Sunday, March 30, 2025

UK | The Tournament (2009)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem lama ini.. Kisah bagaimana beberapa manusia dipasang alat pengesan dan harus bunuh membunuh hinggalah tinggal seorang sahaja sebagai pemenang.. Orang yang terakhir ini akan dapat duit.. Joshua Harlow telah diumpan ke pertandingan dengan umpan bahawa pembunuh isteri beliau ada bertanding dalam tu.. Lai Lai Zhen pula sertai sebab rasa bersalah dan ingin bersara dari menjadi pembunuh upahan.. Father Joseph MacAvoy tersangkut dalam pertandingan bila salah seorang peserta telah mengeluarkan alat pengesan dan memasukkannya ke dalam kopi yang kemudiannya diminum Father Joseph MacAvoy.. Lai Lai Zhen kemudiannya melindungi Father Joseph MacAvoy bila dia tahu tentang keadaan sebenar.. Penghujung cerita hanya Father Joseph MacAvoy dan Lai Lai Zhen sahaja yang terselamat..

The Tournament
2009 ‧ Action/Thriller ‧ 1h 37m
Thirty of the world's deadliest assassins partake in a septennial battle where the survivor wins a huge cash prize. The winner also gains the opportunity to become the costliest assassin ever.

Kebakaran Kecil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang semalam berlaku kebakaran kecil tak jauh dari pintu rumah Sha.. Kebakaran yang berpunca dari main baling-baling mercun.. Jatuh atas bangku plastik dan terbakar.. Mujur ada pekerja kebersihan lalu dan nampak.. Dia ketuk pintu rumah Sha dan maklumkan kami.. Berlari encik suami menolak api dari menyambar motor dna tong minyak yang berhampiran.. Kalau lambat memang habis terbakar motor-motor tu.. 

Bukanlah tak boleh nak main mercun tapi kena ada pemantauan orang tua.. Tak boleh biarkan budak-budak sahaja yang main.. Inilah hasilnya bila tak dipantau.. Mereka main ikut seronok sahaja tak tahu bahaya.. 

Nampak kecil ja apinya kan tapi dah lebur satu bangku plastik disambarnya.. Kalau lambat alihkan, dengan motor-motor tu semua terbakar..

Sisa kebakaran.. Memang hancur habislah kerusi plastik tu.. Kalau lambat dan tak disedari, tak tahulah apa yang akan jadi..

Saturday, March 29, 2025

Julie's Love Letters Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Berjaya juga beli Love Letters perasa Mocha ini.. kikiki.. Peminat kopikan.. Haruslah kita beli.. Berbaloilah pada Sha.. Buka ja pek tu, semerbak bau kopi.. Bila kunyah, gulungan tu rapuh dan terasalah kopinya cuma tak adalah kuat.. Kopi campur coklat, memang ngamlah.. Snek ringan yang sedap dikunyah dimana-mana dan bila-bila saja..

Julie's Love Letters Mocha (660g) - RM15.88

15 pek dalam 1 bekas..

Ada 5 roll dalam 1 pek.. Besar juga saiz dia..

Mendobi Di Pagi Sabtu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik sumai kata, orangdha balik kampung,dobi kosong.. Sekali tu dia.. Bersusun ornag kat dobi.. Mujurlah masih ada kosong.. Bolehlah nak membasuh.. Sha nak basuh langsir dengan sarung kusyen ja.. Kalau kat rumah ada mesin basuh besar, tak payahlah ke dobi.. Bila ke dobi ini kenalah menunggu, tapi tak adalah lama sangat.. Pukul 7.20 sampai ke pukul 8.40 dah selesai.. Siap kering.. Balik terus boleh pakai.. Selesai..

Guna 2 mesin 14kg untuk basuh.. Kalau tunggu mesin 28kg, lambat lagilah cerita dia.. Keringkan kita pakai satu ja mesin tapi tambah masa lebih sikit.. Alhamdulillah elok ja keringnya.. Terus lipat.. Tak adalah dia berkedut..

