Last 2 weeks punya cerita.
Sabtu (13.09.2014)
Kami gi Farm In The City.. Memang betol-betol tengah bandar tempatnya..
Tapi dianya jalan nak ke sini agak mengelirukan..
Anda pakailah waze ke, google map ke ye.. Sebab signboard memang xde.. dah nak dekat sampai baru ada... hohoho.. jauh sangat dari tempat kami jangkakan..
ingatkan dekat jer.. Berpusing-pusing tapi berjaya gak sampai..
Walaupun agak jauh namun sangat-sangat berbaloi...
Menarik di Farm in The City ini ialah kita boleh berdekatan dan bermesra dengan haiwan-haiwan ternakan seperti, Kura-kura, Anak ayam, Hamster dan kengkawan dia, arnab, kancil, bagi makan kat itik, ikan, ada merak yang sangat cantik. Rusa, kambing, Landak, Iguana, Kanggaroo yang comel. Nak tangkap ikan pun boleh. Puas la kanak-kanak menjelajah.. Nak naik ponny pun boleh gak.. Dia ada harga Pakej RM109 (2 dewasa, 2 kanak-kanak) dapat air kotak dan juga tiket naik ponny.. Yang x bestnya, masa kami datang tu Merak tu xnk kembangkan ekor dia.. hehehe.. Warna dia memang sangat cantik... Owh ya time kami sampai tu memang time haiwan-haiwan nie di beri makan jadi memang seronoklah.. Kami sampai lebih kurang dalam pukul 11pg camtu.. Jadi seronoklah..
Lama gak kami kat sini.. Merasalah anak-anak main dengan anak ayam yg comey.. Arnab yg gebu dan bagi ikan makan... Memang sangat berbaloi dengan harga tiketnya.. Habis wat lawatan, kanak-kanak nie dapat sijil dari Farm In The City.. Bolehlah framekan ye mak..
Meh Layan Gambar lak..
Telur Burung Ostrich
Sijil Tamat Lawatan (Kanak-kanak jer dapat yer)
Maklumat Tambahan :-
Farm In The City
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai 43300 Seri Kembangan
Waktu Operasi
Monday : 10:00 am - 6:00 pm
Wed - Fri : 10:00 am - 6:00 pm
Sat - Sun : 9:30 am - 6:00 pm
Normal entrance fee is RM48 and RM38 per adult and child below 12 years old respectively. Please present your MYKad to get promotion price of RM30 and RM25 per adult and child below 12 years old respectively.
Child below 90cm in height is FOC.
Senior Citizen above 60 years old will enjoy child rate.
FB Farm In The City
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..