Shoplinks.Asia

Wednesday, January 2, 2013

Duit ASB..

Assalamualaikum.. selamat pagi semua...

Permulaan hari pertama bekerja di tahun 2013... Macam mana hari anda hari ini??? Bermula dengan baik?? Bermula dengan rajin?? Terasa malas nak ke pejabat?? Hehehe.. apa pun semoga hari anda berjalan dengan baik... Kasih masih lagi bersemangat ingin melakukan kerja namun cam dah tinggal separuh jer semangat tuh...

Tadi En.Hubby pergi bank untuk semak dividen ASB... hehehe... Beliau cakap dah macam pesta dah kat bank, orang ramai berpusu-pusu keluarkan duit ASB.. hehehe... meriah sangat... Awal-awal tahun nie perkara yang menarik adalah Dividen ASB... masa nielah nak tgk banyak ke sikit ke... Pastu mulalah mencongak-congak nak bayar tu, nak bayar nie...

Pada orang cam kasih, dividen tuh kami gunakan untuk bayar duit keta setahun, duit roadtax kete dan moto, duit pengasuh anak setahun.. jadi bila tiba masa untuk renew roadtax duitnya dah ada.. Xde lah usik duit gaji.. duit pengasuh ngn keta pun dah siap sedia.. duit gaji tu untuk perkara lain lak.. bila buat camnie rasa ringan sikit perbelanjaan bulanan tambahan tahun nie kami akan menerima ahli baru.. hehehe... bertambah lagi perbelanjaan.. Kalau x buat camnie mau sesak nafas tiap2 bulan...

Ini semua idea En.Hubby tersayang.. Merancang perbelanjaan... sebab tuh merancang kewangan penting pada yang bujang dan sangat penting pada yang dah berkahwin dan memiliki anak... sekarang sume perkara memerlukan duit.. kalo xde perancangan dan penjimatan memang xkan cukuplah duit gaji yang diterima tiap-tiap bulan tuh... Pada yang susah untuk menyimpan, kasih sarankan buatlah loan ASB, sekurang-kurangnya anda akan berdisiplin untuk tidak mengusik sejumlah wang gaji anda pada setiap bulan... Ianya akan jadi satu komitment... setiap awal tahun anda akan dapat pulangan dalam bentuk dividen... masa nie boleh lah keluarkan duit untuk kegunaan seperti Bayaran ansuran kereta ke, ataupun bayar roadtax dan apa2 jua keperluan lain yang perlu...

Sekadar berkongsi melalui pengalaman...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI