Assalamualaikum..
Hye semua..
Novel Dimensi ini bukanlah cerita seram mahupun thriller tapi lebih kepada pengembaraan Aryna dalam membentuk dirinya yang tersasar.. Bukan juga kisah cinta manis bergula tapi emosinya terasa.. Pengembaraan yang dilalui Aryna membawakan rasa yang amat menyeronokkan.. Melalui cerita Aryna ini penulis berjaya menyampaikan yang apa sahaja berlaku pada kita adalah kehendak Allah dan kita diberi apa yang kita perlu bukannya apa yang kita mahu.. Kita perlu belajarlah menghargai kehidupan dan menghormati sesama manusia.. Membaca pengembaraan Aryna membawa kita menyelami kehidupan yang singkat dan menghargai apa sahaja yang kita miliki.. Sebuah kisah yang sangat menarik untuk dibaca..
Sha baca dan selesai pada 07.03.2022..
Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published May 2017 by Bes Q Publication (first published 2017)
Mesej yang nak disampaikan tu yang mahal...
ReplyDelete