Tuesday, April 26, 2016

'MySolve' Aplikasi Online Permohonan Cerai di Perak

Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian bersama..
Bukan menggalakkan penceraian ye..

Perak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan aplikasi permohonan cerai secara dalam talian yang dikenali sebagai 'MySolve'. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria, berkata aplikasi itu bukan untuk menggalakkan pasangan suami isteri bercerai, namun sebagai pemudah cara bagi mereka menyelesaikan masalah rumah tangga yang berbangkit.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/145318 

http://mysolve.perak.my/ 


Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk) sedang menguji sistem Mysolve yang dibangunkan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai sehingga 30 Disember 2015  ia bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas pengguna dalam tempoh tersebut.
 

Sistem MySolve
Adalah satu sistem yang akan menyelesaikan Kes dalam tempoh 1 (SATU) HARI  yang
merangkumi perkara-perkara berikut:
1.        (Sistem Permohonan Pendaftaran Peceraian atau Cerai dengan  Persetujuan Bersama )
2.        (Sistem Permohonan Pendaftaran Pengesahan Lafaz Cerai )
Sistem ini terbuka kepada orang ramai yang ingin berurusan dengan Mahkamah Syariah bagi kes-kes yang dinyatakan diatas. Pemantauan juga dilakukan oleh pihak pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) dan kakitangan Mahkamah Syariah di setiap daerah pada setiap hari. Sistem ini juga membantu memudahkan pelanggan dan orang awam membuat pendaftaran Permohonan Cerai dan Permohonan Lafaz cerai dan tanpa perlu hadir ke Mahkamah berulangkali.
Ia juga dapat menjimatkan Kos dan Masa untuk berurusan di Mahkamah Syariah. Sistem ini juga membantu mempercepatkan proses permohonan berbanding Procedure biasa yang dilakukan sebelum ini. Pelanggan juga akan mendapatkan maklumbalas dengan cepat bagi setiap permohonan.
Sila gunakan MANUAL PENGGUNA  yang disediakan sebagai panduan. Perkhidmatan secara atas talian (Online) JKSPk ini disediakan dengan kerjasama KPerak Corpration Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak
Syarat-syarat Permohonan Pendaftaran Perceraian.
  1. Pemohon/plaintif mestilah bermastautin di daerah yang berhampiran di Mahkamah Syariah.
  2. Lengkapkan saman/permohonan seksyen 47 (4 salinan) "Muat turun Borang Seksyen 47 " beserta Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Nikah/Sijil Rujuk;
  3. Bagi Kes Pengesahan lafaz cerai pula borang seksyen 57 diperlukan "Muat Turun Borang Seksyen 57 ".
  4. Jika alamat dalam Kad Pengenalan bukan berasal dari daerah berhampiran mahkamah, pengesahan pelu dilakukan mestilah lampirkan bersama pengesahan pemastautin di Mukim Berkenaan, daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional, Penghulu Mukim @ pengesahan bekerja di daerah berkenaan daripada majikan;
  5. Bayaran pendaftaran permohonan sebanyak  RM 50.00
  6. Plaintif dan Defenden MESTILAH sama-sama setuju bercerai cara baik.
  7. Berpakaian Kemas dan Menutup Aurat.;

Makluman Tambahan

1. Sekiranya tidak memperolehi maklumbalas selepas 3 hari dari tempoh permohonan dibuat pemohon perlu 
    menghubungi pihak Mahkamah yang dipohon seperti di Nombor telefon yang dinyatakan;

2. Pastikan KEHADIRAN kedua-dua pasangan pada tarikh yang ditetapkan sekiranya gagal pendaftaran akan 
    dilakukan mengikut prosedure biasa;
3. Pendaftaran sistem Mysolve akan terbatal secara "automatik" sekiranya pihak Plaintif dan Defenden GAGAL  
    hadir pada tarikh yang ditetapkan dan perlu membuat permohonan semula.

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com