Friday, July 26, 2024

ebook | Omniscient Reader’s Viewpoint, Vol. 1 by Singshong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya Sha dah pernah baca ebook ini tapi lepas tu berhenti separuh jalan, ini baru sambung balik baca.. Pergh!! Tebal betul.. Jenuh juga nak membacanya.. Sha baca berselang seli dengan buku lain sama.. Jadinya lambatlah sikit.. Buku pertama ini sampai episod 36 saja.. Nanti kita sambung baca buku yang seterusnya.. Kena relaks dulu.. kikiki.. Ada lagi 5 volume sebelum betul-betul habis.. Volume yang lain tak setebal volume satu ini..

Kisah seorang lelaki yang kesunyian dan mengisi masanya dengan membaca novel atas talian bertajuk Ways Of Survival.. Sampailah satu hari, Kim Dokja berada dalam situasi novel yang dia baca.. Bermula dari situ Kim Dokja cuba mengubah perjalanan cerita dalam novel tersebut.. Kelebihan pada Kim Dokja sebab dah pernah baca buku bukan sekali tapi berkali-kali jadinya banyak jalan cerita yang boleh diubah.. Dalam masa yang sama cerita yang dilaluinya bukanlah cerita biasa tetapi melibatkan banyak pihak.. Seolah-olah apa yang berada didalam novel telah bertukar menjadi realiti.. Pertarungan dan kelansungan hidup menjadi acara yang dipertonton.. Kim Dokja berjaya memperoleh beberapa item untuk memastikan kelansungan hidup dia hingga ke penamat..

Buku pertama ini menemukan Kim Dokja dengan beberapa watak yang Kim Dokja rasa dia perlu selamatkan dan pastikan peningkatannya supa cerita berakhir seperti yang dia mahukan.. Kim Dokja turut bertemu dengan watak utama novel iaitu Yoo Jonghyuk.. 

Sha baca pada 17/04/2024 dan selesai pada 25/07/2024..

Published January 6, 2018 by Munpia

Lactel: Greek Yogurt with Pecan Gula Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli sebab nak rasa.. Kalau makan plain je greek yogurt ini tak berapa sedap rupanya.. Rasa dia tak sama macam yogurt biasa.. Agak pekat.. Bila dicampurkan dengan bijirin rasa gula melaka tu barulah sedap dimakan.. Memang ngamlah gabungan ini.. Cumanya untuk beli selalu tu, taklah.. Mahal sangat harganya.. Tak berbaloi dengan saiz.. kikiki..

Lactel: Greek Yogurt with Pecan Gula Melaka (130g) - RM6.20

Sikit je yogurtnya.. kikiki.. Jadilah dengan bijirin yang dia bagi tu..

Sha dah campur dengan bijiran tu.. Tapi tak berapa nampak pula..

Thursday, July 25, 2024

ebook | Will You Stay? oleh Norhafsah Hamid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini berbahasa Inggeris namun bahasa yang digunakan agak ringkas dan mudah difahami.. Jadi seronoklah nak membaca..

Buku ini membawa kita menyelusuri kisah hidup Amy yang berusaha keras untuk menjadi doktor sambil ditemani dua sahabat baiknya iaitu Hassan dan Nieza.. Mereka dah seperti adik beradik berlainan mak ayah.. Munculnya Rasyid membawa rasa yang berbeza dalam diri Amy.. Konflik berlaku antara mak Amy dan Amy, terlalu menekan Amy untuk berkahwin sehingga meminta Amy merendahkah maruahnya.. Mujurlah Amy dikelilingi sahabat yang baik.. Selepas berkahwin dugaan datang untuk mereka bila Rasyid di sahkan mengidap kanser.. Betapa sukarnya melalui kehidupan bila orang yang kita syaang skait..

Buku ini ringkas dengan babak sedih, persahabatan, ujian keluarga, ujian perkahwinan dan ada kelakar juga..

Sha baca dan selesai pada 23.07.2024

Published March 29, 2021 by Iman Publication

Lago Poker: Nicciola & Cacao

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut ini Sh adapat percuma.. Tak pasti siapa yang bagi.. Lama sangat tersimpan dalam almari.. Warna merah tu rasa coklat dan kacang hazel.. Warna biru pula rasa coklat.. Sedaplah makan, saiz pun comel je.. Memang sekejap je licinnya..

Lago Poker: Nicciola & Cacao

Dapatlah sebekas comel.. Bila dah buka sama je warnanya.. Beza pada rasa je..

ebook | Extraordinari: Himpunan Kisah Luar Nalar oleh Profzoref

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini ada beberapa bahagian.. Membaca buku ini walaupun seram namun tak semuanya.. Ada juga yang kelakar dan pelik.. Kesemua certot dan cerpen dalam ini memang luar jangka baik permulaan mahupun kesudahannya.. Ada yang menggeletek hati namun ada juga yang membuatkan pembaca merinding serta keliru.. Memang layanlah.. Sha beli dekat Google Play Books..

Sha baca dan selesai pada 22.07.2024

Published July 7, 2024 by DP Crew

Wednesday, July 24, 2024

Jepun | My Home Hero (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini macam kesinambungan dari drama tapi setakat yang Sha tengok, boleh fahamlah jalan cerita dia walaupun tak tengok drama dia.. 

Tetsuo kembali dihantui perbuatan silam dia membunuh dua lelaki.. Semuanya kerana tanah runtuh dan mayat salah seorang lelaki tu dijumpai.. Bukan sahaja polis tetapi sindiket Mano.. Memang terujalah tengok Tetsuo cuba melindungi keluarga dia dari sindiket Mano tu dan dalam masa yang sama mengelak polis.. Bukan mudah nak lawan sindiket tu mujurlah ada yang sudi membantu.. Namun pada akhirnya, Tetsuo tetap harus memikul kesalahan dia membunuh..

Movie: My Home Hero
Also Known As: My Home Hero Movie , Eiga Mai Hoomu Hiiroo
Director: Aoyama Takahiro
Screenwriter: Funabashi Susumu
Genres: Thriller
Country: Japan
Release Date: Mar 8, 2024
Duration: 1 hr. 57 min.
Tetsuo Tosu is a typical father whose biggest worries are his job and his rebellious daughter, Reika. That is until he finds a bruise on her face. His worst fears come true when he finds out she has a secret boyfriend and he's part of a crime ring that's using her to steal her grandparent's wealth. If that wasn't bad enough, the thug catches Tetsuo snooping around and threatens to kill Reika as soon as she gets home. Fueled by fatherly instincts, Tetsuo murders the man. Only for his wife to walk in and witness what he's done. Now, with a corpse to hide and a crime ring hot on his tail, Tetsuo must resort to his love of detective novels and his wits to stay one step ahead of a grim fate.

~~ Adapted from the manga series "My Home Hero" (マイホームヒーロー) written by Yamakawa Naoki (山川直輝) and illustrated by Asaki Masashi (朝基まさし). ~~

ebook | Lelaki Introvert oleh Dilla Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Naura kena paksa kahwin dengan Ryan tapi naura tak nak.. Jadinya dia larikan diri tapi anak angkat ayahnya pergi serahkan dia semula pada mak ayahnya dan kali ini dia minta kawan baiknya culik Ryan.. Sudahnya Naura berkahwin dengan Hazeel iaitu anak angkat keluarga mereka.. Perkahwinan yang mencetuskan pelbagai peristiwa tak dijangka.. Terbongkarlah perasaan kakaknya yang gilakan Hazeel, walaupun dah bersuami masih lagi mengejar cinta Hazeel.. Kemudian sejarah silam antara keluarga Naura dan juga keluarga Hazeel.. Semuanya dugaan buat Naura dan Hazeel.. 

Sha baca dan selesai pada 21.07.2024..

Published December 1, 2020 by AA Idea Publication

Wordless Wednesday 2024

 

Tuesday, July 23, 2024

ebook | Assistant Tuan Menteri oleh Sera Elya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca buku ini sebab tajuk dia tu.. Macam best je.. Awal-awal tu macam tak dapat kaitkan tajuk dengan jalan cerita tapi bila dah baca suku baru faham.. Perkerjaan watak utama dan juga wat di sekeliling tu rupanya.. Menarik..

Cerita dia tentang Fina dan Izz yang berkahwin tanpa pengetahuan keluarga mereka di luar negara.. Kononya perkahwinan tu nak baikkan abang-abang mereka.. Tapi bila sampai Malaysia, Izz kecut perut dan diam.. Fina ambil keputusan untuk buat haluan sendiri.. Mereka bertembung di Putrajaya.. Izz cuba nak berbaik dengan Fina tapi terlebih dahulu Fina suruh Izz selesaikan hubungan dia dengan Leha.. Ingatkan semua dah selesailah.. Tak cukup dengan Fina dibelasah, rupanya ada komplot lain Leha dengan Adnan abang si Izz.. Memang huru hara jugalah..

