Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam encik suami sibuk.. Jadinya pagi tu Sha dan Amani ke TF Value Mart membeli barang rumah.. Berdua ja, memang cepatlah.. Imani tak nak ikut.. Oleh kerana banyak beli barang makan, juruwang tu sampai tanya Sha berniaga ke.. Nak tergelak pun ada.. kikiki.. Sha beli aneka biskut, keropok, tepung cekodok, coklat, spageti kering dengan sos, magi dan aiskrim.. Penuhkan stok makanan dekat rumah.. Tak adalah kejap-kejap mengajak ke kedai ja budak-budak ini..
Petangnya Sha, Amani dan Imani ke pasar malam.. Mula tu macam nak batalkan ja sebab guruh berdentum-dentum.. Tapi bila tengok macam tak hujan pun, pergilah juga.. Memang awal tu tak hujan.. Elok tengah ronda-ronda, gerimis pun turung.. Tengah tunggu air kelapa dan kambing bakar, makin lebat pula hujannya.. Mujurlah memang nak balik dah.. Itupun sempat menyinggah Mr.DIY, Amani nak cari double side tape..
Kemain meriah hasil yang berjaya dibeli.. Kikiki..
Ada Strawberry, air kelapa, daging kambing (300g), mi hoon sup, kuih badak berendam, putu mayam dan aneka popia (satar, otak-otak)..
Ada Strawberry, air kelapa, daging kambing (300g), mi hoon sup, kuih badak berendam, putu mayam dan aneka popia (satar, otak-otak)..


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..