Taiwan | Dead Talents Society (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahahaha.. Sabar jelah.. Hantu pun perlukan kegemilangan untuk kekal relevan dan tidak hilang.. Kisahnya Catherine hantu dalam bilik 414 akhirnya dah tak popular bila dicantas oleh hantu Jesicca yang muncul melalui video.. The Rookie pula adalah hantu yang hwujud tanpa arah tuju namun kemudiannya berusaha menjadi hantu yang diingati supaya tak hilang dalam masa 30 hari.. Setelah berusaha akhirnya kemunculan The Rookie mula diketahui dan ini mengundang pempengaruh untuk menyiasat sama ada The Rookie dan Jesicca betul wujud ke tak.. Maka berlaku lah peperangan diantara Jesicca dan kumpulan The Rookie.. Gitu!! kikiki

Movie: Dead Talents Society
Also Known As: Gui Cai Zhi Dao , 诡才之道
Screenwriter & Director: John Hsu
Genres: Horror, Comedy, Supernatural
Country: Taiwan
Release Date: Jun 28, 2024
Duration: 1 hr. 50 min.
It follows ghosts who want to become the spookiest of urban legends and most successful and famous stars in the underworld through their scare tactics and performances amongst the living.

Tuesday, March 25, 2025

Kursus Pembangunan & Pengurusan Bahan Perpustakaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Setelah percubaan ke lima, akhirnya berjaya juga masuk kursus atas talian ini.. Ramai yang sertaikan, memang kena berusaha lebihlah.. Alhamdulillah kursus yang menarik.. Bukan semata-mata ceramah atau penerangan tetapi ada juga kuiz yang diberikan.. Sha jawab tapi tulah, memang jawab ikut apa yang ingat.. Bolehlah walaupun ada salah satu.. kikiki.. Jawab memang ikut apa yang diterangkan sebelum ini dan pengetahuan yang sedia ada.. Bagus juga sebab membantu kita untuk refresh balik ilmu sedia ada.. Hari kedua pun macam tu juga.. Jenuhlah tekan link tu 5,6 kali baru dapat masul.. Hari kedua kuiznya dalam bentuk kahoot memang syoklah.. Tapi tak berjaya pun berada di podium.. kikiki.. Alhamdulillah dah berjaya kursus 5 hari.. Tinggal 2 hari lagi ja untuk cukupkan syarat berkursus setahun..




Berjaya masuk menggunakan telefon.. Sambil jaga kaunter smabil dengar kursus..

Ini paling penting.. Kalau tak isi, tak adalah sijil untuk dimuat naik dalam HRMiS.. 

Tajuk : Kursus Pembangunan dan Pengurusan Bahan Perpustakaan
Penceramah : 
Anjuran : Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Tarikh : 24 – 25 Mac 2025 (Isnin-Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Medium : Google Meet

World #QuranHour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, berpeluang sertai sesi World #QuranHour melalui Facebook.. Selalu tu, ada ja buat dekat pejabat ini tapi bila pegawai Hal Ehwal Islam dah bertukar dan masih tiada pengganti lagi maka kita sertai melalui Facebook sahajalah..

World #QuranHour 2025 akan diadakan  dari jam 12:00 hingga 1:00 tengah hari pada 25 Mac 2025 (Selasa, 24 Ramadan 1446H)..


Tahun ini, kita akan berinteraksi dengan Al-Quran melalui pendekatan Baca, Faham, dan Amal, dengan mengangkat Surah Al-Saff sebagai surah pilihan.

Surah ini menyeru kepada kesatuan ummah dalam memperjuangkan agama Allah.. Seperti sebuah kapal yang kukuh mengharungi samudera luas, umat Islam harus saling menguatkan antara satu sama lain agar mampu menghadapi gelombang perpecahan dan badai perselisihan..

Semoga dengan usaha kecil ini, kita dapat MengQURANkan Bangsa, MengIKHLASkan Ummah, dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar..

Marilah kita bersama dalam momen keberkatan ini.. Hadir dengan hati yang tulus, membaca dengan jiwa yang ikhlas, dan mengamalkan dengan penuh ketakwaan..


Monday, March 24, 2025

Timo BrefWell: Orange C 1000 Vitamin C Pastilles Mango

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumpa gula-gula ini dekat mana entah hari tu.. Saja beli nak cuba.. Kenyal-kenyal dan ada rasa manggalah.. Sedap ja mengunyah sambil memandu.. Okaylah rasa dia.. Tak manis sangat, tak masam sangat.. Ngam ja.. 

Timo BrefWell: Orange C 1000 Vitamin C Pastilles Mango (30g) - RM4.10

Ada 15 ketul isinya..

ebook | Melody Strikes Back by Myra Walker

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Sha jumpa novel atas talian yang panjang dan lengkap sampai penamat.. Novel ini ada 1300 chapter, kalau buku sekurang-kurangnya akan ada 5720 muka surat.. Pergh!! Panjangkan.. Kalau korang berminat nak baca boleh klik SINI.. Sha pun ambil masa yang agak panjang untuk habiskan.. 

