Assalamualaikum..
Hye semua..
Sabtu (20/12/2025) Sha dah mula membeli barang-barang keperluan untuk sekolah Amani dan Imani.. Perkara yang paling penting dah tentulah kain ela untuk buat tudung, dan kain sekolah.. Kain ela ini kena beli awal sebab nak kena tempah dengan tukang jahit.. Risau tak sempat tempah sebab selain sekolah, orang dah mula menempah baju raya juga.. Ada yang Sha tempah atas talian juga sebab tak jual di kedai..
Sabtu Sha beli kain ela dekat Tanjung Malim untuk buat 2 helai kain Puteri Islam, 1 tudung pink, 7 tudung putih dan 3 kain biru sekolah menengah.. Kain biru tu untuk Imani sahaja sebab kain sekolah Amani elok lagi.. Kain ini sahaja RM255.30.. Percuma kalendar 2 saiz..
Hari Ahadnya Sha beli baju putih pula di Hari Hari.. 3 helai untuk Amani dan 3 helai untuk Imani.. Semua sekali RM200.25, guna voucher yang sekolah rendah bagi dapat diskaun RM20, jadi bayar RM180.25 sahaja.. Percuma 1 sapu tangan gantung dan 5 kalender kecil.. Bekas makanan tu, Imani nak.. Belikan lah juga..
Kalendar Hari Hari ini Edisi Sunset.. Sha dapat Senja Kuala Lumpur - 3, dan Pulau Pinang - 2..
Tshirt Muslimah Puteri Islam saiz M dan XXXL ini Sha beli atas talian di Shopee.. Dua ini RM61.60.. Sha beli kain jenis Jersey sebab Amani kata boleh pakai kain jenis jersey ini.. Kain jenis ini cepat kering.. Sedang elok ja dengan Amani dan Imani..


























Senang kan kak beli awal-awal kelengkapan sekolah, nanti takdelah kelam kabut.. Sekurang-kurangnya masa dah jimat sikit dan jika ada yang belum cukup lengkap, kita masih ada masa lagi untuk mencari dan membelinya…
ReplyDeletehebatnya..awal awal dah beli. kami baru ambil acha dia baru habis spm ,masih baru nak mula bernafas. duk belek jadual sekolah menengah kedai buku lambat lagi bukanya, kafa pun sama. hati ni konon nak gi beli pada hari yang sama.
ReplyDeletenak kena test seluar anak-anak ni, mana yang dah senteng kena beli baru la juga kot, baju kalau ada pun tambah sehelai saja untuk kemeja si ariz.
aish pula jadi pengawas tahun depan kena beli uniform baru, vest dan tali leher. eh eh banyak juga kena list down . belum kira buku tulis kena check last year punya ada lagi lebih. Kena kira dulu sebelum gi beli yang baru.