Pagi yang indah, sejuk dan permai.. hehehe... cam dah lari tajuk jer.. Pagi nie nak cite pasal tanda-tanda awal kehamilan.. Lain orang lain tandanya... Setiap ibu punya pengalaman yang berbeza... Disebabkan itu saya nak cite mengenai pengalaman saya dahulu... Awal-awal kehamilan saya dapat rasa perubahan pada fizikal saya.. Badan semakin berisi, lepastu badan saya cepat penat dan lesu.. Mood pun kacau bilau jer.. hehehe... perubahan yang paling ketara pada nafsu makan... kadang-kadang sangat berselera, kadang-kadang xlalu langsung nak makan... Pastu pagi mesti loya ngn muntah-muntah... Yang nie memang biasa r.. hehehe... yang paling terasa bila payudara cam membengkak dan puting jadi sensitif... Ini semua tanda-tanda awal kehamilan... bila dah rasa camni leh r wat ujian kehamilan sendiri ataupun kat klinik.. Biasanya saya wat sendiri je kat umah.. Beli Kit Ujian Kehamilan kat farmasi atau kedai ubat pastu balik wat kat umah.. Kena ikut arahan betul2 tau.. Kalau nak result yang tepat buat awal pagi.. bangun jer tido sebelum mandi wat dulu test tu.. InsyaAllah keputusan 99% sah.. hehehe...
Kalau nak tgk tanda-tanda awal kehamilan dekat laman-laman sesawang nie pun ada, seperti :-
a) Dari laman Petua Nenek
b) Dari laman mamamurai
c) Dari laman web Alam Hamil ada 10 tanda awal kehamilan iaitu:
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan... TAHNIAH!!!
Dan banyak lagilah.. Google je, mesti keluar punya.. hehehe... Tapi kadang-kadang, walaupun ada tanda-tanda seperti di atas anda tak juga mengandung tu dipanggil False Alarm.. hehehe... Jangan marah, Usaha lagi.. mungkin belum rezeki... Apapun sekiranya anda mengandung, TAHNIAH!!!, sekiranya belum selamat berusaha dan berusaha dan berusaha... dimana ada usaha pasti akan ada jalan ke arah kejayaan.. hehehe....
Semoga boleh dijadikan panduan...
wow...good info
ReplyDeleteTime kasih... sekadar berkongsi melalui pengalaman...
ReplyDeleteKalau Ada double line tp x berape jelas.... McM mane ?
ReplyDeleteSmua tanda2 di atas sy ade rase tp...yg kluar darah tu sy x ade.. Kene .
Izal Mummy... Kalo ada double line tp x brape jelas.. try wat lg sekali... Seeloknya wat pepagi lepas bgn tido masa nak mandi...
ReplyDeletesaya ade kuar drah after 4w period...kuar seharI je.sket dr normal nye darah...tp xde plak sakit prot ke ape ke...prgnt ke...
ReplyDelete