Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam kami sambut ulang tahun kelahiran Imani.. Sebelum ini bila ditanya apa yang dia nak.. Laju je dia jawab nak kereta kawalan jauh tapi bila bawa pergi pesta buku, dia tukar nak buku.. Ingatkan selesai dah lah bab hadiah.. sekali dia minta gaun pula.. Hahaha.. Sabar jelah dengan si kecik ini.. Mak nak layankan tapi tak jumpa pun gaunnya lagi.. Nantilah baru beli.. Itupun kalau jumpa yang sesuai dan cantik seperti yang dia mahukan..
Petang semalam ajak dia keluar makan, dia kata dah janji dengan kawan.. Maka malam lah baru keluar.. Pergi ke kedai kesukaan dia, The Dauglas Street dekat Tanjung Malim.. Sha suka sebab boleh order awal dan bagi tahu pukul berapa kita dijangka sampai.. Bila kami sampai, 3 menu dah dihidangkan.. Panas lagi makanannya.. Kami sampai 5 minit lewat dari waktu yang kami bagi tahu.. Tak lama kami duduk makanan yang keempat pun sampai.. Memang kami tak perlu berlama-lama di situ.. 30 minit kemudian kami dah tinggalkan kedai.. Pantas dan tak bazir masa.. Memang kedai makan kesukaan kami lah untuk celebration.. Imani suka makan Fettucini Carbonara di sini.. Rasanya berlemak dan tak muak.. Sedap menjilat jari.. Hehehe..
Oleh kerana kedai yang selalu kami tempah kek cheese berada dalam tempoh kuarantin, Sha bawa dia ke SR dan belanja sepotong kek yang dia pilih sendiri..
Imani dan Fettucini Carbonara kesukaan dia.. Sepinggan ini harganya RM11.90.. Memang sedap dan berbaloi sangat.. Kemain senyum dapat makanan kesukaan dia..
Petang sebelum keluar makan, ayah hadiahkan kereta kawalan jauh.. Melompat-lompat dia seronok.. Hahaha.. Sabar jelah.. Ingatkan dah tak nak.. Teruja kemain dia dapat hadiah tu.. Suami Sha beli di Shopee je.. Harganya RM24.99.. Menggunakan bateri AA dan juga Bateri yang perlu dicaj..
seronok birthday girl
ReplyDeleteSanah helwah Imani..
ReplyDeleteHappy beadayyyy girl🥰
ReplyDeleteHappy nya dpt makanan dan hadiah favourite.. hehe.. Happy Belated Birthday ya Imani ♥️
ReplyDeleteYeayyyy...happy birthday Imani
ReplyDeleteGembiranya Imani dapat makan makanan kegemaran.
ReplyDeleteHappy birthday Imani. Bagus betul dia ikut hobi mama suka baca buku. Semoga berterusan sampai dewasa.
ReplyDeleteAlhamdulillah..macam macam Imani dapat untuk birthday. Mestilah seronok dia :)
ReplyDeleteHepi birthday Imani! Wah.. Besar dah dia. Best je dapat hadiah yang diidamkan
ReplyDeleteHappy birthday imani
ReplyDelete