Melody ini asalnya dah mati dibunuh oleh mak tiri, adik tiri dan juga suami dia.. Tapi Melody diberikan peluang kedua untuk hidup balik dengan memori yang sebelum ini kekal di ingatan dia.. Melody ini asalnya cantik gila tapi guru dia racun dia dan jadikan wajah dia tak berapa cantik untuk melindungi dia.. Melody ini sejak kecil dah dihantar untuk hidup di kampun oleh ayah dia lepas mak dia mati.. Kononnya mak dia mati sebab lahirkan dia walhal mak dia kena bunuh sebenarnya.. Misi Melody ini adalah nak balas dendam dekat ayah dia, mak tiri dia, adik tiri dia dengan suami dia dalam kehidupan lampau iaitu Ulric.. Tapi sepanjang usaha dia nak balas dendam tu dia punya perjalanan hidup berubah sedikit bila dia ubah nasib orang sekeliling dia.. Kehidupan semula ini Melody kahwin dengan Ken dan bersama mereka jatuhkan semua yang jahat.. Owh ya wajah Melody jadi cantik masa dah nak dekat-dekat habis novel.. Cuma penamat dia tu macam agak tergesa-gesa.. Tapi kira okaylah sebab semua yang jahat dapat balasan yang sepatutnya..

Sha mula baca pada 09 Mac 2025 dan selesai pada 24 Mac 2025..

Title: Melody Strikes Back
Author: Myra Walker
Publisher: NovelOasis, LeReader & Novellair
Genre: Romance

Synopsis of Melody Strikes Back Novel
Meet Melody Fox, a woman who was once dismissed as an unremarkable wallflower. In her previous life, she was the victim of a cruel betrayal, her heart ruthlessly torn asunder by the man she loved and the stepsister she trusted.

However, fate had a different plan. Reborn from the ashes of her past, Melody found herself on an unexpected rescue mission, saving none other than Ken Swanson, the most affluent man in the city of Halcyon. This act of serendipity entwined their destinies, pulling Melody into the labyrinthine world of the elite.

Caught in a web of manipulation, she was coerced into a remarriage, becoming a mere pawn in Ken’s grand scheme. But Melody is no longer the naive girl she once was. This time, she’s ready to navigate the treacherous waters of high society, turning the game around. This is her story, a tale of transformation, love, betrayal, and redemption.

Haunted by the specter of history repeating itself, I was enveloped in a shroud of dread. Yet, he, my beacon in the storm, promised me sanctuary in his embrace, vowing that the pain of yesteryears would not dare to touch me again.

As the dawn of our wedding day broke, I shed my cloak of anonymity. The congregation gasped, their eyes wide with awe, as I unveiled my ethereal beauty that could rival Aphrodite herself, and a medical acumen that could put Hippocrates to shame.

This was not the timid girl they once knew. This time, I was not merely a survivor, weathering the storm. No, I was a tempest in my own right, seeking retribution.

To those who had once dismissed me, I would reveal the true extent of my power. I would rise, not just to defy them, but to tower above them, my strength shining brightly for all to see. This was my promise, my vow, my destiny.

Malaysia | Hantu Influencer Balik Kampung (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cik Dayah seorang pempengaruh ditemui meninggal dan sejak itu beberapa orang mula nampak kelibat Cik Dayah.. Kematian Cik Dayah yang misteri tu menyebabkan Mimi turut berminat untuk menyiasat.. Mimi ini pula memang minat betul dengan Cik Dayah sampai berani ke rumah Cik Dayah walaupun sering ditakut-takutkan kawan baik dia.. Siap buat siaran langsung.. Maka bermulalah penyiasatan mereka..

Hantu Influencer Balik Kampung
Waktu Siaran: Jumaat, 21 Mac 2025, 10:00 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Sophilea
Pengarah: M Nazir Juhan (JetLee)
Produksi: Marteen Studio Sdn Bhd

Pelakon: Reen Rahim, Qistina Raisah, Ropie, Hazim Zainal, Siti Noriana, Nasir Khan

Sinopsis Hantu Influencer Balik Kampung
Cik Dayah, seorang influencer terkenal, mati dibunuh secara misteri. Namun, kisahnya tidak berakhir di situ! Dia kembali sebagai hantu dengan satu misi mencari pembunuhnya dan membalas dendam. Siapa sebenarnya dalang di sebalik kematian Cik Dayah?

