Wednesday, March 5, 2025

Lanyard Zipper ID Card Holder Luxury Leather

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pakai kad holder ini dari Mac 2022.. Minggu ini dia patah pula.. Sha beli murah ja dalam RM5 lebih camtu.. Tapi okaylah, tahan lama juga dekat 3 tahun.. Kali ini Sha beli yang elok sikit dan ada zip.. Ukur dengan harapan sampai nanti muatlah kad pekerja.. Sebelum ini pernah ja beli, dah ukur tapi bila sampai tetaplah tak muat kad pekerja nak masuk.. Leganya bila sampai, muat.. Cantik pula tu.. Berbaloi beli..

(Vertical Size) MILANDO Card Access Holder PU Leather

Patah dia dia.. risau hilang akses kad ja..

ID Card Holder Luxury Leather Desk Accessory Photocard - RM18.52
Sampai dah yang baru.. Yeah!! Lega sebab kali ini memang ngam ja masuk kad pekerja.. Lepastu ada bahagian berzip, boleh simpan duit..

Bahagian lutsinar ni lah untuk letak kad pekerja.. Bila masukkan kad pekerja dan muat, memang bahagialah rasa.. 

Tuesday, March 4, 2025

Selamat Ulang Tahun Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam kami sambut ulang tahun Imani di rumah sahaja.. Bila Ramadan ini memang Sha kurang suka makan di luar.. Jadinya bersederhana sahaja di rumah.. Petang semalam Sha terus bawa dia ke JPN untuk tukar kad pengenalan.. Mudah dan pantas sahaja urusannya..

Kek kesukaan kami sekeluarga.. Kek keju.. Tahun ini dah naik harga.. Tapi masih berbaloilah sebab keknya sedap dan mewah gila dengan keju..

Hadiah dari mak untuk Imani.. Oleh kerana dia minat kraf, Sha belikan dia manik buat gelang..

Ini pula hadiah dari kawan sekolah dia..

Jepun | Demon City Oni Goroshi (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mantap filem dia.. Cumanya bukan tontonan umum ya.. Filemnya ganas ya amat.. Hahaha.. Berdarah-darah..

Seorang pembunuh upahan iaitu Sakata yang ingin berhenti namun dikhianati.. Keluarganya dibunuh dan dirinya lumpuh.. Beliau kemudiannya dipenjara kerana dituduh membunuh isteri dan anaknya.. Setelah dibebaskan Sakata masih lagi dalam keadaan lumpuh dan tidak bergerak.. Namun kerana suatu peristiwa, Sakata dimasukkan ke hospital.. Masa ini beliau dikunjungi mereka yang cuba membunuh beliau.. Terus bangun dari lumpuh.. Memang nampaklah semangat dia nak membunuh pembunuh-pembunuh itu.. Pertarungan yang dasyat mula berlaku antara Sakata dengan kumpulan penjenayah tersebut.. Pertarungan jadi lebih sengit bila Sakata tahu yang anak dia masih hidup.. Anak dia macam hilang ingatan dan dibesarkan oleh salah seorang penjahat tu.. Tapi akhirnya anak dia teringat akan Sakata namun Sakata taklah berjaya hidup selepas selesai membalas dendam..

Movie: Demon City Oni Goroshi
Genres: Action, Thriller, Horror, Supernatural
Country: Japan
Release Date: Feb 27, 2025
Duration: 1 hr. 47 min.
Sakata Shuhei is accused of killing his wife and child and then supposedly failing to kill himself with a gunshot to the head. Though actually innocent, he is sent to a prison hospital, where he stays for 15 years, remaining disabled. After he is released, he has a fateful encounter that allows him to recover his physical abilities.

~~ Adapted from the manga series "Oni Goroshi" by Kawabe Masamichi ~~

Monday, March 3, 2025

MyKid ke Mykad - Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imani dah pakai kad pengenalan biru bermula hari ini.. Alhamdulillah, anak no 2 dan juga anak bongsu Sha ini dah 12 tahun.. Bawa dia ke JPN hari ini.. Pergi sebelah petang, memang pantas dan cepatlah.. Tak sampai 10 minit dah selesai.. Kebetulan JPN tak jauh dari tempat kerja Sha, masa yang Sha ambil untuk keluar dari pejabat pun tak lama.. Tak sampai 30 minit dah masuk balik pejabat.. kikiki.. Kejap ja kan..

