Assalamualaikum..
Hye semua..
Pagi tadi anak-anak minta nak bawa roti bakar dengan telur dadar.. Sha pula bawa bekal ubi manis Taiwan dan sengkuang China sebab dekat pejabat ada kawan belanja nasi lemak.. Pagi ini lancar ja perjalanan ke pejabat.. Jalan macam lengang, tak banyak kereta.. Jadinya bolehlah memandu dengan bertenang-tenang..
Menu nasi lemak hari ini.. Rakan pejabat ini dapat bertukar ke Kuala Kubu Bharu, jadinya dia buat makan-makan sikit.. Hari Jumaat lagi dah pesan ada makan-makan hari ini.. Pejabat dah raikan beliau masa penghujung Syawal hari tu.. Ini beliau pula nak raikan rakan-rakan pejabat..
.jpeg)
Imani mula periksa hari ini.. 2 subjek untuk hari pertama ini.. Kakak Amani pula ada ujian bertutur Bahasa Melayu hari ini.. Semoga yang baik-baik sahaja buat anak-anak dalam menjawab Ujian Pertengahan Tahun 2026..


























Anak saya pun sbntar lagi akan final exam. June dah tahun ajaran baru. Kalau kakaknya saya dah tenang, sebab dah bisa dilepas belajar sendiri. Adiknya ini lah 😔
ReplyDeleteMoga maju jaya anak2 dalam exam 🎉
ReplyDeletesama cie la makan nasi lemak dengan keropok. good luck untuk exam.
ReplyDeleteGood luck UPSA!
ReplyDeleteAnk2 sy yg menengah dh stat mgu exam since last week, yg sekolah rendah blom lagi.. all the best utk anak2 kita sha
ReplyDeleteSemoga lancar yaaa examnya! Good luck
ReplyDelete