Shoplinks.Asia

Thursday, August 28, 2014

Patriotikkah kita???

Saya berkongsi apa yang saya rasa namun saya x pandai nak luah.. jadi saya petik dari beliau...

Credit kepada : Adlan Harith

Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tidak lama lagi. Temanya tahun ini: 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta'. Mungkin maksudnya ialah cinta sayang atau semangat patriotisme pada negara akan lahir pada hari-hari istimewa ini apabila kita akan kembali mengenang perjuangan pejuang tanahair yang dulu-dulu. Sebab biasanya untuk meraikan hari-hari ini macam-macam konsert patriotik akan dianjurkan tapi memandangkan menghormati tragedi MH370 dan MH17, mungkin tiada konsert yang akan diadakan atau dibatalkan. Walaupun saya terbaca Konsert Chow Kit Road 2.0 akan diadakan pada 29, 30 dan 31 Ogos ini.

Jadi saya google untuk lihat-lihat senarai filem tempatan yang akan ditayangkan sepanjang bulan kemerdekaan ini di sinema kita.

1. ADNAN SEMPIT SAWADIKAP (7 Ogos) - Filem komedi dan franchise terbaru filem box office Adnan Sempit. Kali ini Adnan merantau ke Thailand dan membuat kecoh disana.
2. KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA (14 Ogos) - Filem komedi seram mengenai seorang kawan yang mati di dalam rumah sewa yang disewa bersama kawan-kawannya.
3. JIN (21 Ogos)- Filem seram, ngeri tentang pasangan yang diganggu jin.
4. MAMAK CUPCAKE (28 Ogos) - Filem komedi tentang mamak yang mengusahakan cupcake.
5. LAGENDA BUDAK SETAN 3 - KASYAH (11 September) - Drama, kisah cinta dan penutup trilogi Lagenda Budak Setan.
6. NASI TANGAS (18 September) - Filem seram dan ngeri tentang kehebatan nasi tangas atau nasi kangkang.
7. AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT (25 September) - Filem aksi komedi tentang pengikut ahli kongsi gelap yang mahu insaf.

Filem komedi, seram, hantu mewarnai hari kebangsaan.

Sementara itu:

Saya google lagi untuk membuat perbandingan kecil dengan Indonesia yang menyambut kemerdekaan mereka pada 17 Ogos yang lalu. Sekitar pertengahan Julai hingga hujung September bioskop mereka menayangkan banyak juga filem tapi antaranya filem-filem ini yang menarik perhatian.

1. HIJRAH CINTA - Kisah benar tentang perjalanan hidup Ustaz Jefri al-Buchori, dan pengalaman hidupnya yang membawanya menjadi seorang pendakwah yang disegani di Indonesia.
2. SOEKARNO (EXTENDED VERSION) - Ini karya pengarah terkenal Hanung Bramantyo tentang kehidupan dan perjuangan Presiden Soekarno dalam merintis kemerdekaan Indonesia. Filem ini diulang tayang dengan versi lebih panjang dan detail.
3. NEGERI TANPA TELINGA - Filem dari pengarah yang disegani di Indonesia, Lola Amaria. Ini sebuah filem komedi satira politik yang secara dalamnya mengkritik penguasa dan institusi di Indonesia yang sering tercemar dengan jenayah kolar putih dan skandal seks.
4. HAJI BACKPACKER - Ini filem spiritual tentang perjalanan seorang anak muda didalam mencari makna diri dan makna kewujudan tuhannya. Juga tentang kegigihan apabila pemuda itu berkeinginan menunaikan ibadah haji dengan keterbatasan yang menghambat. Mengikut info filem ini dirakam di sembilan buah negara antaranya India, Iran, Arab Saudi, Indonesia. Dijadualkan untuk tayangan sempena Hari Raya 'Idiladha.

Beza kan.. Saya fikir pembikin filem mereka sangat sayang dengan negara dan penonton mereka dan semacam ada satu tugas sosial yang mereka fikir patut mereka pikul. Maka terus lahir filem-filem yang mengangkat semangat patriotisme dan semangat jati diri di negara sahabat kita ini. Sementara kita disini terus hanyut dengan filem komedi, gangster, rempit, hantu dan sebagainya.

Google lagi.. dan baca satu artikel Pembentangan Belanjawan 2010 oleh Perdana Menteri tentang peruntukan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta bagi membiayai aktiviti seperti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi,pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan. (http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2009/10/24/dana-industri-kreatif-gembirakan-penggiat-seni/)

Juga tentang Geran Industri Kreatif Negara yang diperkenalkan dibawah Rancangan Malaysia ke-Sepuluh (2011-2015) iaitu sebanyak RM120 juta diperuntukkan melalui KPKK bertujuan untuk merancakkan pembangunan industri kreatif tempatan supaya mampu bersaing dan lebih kompetetif di peringkat antarabangsa. (http://www.industrikreatif.gov.my/dana-dan-geran/pengenalan)

Rancak tu memanglah rancak tapi persoalannya dari tahun 2011-2014 ada berapa filem tempatan yang mampu bersaing dan kompetetif di peringkat antarabangsa. Ya la.. Upin Ipin tapi itu setakat tembus pasaran Indonesia saja.

Mengambil sisipan kata dari Ketua Pegawai Eksekutif Global KRU Studios, Norman Abdul Halim, tentang dana RM200 juta itu.

“Untuk bergerak maju, kita harus bersedia dengan keterbukaan pasaran untuk penerbitan bahan-bahan dan diketengahkan kepada pasaran dunia.

“Untuk membawa perkembangan ke pasaran dunia, kita perlu sediakan modal dan dengan adanya peruntukan RM200 juta ini sedikit sebanyak ia membantu karyawan kita membangunkan produk kandungan bertaraf dunia,” kata Norman.

BERTARAF DUNIA!
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2014. Sayang Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI