Assalamualaikum..
Hye semua..
Pergh!! Lain macam India sekarang.. Banyak betul cerita fantasi yang keluar.. Lepas satu, satu.. Mantap.. Ini macam permulaan sebab dia bubuh Chapter 1..Kira macam pengenalanlah..
Kisah tentang Chandra iaitu Kalliyankattu Neeli/Yakshi (vampire) yang menjadi pelindung kepada mereka yang lemah.. Chandra ini sebab dia hidup lama, jadinya kenalah berpindah randah.. Tak boleh duduk satu tempat dalam masa yang lama.. Tempat baru Chandra kali ini ialah Karnataka.. Duduk kat sini, Chandra terlibat dengan pemerdagangan organ tanpa sengaja dan juga Sunny.. Masa babak hampir ditangkap polis, Michael yang juga Chathan (goblin) datang menolong Chandra, Sunny dan kawan-kawan.. Masalah timbul bila polis jahat bernama Nachiyappa yang digigit Chandra mula bertukar menjadi Yaksha.. Nak tak nak, kenalah Chandra bunuh si Nachiyappa ni dulu sebelum kembali bersembunyi..
Dekat mid-credits kita diperkenalkan dengan Charlie yang juga Odiyan (Peony appear as half-man, half-beast like creatures).. Post-credits pula Michael iaitu Chathan ditanya mengenai sesorang yang menyerupai dia dan berada didalam gua..

Lokah Chapter 1: Chandra
Also known as - Lokah Chapter 1: Chandra
2025 ‧ Fantasy/Adventure/Action‧ 2h 31m
A youthful woman uncovers mystical skills while facing personal hurdles. Meanwhile, as evil surfaces, she must embrace her powers and fate in a shifting world.



























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..