Mak dan ayah doakan semoaga adik, menjadi anak yang solehah, taat pada agama dan sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin.. Aamiin..

Siap belajar macam mana nak senyum depan cermin lagi.. Sabar jelah mak menengoknya.. kikiki..

Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nampaknya pihak sekolah pakai sistem baru pula tahun ini.. Oleh kerana cikgu Amani dah mula keluarkan arahan untuk kemaskini, Sha terus buat sekali untuk Imani.. Buka ja sistem ini memang kita akan nampak paparan nama anak-anak yang masih bersekolah.. Sha kemaskini terus maklumat untuk kedua-duanya.. Bila buat awal ini senang.. Nanti bila guru kelas Imani minta kemaskini, boleh maklumkan dah buat.. 


LANGKAH PENGEMASKINIAN MAKLUMAT MURID DI IDME

1. log in masuk ke sistem idme melalui pautan idme.moe.gov.my
2. klik APLIKASI
3. Klik PENGURUSAN AWAM
4. KLIK PENGURUSAN PROFIL
* Kemaskini maklumat peribadi dan tekan simpan
* kemaskini alamat dan tekan simpan
* kemaskini maklumat pasangan dan tekan simpan
* kemaskini maklumat anak jagaan. ( setiap anak jagaan)

ebook | Semangat Perwira & Koleksi Komik Terbaik Hafiz Ismail Hafiz Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila komik kompilasi macam ini, biasanya penulis akan kongsikan sekali tip bagaimana untuk berkomik, tempat kerja beliau dan komik terbaik beliau.. Penulis ini ada komik bersiri juga bertajuk Wira Kera.. Komik pendak dalam kompilasi ini ada 7 dan setiap satunya berjaya memberikan kesan buat pembaca.. Sha paling suka dengan komik yang terakhir bertajuk Pendek.. Kisah seorang pelajar dengan kekurangan yang berjaya menemui kelebihan bila bertukar ke sekolah baru..

Sha baca dan selesai pada 02.03.2025

Published December 22, 2022 by PTS Publishing House

Sunday, March 2, 2025

Jepun | My Instant Death Ability is Overpowered (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa sebenarnya animasi ini.. Cari cerita lain tapi terjumpa yang ini di Youtube.. Cuba layan 1 episod, eh.. Menariklah pula.. Makanya jomlah tengok sampai habis walaupun tahu animasi ini akan ada musim kedua.. kikiki..

Bayangkan bila heronya ada bakat membunuh secara semulajadi.. Hanya dengan berfikir atau bercakap, lawannya mati.. Tak payah nak beria angkat tangan berlawan.. Kita ini beriyalah tunggu babak berlawan, sekali hero cakap mati, semua mati.. hahaha.. Memang tak sempatlah nak suspen.. Syoklah layan cuma tu lah, ceritanya akan ada sambungan sebab diorang masih terperangkap dalam dunia pelik.. 

My Instant Death Ability is Overpowered
Also known as :-
My Instant Death Ability is So Overpowered, No One in This Other World Stands A Chance Against Me!, Sokushi Cheat ga Saikyou sugite, Isekai no Yatsura ga Marude Aite ni Naranai n desu ga.
2024 ‧ Animation/Action/Adventure/Comedy/Fantasy ‧ TV Series ‧ 24m ‧ 12 Episodes
During a school trip, a bus full of students is suddenly transported to another world by a sage named Sion. She bestows most of the students with powers called Gifts, seeking to recruit them to become sages as well. However, a few are excluded from receiving a Gift, resulting in the others leaving them behind.

Yogiri Takatou, one of the students who did not receive a Gift, wakes up to find a dragon attacking the bus. Amidst the chaos, he executes the dragon using his innate ability to instantly put anything to death. Alongside fellow survivor Tomochika Dannoura, Takatou sets out to find a way back to Earth, all while eliminating anyone who dares to underestimate him—including his former classmates.

Merentas Desa Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita sebelum puasa.. Ini aktiviti di 2 minggu awal persekolahan..

Alhamdulillah tahun ini macam 2 tahun sebelum ini sekolah rendah berjaya buat aktiviti merentas desa sebelum bulan puasa.. Minggu pertama persekolahan bermula dengan latihan merentas desa dan pada hari Jumaat (21.02.2025) Kejohanan Merentas Desa pun selamat dilaksanakan.. Bila dah selesai awal, bolehlah cikgu-cikgu fokus pada aktiviti pembelajaran pula..

