Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam lepas ambil anak sekolah agama, bergegaslah mencari pembalut plastik untuk buku jenis emboss dan juga tape dispanser.. Perancangan yang salah dan sedikit lari untuk hari semalam.. hehehe.. Malamnya Sha balut mana yang penting je untuk kegunaan anak-anak hari ini.. Kemudiannya barulah sambung membalut balik pagi tadi.. Hari ini cuti lagi sehari demi menyiapkan balut buku anak-anak.. hehehe.. Lama tak cuti.. Pergh!! Sakit pinggang..
RM9.90..
Bayar guna Shopee Pay dapat balik 29 coins shopee..
Kena beli baru sebab yang lama dah pecah.. Ganas sangat penggunaannya..
RM13.50 (10meter/18") x 2
Tapi Sha bayar RM24 je sebab ada kad vip kedai buku CCY..
Bertungkus lumus membalut malam tadi yang penting dan nak digunakan hari ini..
Lepas hantar anak sekolah, kita sambung balut selebihnya..
1 plastik pembalut 10 meter/18" boleh balut sebanyak buku dibawah ini:-
7 buku aktiviti Imani - Ada nipis dan ada tebal..10 buku teks Amani - Ada yang tebal, nipis dan extra besar.. hehehe..
11 buku teks sekolah agama Amani & Imani - Buku teks sekolah agama ini nipis-nipis je..
Yeay...memandangkan daah xde anak lain yang sekolah so SA bebas dari membalut buku sekolah...ikutkan dah bertahun pencen sebab since sekolah menengah semua Dania buat sendiri...tapi lepas ni dh x yah dah sebab Dania dah habis SPM...
ReplyDeletedah lama tak merasa balut buku sekolah ni hahaha sampai sakit pinggang dibuatnya. get some rest tau kak sha
ReplyDeleterajin betul sha ni
ReplyDelete