Monday, December 5, 2022

Malaysia | BoBoiBoy (Season 1 Marathon) Extended Version - 2011

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semuanya sebab Mechamato.. Kikiki.. Sebenarnya Sha dah tengok semua season Boboiboy ini dengan anak-anak tapi tu lah lupa nak buat ulasan dekat Blog ini.. Kebetulan masa cari info pasal Amato yang juga bapa BoboiBoy, Sha terjumpa rupanya diorang ada buat extended version dan masukkan beberapa babak mengenai Amaton dan Mechamato.. Makanya jomlah tengok lagi.. kikiki.. Boleh tengok secara atas talian je dekat Youtube Channel Monsta.. Klik BoBoiBoy Season 1 Marathon.. 

Episod 1 ada masukkan babak Amato yang hantar BoboiBoy naik keretapi untuk ke pulau Rintis duduk dengan Tok Abah dan pada penghujung episod 1 juga Tok Abah ada hantar video bagitahu mengenai BoboiBoy yang ada bola kuasa juga..

Musim 1 ini pengenalan bagaimana BoboiBoy boleh dapat kuasa.. Semuanya berpunca dari koko Tok Abah yang dicuri Adudu untuk hidupkan Ochobot.. Jadinya bila BoboiBoy kejar Adudu untuk dapatkan koko Tok Abah, tanpa sengaja Ochobot tersedar dan nampak BoboiBoy jadinya pada Ochobot, BoboiBoylah yang hidupkan dia.. Maka bermulalah kisah BoboiBoy, Ochobot, Yaya, Ying dan Gopal menentang Adudu.. Memang kelakarlah.. Kuasa BoboiBoy boleh mengawal elemen petir, tanah dan angin serta boleh berpecah tiga.. Dalam episod dua, Ochobot bagi kuasa pada Ying, Yaya dan juga Gopal.. Tapi hanya Yaya yang boleh terbang dan kuat serta Ying yang boleh lari laju je boleh guna kauasa.. Gopal pula mula ada kuasa dalam episod diorang kena culik.. Kuasa Gopal boleh menukarkan apa sahaja menjadi makanan.. Lagi Gopal takut, lagi kuat kuasa dia..

Kisah dimulakan dengan watak utama, BoBoiBoy berada dalam perjalanan menuju rumah datuknya, Tok Aba di Pulau Rintis untuk cuti sekolah. Pada masa yang sama, Adu Du, makhluk asing dari planet Ata Ta Tiga sedang menuju Bumi, bagi menjadi sumber tenaga. Dia menemui di Bumi terdapat koko, sumber tenaga yang sangat berkuasa, yang telah pupus dari palnetnya sekitar 30,000 tahun lampau. Adu Du mahu mendapatkan semua koko untuk dirinya bagi membolehkannya menjadi wira di planetnya. Bagi memastikan perancangannya berjaya, dia mendapatkan pertolongan dari sebuah Sfera Kuasa (Ochobot). Walau bagaimanapun, kejadian yang tidak diingini berlaku dan akhirnya BoBoiBoy yang mendapat Ochobot. Ochobot kemudiannya memberikan beberapa kuasa kepada BoBoiBoy dan rakan baharunya, Ying, Yaya dan Gopal.

Setiap episod bersiaran selama 22 minit. Disebabkan populariti animasi ini, Animonsta Studios telah menerbitkan episod akhir dengan babak lanjutan pada 1 Januari 2012.

4 comments:

  1. Kalau bgtau anak² ni mst depa suka tp kdg² kita je excited bgtau tp rupanya diorg lg awal dh tau

    ReplyDelete
  2. anak-anak pun dah bunyi nak tengok Mechamato

    ReplyDelete
  3. sesuai sgt episod ni utk mereka yg baru nk kenal boboiboi kan..

    ReplyDelete
  4. ha'ah tak sangka betul amato tu bapa boboiboy. anak beranak superhero

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com