Friday, March 18, 2022

ebook | Projek Seram: Guard oleh Akma Saidon, Suzani Nadzir, Julie Jasmin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini menghimpunkan tiga cerita dengan tema pengawal keselamatan.. Setiap cerita diolah dengan menarik oleh punilis dan menyampaikan tauladan dan teguran buat pembaca.. Memang best dan menarik..

Natalya - Akma Saidon
“Ada semangat yang telah dihidupkan kembali...”
Misteri kehilangan Natalya menjadi misteri.. Mulan dan Jamilah yang ditugaskan untuk mengendalikan segmen misteri menjadikan cerita Natalya sebagai projek mereka.. Awalnya Mulan tak mahu sebab kes tu misteri dan mungkin berbahaya namun akhirnya dia akur bila Jamilah berkeras.. Bermulalah misteri kemunculan perempuan meminta tolong.. Khader yang berkerja sebagai pengawal keselamatan turut diganggu.. Kemunculan Adam yang misteri turut menjadi tanda tanya.. Bila terbongkar cerita sebenar, memang sungguh sedih.. Semuanya kerana terlalu mengikut prasangka..

Banglo Bayu - Suzani Nadzir
“Pabila dendam menjadi raja.”
Hanya kerana dendam Julian, 1 nyawa yang tak bersalah hilang kerana dibunuh.. Zarul terpaksa berhenti bila tempat kerjanya tak mampu membayar gaji dia.. Pilihan yang Zarul ada adalah dengan menjadi pengawal keselamatan.. Walaupun ada terdengar cerita mistik dan diganggu namun Zarul kekal berkerja sebab ditemani Fazli.. Namun Irham yang serumah dengan Zarul mula melihat dan diganggu perkara pelik sejak Zarul menjadi pengawal keselamatan.. Kemuncaknya Zarul juga turut diganggu hinggakan Zarul tak mampu membezakan realiti dan mimpi.. Irham memberikan bantuan dan menemukan keganjilan.. Akhirnya dengan batuan Irham, misteri tempat kerja Zarul berjaya dibongkar.. Siapakah Fazli yang menemani Zarul setiap malam??

Balasan - Julie Jasmin
“Mimpi yang akan membawa kematian.”
Sharul hilang tanpa berita.. Puas dicari namun tetap tak dijumpai.. Reykal merupakan sahabat baik Sharul sering diganggu mimpi mengenai Sharul namun susah bagi Reykal merungkaikan apa yang cuba disampaikan kerana Sharul tidak bercakap, hanya menunjuk.. Tiba-tiba kenalan Sharul datang berjumpa Reykal dan menyampaikan cerita mengenai kematian Sharul.. 

Sha baca pada 15.03.2022 dan selesai pada 17.03.2022..


Sha beli dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published January 2022 by Karangkraf

2 comments:

  1. Lamanya tak baca novel..rindu nak beli..susah nak jumpa yang menarik perhatian

    ReplyDelete
  2. seram betul jadi pak guard ni. risiko dari manusia dengan hantu sama level je

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com