru ye.
ReplyDeletePernah pergi sini .. memang best lagi² kalau sampai awal pagi .. boleh hirup udara segar . Sejuk ala-ala CH tu .. ladang mini strawberry waktu CCL pegi ni bukan musin ..so xda buah .. ada pokok²
ReplyDeletesaya yg duduk kedah pun tak pernah sampai atas ni walaupun dulu time kecik duduk area kat bawah situ.
ReplyDeleteAissh saya bayangkan menginap di sana pasti sejuk dan menarik. Apalagi view nya dari atas pun cantiiiik. Saya sukaaa tempat2 yg tinggi begini 👍
ReplyDelete