Assalamualaikum..
Hye semua..
Menggigil nengoknya.. Hahaha.. Hanya kerana jamu awet muda, akhirnya sekampung jadi zombi.. Lain macam dia punya zombi.. Laju, ganas dan menakutkan.. Tapi bila hujan, zombienya blur dan tak mengganas..
Filem zombie versi lokal ini bermula dengan idea menarik, melalui ramuan jamu yang kononnya boleh beri keabadian, tapi berakhir dengan wabak zombie di desa Jawa.. Suasana kampung, aroma tradisi, dan visual yang solid menjadikan Abadi Nan Jaya terasa segar sampai watak-wataknya mula buat keputusan pelik.. Tapi di sebalik semua keputusan bodoh itu, filem ini masih berjaya tunjukkan konflik keluarga dan kepercayaan tradisi dengan cara yang unik..
Bukan filem zombie paling bijak, tapi cukup menghiburkan dan menakutkan.. Kadang kita tak perlukan logik, cukup tengok manusia panik sambil buat keputusan tak logik dan kita pun geleng kepala sambil terhibur.. Kalau terhiburlah.. huhuhu..

 The Elixir
Original title: Abadi Nan Jaya
2025 ‧ HorrorThriller ‧ 1h 56m
An elixir unleashes the undead in a village. A family at odds with one another must unite and fight to survive as their hometown collapses.



























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..