Friday, November 28, 2025

Meraikan 27 November

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa menghantar Amani dan Imani ke sekolah, mereka ajak singgah di 7E Cafe terlebih dahulu.. Selesai di sini barulah ke sekolah mereka.. Kemudian Sha balik ke rumah selesaikan apa yang patut dan gerak ke Tapah bersama encik suami.. Masa pagi tu, tak hujan pun tapi bila nak gerak ke Tapah, hujan sepanjang jalan.. Kami singgah makan nasi dekat jalan menuju ke Cameron Highlands sebelum gerak semula ke Pekan Tapah menanti sepupu encik suami.. Ya semalam Sha meneman encik suami menyelesaikan urusan keluarga beliau.. Kami selesai di Tapah lebih kurang jam 3.30 petang.. Singgah solat di tol Tapah dan terus gerak balik ke Behrang untuk ambil anak-anak.. Sempatlah singgah solat di Masjid Slim, sampai tu memang ngam-ngam masuk waktu Asar..

Amani hadiahkan Sha buku ini.. Comel ja.. Imani pula nak belikan Sha kopi tai Sha suruh dia sabar dulu sebab Sha nak tebus kopi percuma dari 7E..

Meneman encik suami di sinilah semalam.. Sempatlah jadi kaunter pertanyaan untuk kes terakhir selepas encik suami dan keluarga.. 🤣🤣

Lepas ambil anak-anak, kami makan di AA Glow Up, Behrang Resident.. Air dia paling mengejutkan Mojito Ria tu.. Cawan paling besar.. Jenuh habiskan semalam.. Makanan kami pesan chicken chop dan chicken grill.. Bolehlah.. Harganya keras sedikitlah.. Tapi berbaloilah dengan makanan dan minuman yang kami terima.. 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com