Assalamualaikum..
Hye semua..
Nescafé Spanish Latté hadir dengan karakter yang lebih kaya berbanding latte biasa.. Hirupan pertama memberikan rasa kopi yang lembut, kemudian disusuli kemanisan susu yang pekat dan berkrim, menghasilkan pengalaman seolah-olah berada di kafe tetapi dalam versi yang lebih mudah dibawa ke mana-mana..
Apa yang paling menyerlah ialah teksturnya yang licin dan rasa susunya yang lebih kukuh.. Rasa kopi masih jelas, tetapi tidak terlalu pahit.. Gabungan ini menjadikannya sebagai minuman yang sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan kopi atau memang menggemari kopi yang lebih creamy berbanding kopi yang keras..
Bagi Sha, ia paling sedap diminum ketika sejuk kerana setiap tegukan terasa lebih menyegarkan dan seimbang.. Cumanya, jika anda lebih gemarkan rasa kopi yang kuat dan dominan, anda mungkin akan merasakan Spanish Latté ini sedikit manis..
Nescafe Spanish Latté (280ml) - RM4.70


























Wahh..Nmpk menarik ni..nnt bleh try =D
ReplyDelete