Sunday, March 2, 2025

Ramadan Mubarak

Assalamualaikum,
Hye semua..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, hari ini kita dah pun masuk bulan Ramadan yang penuh keberkatan.. Bulan yang dinanti-nantikan ini merupakan peluang terbaik untuk kita memperbanyakkan lagi ibadah, memperbaiki diri dan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah seperti solat sunat, membaca Al-Quran, bersedekah, dan menjaga akhlak disepanjang bulan yang mulia ini.. Semoga segala amalan kita diterima dan diberi ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT.. Semoga Ramadan kali ini akan menjadi titik tolak buat kita semua supaya menjadi lebih baik dari sebelum ini..

Jangan lupa untuk bersahur kerana Rasulullah SAW bersabda:

"Bersahurlah kalian, kerana dalam sahur itu ada keberkatan." (HR Bukhari & Muslim)

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat walau dimana saja anda berada.. Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran dalam menjalani ibadah ini dengan penuh keikhlasan..

Ramadan Mubarak!


2 comments:

  1. Selamat menyambut Ramadan dan menunaikan puasa di bulan mulia ini.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Sha...rindunyaaa dah lama tak ziarah ke sini.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com