Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha baca atas talian ja tapi tu lah, tak habis pun ceritanya.. hahaha.. Syok baca sebab watak heroinnya iaitu Phoebe sangat cemerlang, tambahan pula bila dia balas balik perbuatan keluarga dia yang mengenepikan dia sedangkan dia anak diorang.. Kira macam Phoebe ini dah mati tapi dihidupkan semula selepas diberikan kelas oleh system.. Kira macam rebirth lah.. Tapi rebirth yang mantap sebab dia ada banyak skil yang ohsem..
Tengah syok-syok baca, eh dah tak ada sambungannya.. Sabar jelah.. hahaha.. Kisahnya si Phoebe ini dah mati tapi dia tertarik ke dalam sistem.. Masa dekat sini, Phoebe ini belajar macam-macam skil dan bila dia balik semula ke dunia nyata, terus dia putuskan hubungan dengan keluarga sebenar dia.. Keluarga dia ini pernah hilangkan dia masa kecil tapi kemudian jumpa balik dia dan bawa balik.. Masalahnya bila dia hilang, keluarga dia cari budak yang sebaya dia sebagai anak angkat.. Budak ini nama dia Sienna.. Bila Phoebe ini balik semula ke keluarga dia, Sienna ini buat macam-macam untuk pastikan yang keluarga Phoebe ini abaikan Phoebe ini tu yang sampai Phoebe ini mati.. Jadi bila dapat peluang kedua teruslah Phoebe putuskan hubungan dengan keluarga dia dan mulakan hidpu sendiri sambil bagi pengajaran dekat keluarga asal dia dan Sienna yang jahat tu..
Rupa-rupannya ada konspirasi yang lebih besar disebalik kehilangan Phoebe, kemunculan Sienna dan apa yang berlaku dekat keluarga Phoebe ini.. Konspirasi yang melibatkan ilmu hitam lebih kuranglah.. Kira macam cubaan mencuri keberuntungan, dan juga hayat hidup orang lain macam tu dan bukan keluarga Phoebe ja dalam bahaya.. Ada dua lagi keluarga lain yang terlibat..
Cerita ja, bukannya betul pun.. Jangan terpengaruh pula..
Sha mula baca pada 18 Mac 2025 dan baru sampai
Buku ini tak pastilah tajuk sebenar dia apa.. Tapi versi Phoebe Jenkins ini tak habis lagi.. huhuhu.. Ada 186 chapter je.. memang frustrated lah sebab tergantung.. kikiki.. Tapi versi Yu Su ada 1150 chapter dan dah selesai.. Ini Sha tak baca lagi..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..