Shoplinks.Asia

Friday, April 11, 2014

Imani & Demam

Alhamdulillah...

Nur Imani dah 1 Tahun 1 Bulan.. Anakku yang no dua nie kerap diserang demam.. baru baik demam, x lama lepas tu dia demam lagi... Yang letih sebab bila dia demam dia akan sangat manja.. Dia juga pandai merajuk..
Hari sabtu (05.04.2014) Imani demam lagi tapi demam dia kejap ada kejap xde.. Bila malam jer suhu naik sampai 39.. Bagi ubat dia kebah, abis ubat dia demam balik..
Sudahnya hari selasa aku bawak dia pergi Klinik Ibu&Anak, Tanjung Malim. Alhamdulillah orang x ramai dan kami pun x lama menunggu.. Disebabkan dia demam dah agak lama, maka nurse amik darah dia.. Yang klakanya dia x nangis pun.. hehehe.. cuma merengek jer.. Lepas dapat keputusan ujian darah kami ke bilik doktor.. Alhamdulillah walaupun pada mulanya au x brape confident dengan doktor tu (Sebab dia nmpk sgt fresh, maksud aku baru lepas abis blaja) tapi aku suka cara dia menerangkan apa saja mengenai penyakit, ubatan dan juga keputusan darah.. Dari situ baru aku tau yg Imani kena jangkitan kuman yg agak tinggi..
Doktor tu bagi antibiotik untuk tempoh 5 hari.. Dia nak tgk reaksi anak aku terhadap ubat tu.. Kalau masih tinggi suhunya bila malam aku kena dtg blk untuk amik darah dan tindakan susulan, tapi kalau dia ok next week still kena amik darah nak tgk jangkitan tu kurang ataupun tidak..

Imani.. masa baby, kuningnya x tinggi tapi turun dengan kadar yg sgt perlahan so kena amik darah setiap hari.. Kemudian demam.. kerap juga..

Usia 6 bulan dah kena demam campak.. Abis demam campak dia kena eczema pula.. Belum reda eczema kena jangkitan kudis buta.. Alhamdulillah dgn usaha dan tawakal pada Allah kudis buta dah makin ok..

Sekarang nie kena cari alternatif lain untuk kuatkan antibodi badan dia dr diserang penyakit..
Nur Imani ku sayang...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI