Assalamualaikum..
Hye semua..
Komik ke.. Pada Sha buku ini lebih pada nomik (novel+komik) sebab buku ini tak sepenuhnya komik sebaliknya ada juga beberapa bahagian yang disampaikan dalam bentuk penulisan secara berselang seli.. Namun mesejnya sampai.. Menceritakan tentang kerjaya doktor secara realitinya.. Melalui buku ini barulah Sha faham kenapa sebilangan graduan medikal lebih suka buat latihan di Hospital luar negara berbanding Malaysia.. Bebanan tugas yang melampau dan kekurangan doktor di hospital menyebabkan perkara tu terjadi.. Bukanlah bermakna tidak ada yang manis pada kerjaya doktor ini.. Semuanya datang dari diri kita sendiri.. Tak kisahlah kerjaya apa pun, kita yang kena menjadikan kerjaya kita itu bermakna..
Tidak semestinya mereka yang ingin menjadi doktor sahaja sesuai membaca buku ini tapi sesiapa sahaja bagus untuk membaca buku ini.. Buku yang menyedarkan kita tentang realiti kerjaya dan juga apa yang kita mahu..
Sha baca dan selesai pada 07.02.2021..
Published April 2016 by Iman Publication
cite novelis banyak pasal doktor dan dunia perubatan
ReplyDeleteDah pernah baca juga buku ni. Best!
ReplyDeletekerjaya sebagai doc ni, sngt penat kan ,sbb tu kadang klu kita pergi salah time, doctor tu garang semacam
ReplyDeleteMenarik pula gaya persembahan cerita begini. Akak belum pernah baca novel+komik begini. Selalu kalau komik, full 1 komik, novel pun begitu.
ReplyDelete