Sunday, March 23, 2025

Julie's Coconut Waffles

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Berjaya juga jumpa biskut ini dekat Pasaraya TF.. Sedap.. Rangup ja.. Mewah dengan bau dan rasa kelapa.. Sha makan dengan aiskrim, berganda lagi sedapnya.. Memang bestlah makan dengan aiskrim sebab rasa dia tu dan kepingannya rangup.. Makan macam tu saja pun sedap..

Julie's Coconut Waffles (100g)

Ada 2 pek dalam satu kotak..

Ada 6 keping biskut dia untuk setiap pek..

China | Large Queen (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Comel dramanya.. Sha tengok dekat youtube.. Seorang pereka fesyen yang tercampak ke zaman silan dan masuk ke dalam tubuh puteri raja yang agak tembam.. Su Jin Xia ini asalnya dilantik sebagai permaisuri malangnya, raja mati malam perkahwinan diorang.. Raja yang baru terus lamar Su Jin Xia ini sebagai isteri dan kekal sebagai permaisuri.. Su Jin Xia ini lari dari istana sebab tak boleh nak makan sedap-sedap.. Dia berjaya buka kedai baju untuk mereka yang berbadan agak chubbdia.. Raja pula dalam usaha mencari pembunuh dan musuh yang bersembunyi.. Memang ceritanya tak panjang tapi ngam ja lah babak kelakar, suspen dan juga romantis..

Drama: Large Queen
Also Known As: Da Ma Huang Hou Yao Fan Tian, My Chubby Quuen
Director: Dai Jin Yuan
Genres: Historical, Romance, Fantasy
Country: China
Episodes: 24
Aired: Dec 18, 2022 - Jan 3, 2023
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday
Original Network: Tencent Video
Duration: 3 min.
Su Jin Xia, the daughter of the Great General, was appointed as the Empress consort of the sickly old Emperor. Unfortunately, on the wedding day, the old Emperor passed away. Upon hearing the news that she was to be buried together with the old Emperor, Su Jin Xia collapsed. Her body was then taken over by the soul of a fashion designer from modern times. This new Su Jin Xia was different from the original one. She was bold and cheerful. The new Emperor spared her from the sacrificial burial as long as she was willing to marry him. So she became the Empress consort of the new Emperor.

Unaware of the Emperor's true love, Su Jin Xia eventually ran away from the palace. When this plump Empress consort learned that fat women were considered low in status and bullied outside, she decided to open a plus-size clothing store. Soon, the Emperor appeared to pursue his love.

Kita Hanya Merancang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sejak awal Ramadan lagi Sha merancang ingin ziarah arwah abah di Ayer Tawar, malangnya hingga semalam perancangan tingal perancangan.. Sha pilih hari Sabtu sebab esoknya Ahad, jadi tak adalah mengganggu masa.. Tapi masuk semalam dah berapa kali perancangan tinggal perancagan.. Nampak gayanya memang lepas Syawal lah baru boleh ziarah.. Itupun kita tetaplah hanya merancang.. Terlalu banyak yang perlu dikorbankan.. Walaupun dah tiada, ruang dan peluang untuk bertemu tetap terhad.. Hanya doa sahaja menjadi pengganti..

Banyak yang nak diluah tapi ialah kadang ada yang perlu tetap disimpan biar hanya hati sahaja yang mengerti.. 


Ya Allah… Ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka  mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga.. Ya Allah gantikan penat lelah buat Ayah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami  dan kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk  ayah kami.. Aamiin Yaa Rabbal’Aalamiin..
Ya Allah letakkanlah Arwah Ayah kami di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amiin Ya Mujib Ya Rabb Ya Zal Jalali Wal Ikram..

Saturday, March 22, 2025

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke 13 Sekolah Kebangsaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha ke sekolah Imani untuk Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 13.. Sha ingatkan Sha dah terlambat.. Tak perasan kata mula jam 8 pagi, bila perasan memang kelam kabutlah Sha.. Sampai jam dah 8.20 pagi tapi sedihnya tengok tak ramai lagi orang.. Tak astilah kenapa tapi bila tak ramai memang lambatlah mula mesyuaratnya.. Makluman mesyuarat, cikgu dah edarkan seminggu awal.. Tapi ialah bulan puasa kan, mungkin dah ada perancangan.. Mesyuarat akhirnya mula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.. Mungkinlah disebabkan tak ada cabutan bertuah maka kehadiran ibu bapa tak ramai.. Tak tahulah..

