Assalamualaikum..
Hye semua..
Oleh kerana sekolah dah nak hujung-hujung, buku teks pun dah pulang.. Maka banyaklah aktiviti yang dilaksanakan untuk pelajar oleh pihak sekolah.. Semalam (Khamis-27.11.2025) Amani kata ada JPAM datang sekolah, ajar mereka cara nak buat CPR dan selamatkan orang yang tercekik.. Amani kata JPAM tunjukkan cara dan mereka praktis dengan rakan.. Baguslah pada Sha sebab pengetahuan tambahankan..
Lepas tu masa ambil Amani semalam dia bawa balik ayam goreng.. Katanya cikgu ada buat aktiviti sembelih ayam masa hari Rabu (26.11.2025) tu dengan pelajar tingkatan 2 & 4 cumanya dia tak pasti ayam yang dia bawa balik tu hasil sembelihan atau memang cikgu saja bagi.. Semua pelajar dapat katanya..
Hari ini pula ada simulasi Haji.. Memang terisilah masa anak-anak ini dengan info tambahan selain dari pelajaran.. Tambahan pula anak-anak ini kena cuti bergilir untuk memberi laluan kepada abang dan kakak tingkatan 5 yang sedang menghadapi SPM..
PROGRAM SIMULASI HAJI
TARIKH: 28/11/2025
HARI : JUMAAT
PAKAIAN: T-SHIRT SUKAN SMK BB
NOTA:
1) Murid lelaki T4 bawa talipinggang
2) Jika ada kain ihram, sila bawa
3) Murid perempuan sila bawa telekung sendiri


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..