Sekolah menengah pula buat latihan merentas desa pada 19.02.2025 dan Kejohanan Merentas Desa pada 26.02.2025.. Tahun ini tahun pertama sekolah menengah berjaya buat aktiviti merentas desa sebelum bulan puasa, memang sukalah Sha bila tahu.. Lepas puasa dan raya nak fokus pada sukan tahunan pula..

Ramadan Mubarak

Assalamualaikum,
Hye semua..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, hari ini kita dah pun masuk bulan Ramadan yang penuh keberkatan.. Bulan yang dinanti-nantikan ini merupakan peluang terbaik untuk kita memperbanyakkan lagi ibadah, memperbaiki diri dan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah seperti solat sunat, membaca Al-Quran, bersedekah, dan menjaga akhlak disepanjang bulan yang mulia ini.. Semoga segala amalan kita diterima dan diberi ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT.. Semoga Ramadan kali ini akan menjadi titik tolak buat kita semua supaya menjadi lebih baik dari sebelum ini..

Jangan lupa untuk bersahur kerana Rasulullah SAW bersabda:

"Bersahurlah kalian, kerana dalam sahur itu ada keberkatan." (HR Bukhari & Muslim)

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat walau dimana saja anda berada.. Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran dalam menjalani ibadah ini dengan penuh keikhlasan..

Ramadan Mubarak!


Saturday, March 1, 2025

Sambal Garing Cheten: Ikan Bilis & Pucuk Ubi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah Sha nampak klip pendek sambal ini dekat Facebook.. Geram ja.. Alhamdulillah ada juga rezeki nak beli dan rasa.. Memang kena betul dengan tekak Sha.. Cukup rasa masin, pedas dan paling penting, kegaringan ikan bilis dan pucuk ubi tu.. Memang garing betul.. Makan macam tu saja pun sedap.. Terus jadi kesukaan Sha.. 

Ikan Bilis & Pucuk Ubi (160g) - RM13
Kalau berminat nak cuba bolehlah whatsapp nombor yang tertera di bekas tu..

Mantap betul isi dalam dia.. Cukup rasanya..

Berbaloilah beli dua bekas.. Paling Sha suka kecepatan penjual dalam memguruskan pesanan.. Sha buat pesanan pada 26.02.2025 jam 1 tengahari macam tu.. Khamis (27.02.2025) jam 3 petang penjual dah pos.. Hari Jumaat selamat sampai ke tangan Sha..

Persiapan Ramadan 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha macam nak putus asa dah sebenarnya.. hahaha.. Sha beli kurma ini betul-betul lepas gaji.. Patutnya hari Khamis dah sampai sebab Shoppe bagi jaminan 2 hari penghantaran.. Tapi dari hari Rabu tak berjaya dikutip courier sampailah Khamis petang jam 5 lebih baru berjaya dikutip courier.. Jumaat petang selamat smapai ke tangan Sha.. Oleh kerana tak menepati 2 hari penghantaran, dapatlah Sha voucher RM5.. kikiki.. Selamat dah beli sambal lagi..

Kurma dan sambal ini memang kena ada bila bulan puasa.. Alhamdulillah kurma yang Sha beli ini kurma baru, tak ada bau hapak ke apa.. Selain itu Sha beli juga buku tapi buku apa biarlah rahsia.. kikiki.. Buku tu untuk Sha tambah ilmu.. Kebetulan nampak betul-betul masa hari gaji, Sha belilah satu.. Sha kongsikan disini persiapan yang biasa-biasa sahaja..

Dua balang kurma Safawi dan sebungkus kismis.. Kurma Safawi ini Sha beli dua jenis.. Satu jumbo dan satu lagi AAA.. Sha lebih suka yang jumbo sebab lebih kering berbanding AAA tu dia lembut sikit.. Kismis tu memang bestlah sebab saiz jumbo.. Kismis tu saja Sha beli sebab lama tak beli..

3 jenis sambal dan 1 botol bawang putih goreng.. Sha beli sambal udang kering, sambal garing bilis campur pucuk ubi dan sambal bilis petai.. 

Marhaban Ya Ramadan

Assalamualaikum..
Hye semua..


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com