Ada 6 usul yang diutarakan ibu bapa tapi yang mengemukakan usul tak datang pun.. Lepas tu usul yang diutarakan adalah hal yang sama tiap-tiap tahun.. Permintaan yang kadang-kadang tak tahulah diorang ini faham ke tak akan keadaan sekolah kebangsaan macam mana.. Paling sedih bila cikgu maklumkan sumbangan PIBG pun ramai yang tak bayar..


China | Cang Yuan Tu: Dongning Fu Fanwai Pian (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini merupakan episod istimewa selepas The Demon Hunter (S1).. 4 episod ini memang misteri dan penuh teka teki.. Semuanya berubah sebab sepatutnya Meng Chuan dah mati tapi tu lah.. Bila Meng Chuan ubah masa depan dia, semuanya beubah.. Kira macam dunia jadi lebih rumit disebabkan tindakan Meng Chuan.. Camtu lah lebih kurang.. 4 episod ini juga berakhir dengan Meng Chuan mendapat kebolehan yang tak dijangka.. Bila semua mengatakan dia dapat 5 warna tenaga sedangkan yang diperolehinya ialah 7 warna tenaga.. Lagi dasyatlah sebenarnya..

Cang Yuan Tu: Dongning Fu Fanwai Pian
The Demon Hunter: Dongning Mansion Special
Episodes: 4
Genres: Action, Adventure, Fantasy

Friday, March 21, 2025

Durra Pickles Cucumber

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asyik terliur ja tengok orang makan jeruk timun ini dekat youtube, Sha pun belilah sebalang.. Sedaplah.. Hahaha.. Rangup tau timun dia tu walaupun dah dijeruk.. Tak masam sangat tapi masin sikit tang air dia tu.. Kalau makan timun tu ja, okay ja.. Sha makan macam tu ja.. Sedap.. hahaha.. Timun jeruk ini boleh bantu buka selera makan.. Pada Sha lah..

Durra Pickles Cucumber (710g) - RM15.50

Isi dia banyak juga.. Saiz kecik tu sekali ngap ja.. kikiki..

Jepun | Cinderella Is Online (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini adaptasi dari novel bertajuk "A Slight Smile is Very Charming" by Gu Man.. Ini versi dari Jepun.. Sha dah pernah kongsikan yang versi drama dan juga filem China.. Sha lebih suka versi China sebab lebih menarik dari segi persembahan jalan ceritanya..

Versi Jepun ini agak tak berapa menarik walaupun pelakonnya Sha suka.. Jenuh juga nak habiskan walaupun ada 10 episod dan setiap episod hanya 25 minit sahaja.. Memang tak kenalah dengan Sha.. Tapi cubalah juga tengok sampai habis.. 

Bolehlah.. Pelakon dah okay cuma jalan cerita dia memang tak menarik.. Heronya tak ada aura atau karisma.. Tak nampak dia punya ketegasan dalam memilih heroin.. Lepas tu heroin pun macam lembik.. Walhal kalau dalam versi China nampak hero dengan heroin tu tegas dengan pendirian diorang.. Hero Jepun ini cam lebik sikit.. huhuhu.. Watak sampingan dia agak baguslah juga.. Kira okaylah untuk tonton..

Drama: Cinderella Is Online
Also Known As: Shinderera Wa Onrainchu, Cinderella wa Online Chu
Director: Honma Toshiyuki
Screenwriter: Miura Kisa
Genres: Romance, Youth, Drama
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Jan 12, 2021 - Mar 16, 2021
Aired On: Tuesday
Original Network: Fuji TV, Youku
Duration: 25 min.
College student Arisawa Ichika is indifferent to romance and crazy about the online game 'Tenkyo'. Her avatar, Vivi, is in a virtual relationship with top player Leon. Upon meeting Leon in person, he turns out to be the campus prince, Onoda Asahi. He’s popular, athletic, and even owns a gaming company. Attracted to each other, they start dating. Trouble looms when a co-worker and the campus belle enter the picture.