Pada Sha kesalahannya pada Izz sebab tak bertegas.. Biarkan diri di ugut Leha dan tak berterus terang dengan Fina.. Kalau diorang lebih jujur dan berterus terang, banyak benda yang boleh dielakkan..

Sha baca dan selesai pada 18.07.2024..

Published December 10, 2014 by Penerbitan Pena Magis

India | Maharaja (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok filem ini sebab ramai yang kongsi kata best.. Pergh!! Memang dasyatlah jalan cerita dia.. Tak sangka sungguh..

Awal-awal tu macam tak berapa faham sangat perjalanan cerita dia tapi bila sampai bahagian Maharaja buat laporan polis atas kehilangan Lakshmi, masa ini emmang tergelak habislah.. Tau tak lakshmi tu tong sampah.. Agak-agaklah nak buat laporan polis atas kehilangan tong sampah.. Memang tak lah polis nak terima.. Tapi Maharaja tetap nak polis carikan Lakshmi dia hingga sanggup merasuah polis.. Memang agak teruk jugalah Maharaja punya keadaan.. Sampai kita yang tengok pun macam.. Dah kenapa beria-ia betul Maharaja nak cari tong sampai dia tu.. Dalam masa yang sama cerita ini turut tunjukkan babak dua orang lelaki yang merompak, merogol dan membunuh penghuni rumah yang dirompak.. Memang geramlah.. 

Tapi sabar.. Perlahan-lahan segalanya akan terbongkar.. kaitan antara tong sampah dan juga perompak.. Memang tak jangkalah apa sebenarnya yang terjadi.. Bila tengok kita akan boleh faham perasaan Maharaja.. Memang ohsemlah filem ini cumanya tak sesuai tengok dengan budak-budak..

Maharaja
2024 ‧ Action/Drama/Thriller ‧ 2h 21m
A barber seeks vengeance after his home is burglarized, cryptically telling police his "lakshmi" has been taken, leaving them uncertain if it's a person or object. His quest to recover the elusive "lakshmi" unfolds.

ebook | Lentera Kaca oleh Nuha Yusuff

Assalamualaikum..
Hye semua..

Geram, marah dan tertekan sebenarnya membaca buku ini.. Sha memaksa diri untuk terus membaca.. Kali ini memang lama gila nak habiskan sebab geram dengan watak Dian.. Sha rasa Dian tak patut tetus memaksa diri berada dalam bidang kejuruteraan semata-mata nak dapatkan pengiktirafan dari keluarga sebelah ayahnya yang toksik.. Mak Dian pun tak sepatutnya mengalah dan membiarkan diri dihina.. Perangai mak Dian menjadi salah satu sebab kenapa Dian bersifat begitu.. Tapikan semakin Sha baca semakin Sha faham dengan tindakan Dian.. Peperangan di hati mengenai apa itu kejayaan sebenar membuatkan Dian tersalah pilih.. Mujurlah di akhir peristiwa yang menyesakkan Dian mula nampak jalan hidup dia.. Bukan mudah untuk manusia membentuk diri bila melalui cabaran.. 

Baca buku ini memang perlukan kesabaran terutama sekali dekat watak utama dia Dian..

Sha baca dan selesai pada 18.07.2024..

Published February 1, 2023 by Mangosteen Publication PLT

Monday, July 22, 2024

Ride Cari Makan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami ajak cari makan best.. Kami pergi dua tempat.. Satu di pasar pagi Batu Caves dan satu lagi di Bangi..

Patutnya nak keluar awal lagi tapi biasalah, banyak nak dibuat dahulu sebelum keluar..

Inilah yang di cari-cari.. Vadey, dapat beli RM3 je.. Patutnya ada sejenis lagi tapi disebabkan orang ramai, ini je yang dapat.. Jadilahkan.. kikiki.. Lembut dan sedap.. Memang patutlah viral dan ramai yang beratur..

Alang-alang dah sampai tu kita beli jugalah putu mayam ini.. Sebekas RM5.. Memang sedap.. Ada yang pandan juga tapi belum masak.. Malas nak tunggu, kita beli yng putih jelah..

Kemudian jumpa orang jual kacang goreng homemade.. Sha beli dua jenis.. Salut madu dan lada hitam.. Memang sedaplah.. Rangup dan berlemak.. 300g harganya RM10.. 

Menu yang kami makan di Bangi.. Kacang pool, kari kambing dan roti pratha.. Roti yang dia bagi untuk kacang pool dan kari kambing tu takberapa best untuk Sha.. Roti tu ada rasa manis.. Bila cicah jadi kurang best..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com