Assalamualaikum..
Hye semua..
Penat betul semalam.. Jadi penyambut tetamu untuk majlis anak buah encik suami.. Bidan terjun sebenarnya.. Tak ada yang duduk dekat kawasan goodies tu.. Sudahnya Sha dan anak-anak tolong bagikan..
Sha dan anak-anak naik satu kereta.. Encik suami bawa mak dia.. Kami sampai awal masa bacaan doa untuk majlis aqiqah dan tahlil tengah berlangsung dalam jam 10.40 pagi macam tu.. Lepas doa, tetamu yang hadir dijemput untuk makan.. Sha bagi laluan dekat encik suami untuk layan mak dia dan Sha pula tolong susunkan goodies bag.. Jam 11 lebih encik suami bawa mak dia balik.. Tinggallah Sha dan anak-anak membantu bagikan goodies bag.. Pengantinnya datang jam 12.30 tengahari.. Jam 2 petang encik saumi datang balik.. Masa ini orang dah tak ramai, sempatlah Sha makan.. Tak lama lepas ti Sha gerak balik..
Penat.. Sampai rumah memang melepek lah.. kikiki.. Tak pasal-pasal jadi penyambut tetamu..
Sempatlah menyinggah sekejap dekat pasar pagi Slim River beli sayur dengan telur sebelum gerak ke kenduri..
Meja makanan untuk tetamu.. Ada petugas tolong cedokkan lauk.. Lauknya nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, kari daging, jelata, ulam-ulaman, sambal belacan dan laksa..
Ini meja pencuci mulut.. Ada kuih muih melayu, pavlova, cheese tart dan brownies..
Belakang tu meja makan pengantin dan keluarga belah perempuan..
Ada kambing golek 2 ekor.. Ini untuk aqiqah..
Sepinggan kambing bersama salad dan roti..
Goodies bag dia comel..
Isi dalamnya serbuk kopi..


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..