Arisawa even becomes the target of slander, courtesy of those who are jealous of her.

ebook | The Comeback Queen or An Accident Man

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca atas talian ja tapi tu lah, tak habis pun ceritanya.. hahaha.. Syok baca sebab watak heroinnya iaitu Phoebe sangat cemerlang, tambahan pula bila dia balas balik perbuatan keluarga dia yang mengenepikan dia sedangkan dia anak diorang.. Kira macam Phoebe ini dah mati tapi dihidupkan semula selepas diberikan kelas oleh system.. Kira macam rebirth lah.. Tapi rebirth yang mantap sebab dia ada banyak skil yang ohsem..

Tengah syok-syok baca, eh dah tak ada sambungannya.. Sabar jelah.. hahaha.. Kisahnya si Phoebe ini dah mati tapi dia tertarik ke dalam sistem.. Masa dekat sini, Phoebe ini belajar macam-macam skil dan bila dia balik semula ke dunia nyata, terus dia putuskan hubungan dengan keluarga sebenar dia.. Keluarga dia ini pernah hilangkan dia masa kecil tapi kemudian jumpa balik dia dan bawa balik.. Masalahnya bila dia hilang, keluarga dia cari budak yang sebaya dia sebagai anak angkat.. Budak ini nama dia Sienna.. Bila Phoebe ini balik semula ke keluarga dia, Sienna ini buat macam-macam untuk pastikan yang keluarga Phoebe ini abaikan Phoebe ini tu yang sampai Phoebe ini mati.. Jadi bila dapat peluang kedua teruslah Phoebe putuskan hubungan dengan keluarga dia dan mulakan hidpu sendiri sambil bagi pengajaran dekat keluarga asal dia dan Sienna yang jahat tu.. 

Rupa-rupannya ada konspirasi yang lebih besar disebalik kehilangan Phoebe, kemunculan Sienna dan apa yang berlaku dekat keluarga Phoebe ini.. Konspirasi yang melibatkan ilmu hitam lebih kuranglah.. Kira macam cubaan mencuri keberuntungan, dan juga hayat hidup orang lain macam tu dan bukan keluarga Phoebe ja dalam bahaya.. Ada dua lagi keluarga lain yang terlibat..

Cerita ja, bukannya betul pun.. Jangan terpengaruh pula..

Sha mula baca pada 18 Mac 2025 dan baru sampai 


Buku ini tak pastilah tajuk sebenar dia apa.. Tapi versi Phoebe Jenkins ini tak habis lagi.. huhuhu.. Ada 186 chapter je.. memang frustrated lah sebab tergantung.. kikiki.. Tapi versi Yu Su ada 1150 chapter dan dah selesai.. Ini Sha tak baca lagi..

Thursday, March 20, 2025

Keputusan UPKK Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini keputusan UPKK Imani dah boleh disemak secara atas talian.. Seawal jam 10 pagi dah boleh semak rupanya.. Sha sangat berterima kasih atas tunjuk ajar dan pengorbanan yang dilakukan oleh ustaz dan ustazah beliau.. Pagi bagi kelas tambaha terlebih dahulu sebelum petang melalui peperiksaan.. Memang terbalas jasa-jasa ustaz dan ustazah ini.. Semoga Allah berikan rahmat pada semua ustaz dan ustazah Imani.. Aamiin.. Sha simpan sini untuk kenangan.. 


Wednesday, March 19, 2025

KURSUS PEMULIHARAAN BAHAN PERPUSTAKAAN PASCA BENCANA

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya berjaya juga sertai Kursus ini.. kikiki.. Ramai betul yang sertai.. Alhamdulillah, bertambah lagi ilmu hari ini.. Sha kongsikan sebahagian slide kursus disini..












Mula-mula tu tak dapat masuk juga tapi disebabkan kegigihan, akhirnya berjaya sertai menggunakan telefon.. Sambil jaga kaunter, sambil dengar..

Penceramah : Encik Shaik Alwi bin Shaik Bahrudin
Pegawai Arkib, Bahagian Pemuliharaan, PNM
Tarikh : 19 Mac 2025 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Melalui Google Meet

Monday, March 17, 2025

KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Keputusan UPKK 2024 akan diumumkan pada 20 Mac 2025.
Debaran makin terasa.
Semoga segala usaha anak-anak selama ini membuahkan hasil yang terbaik. 
Apa pun keputusannya yang penting ilmu itu kekal dalam diri.
Sha doa kan yang terbaik untuk semua calon UPKK 2024 termasuk anak Sha juga..

Berdebar pula emaknya..


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com