Projek Seram - Wad oleh Zaifuzaman Ahmad, Hasrudi Jawawi, Julie Jasmin dan Ebriza Aminnudin - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Saturday, April 30, 2016

Projek Seram - Wad oleh Zaifuzaman Ahmad, Hasrudi Jawawi, Julie Jasmin dan Ebriza Aminnudin

Assalamualaikum..
Review Projek Seram - Wad oleh Sha

Prank oleh Zaifuzaman Ahmad
"Kalau kau boleh buat, aku pun boleh! Tunggu masanya aje!"
Pergh!! Karya Encik Zaifuzaman Ahmad x pernah mengecewakan.. Memang x suspek pun mereka bertiga tu siapa.. Seram ok.. Padah bila terlalu mengikut kata hati.. Pengajaran yang patut di jadikan teladan..
Bourre 304 oleh Hasrudi Jawawi
"Hari ini kau rampas hak orang, esok lusa, orang akan rampas hak kau."
Perampas tidak akan pernah berbahagia diatas kesengsaraan dan air mata yang tumpah.. Cerita yang penuh pengajaran.. Lelaki saat sudah punya isteri tetapi masih bermanis mulut dengan perempuan lain memang tidak layak menjadi suami. Kekasih bukanlah jaminan kesetiaan. Pergh!! Bila baca gangguan gangguan yang diterima oleh Izara memang seram.. Boleh bayangkan hospital yang sunyi.. Tambah-tambah bila waktu malam.
Hospital Melorsari oleh Julie Jasmin
"Jururawat mana pula yang suka sangat main tarik-tarik selimut ini?"
Kelebihan yang dimiliki Zawin, membahayakan dirinya. Namun ajaran dan pegangan yang diajar oleh Datuk Zawin berjaya menyelamatkan Zawin. Kerana kelebihan itu juga Zawin bertemu dengan lelaki tanpa hijab yang istimewa iaitu Ikram. Zawin dan Ikram berbanding bahu menumpaskan makhluk yang bernama Doktor Rizki.. Ngeri tu bila bayangkan bagaimana manusia yang diberikan peluang untuk sihat dari penyakit kemudiannya menjadi mangsa nafsu serakah Doktor Rizki dan jururawat yang gila.
Bilik 13 oleh Ebriza Aminnudin
"Hati-hati... Jangan sampai jadi mangsa"
Penuh pengajaran.. Watak nenek yang menanti seolah-olah memberitahu, keseorangan adalah pasti menjadi teman dihujung waktu. Kisah yang sangat berjaya menimbulkan perasaan geram dan marah.. Marah dengan perangai Addin Adilla yang tak faham bahasa dan tidak reti dalam memerhatikan keanehan. Sifat ingin tahu dan degil yang mengundang petaka. Mujurlah ada yang sudi menyokong. Kalau tidak pasti hilang tanpa dikesan.
 Start baca 22.04.2016..
Selesai pada 23.04.2016

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..