Saturday, August 31, 2024

Goodreads | Ogos 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baca tu tetaplah baca tapi tu lah.. Awal-awal tu macam laju ja memecut, bila dah hujung-hujung macam perlahanlah pula.. kikiki.. Tapi cukuplah 31 buah buku dan ebook dibaca.. Ada yang dipinjam secara atas talian menggunakan aplikasi eSentral dan ada juga dari koleksi peribadi Sha.. Jom layan tajuk-tajuk yang Sha dah baca.. Patutnya baca tema berkaitan bulan Kemerdekaan tapi terlambat pula perkongsiannya.. Bualn Septemberlah nampak gayanya..


Sunshine Shokupan Gold: Brioche Roti Mentega

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rotinya warna kuning sebab roti mentega.. Roti memang lembut tapi padat dan gebu.. Sha suka sebab mewah rasa mentega dia.. Tak perlu jem ke apa, makan macam tu saja pun dah sedap.. Kalau bakar sekejap dalam pemanggang roti pun best, Sha bakar dalam air fryer ja.. kikiki.. Sha beli di IJN, KL..

Sunshine Shokupan Gold: Brioche Roti Mentega (300g) - RM4.50

Roti ini warna kuning tau.. Tapi nampak putih pula bila kena cahaya kamera..

ebook | Terima Kasih, Luka oleh Hasif Rayyan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Baru faham kenapa tajuk dia macam tu..

Kisah Poji, Naura dan Karim.. Satu keluarga yang pincang hanya kerana semua perasaan terpendam.. Masing-masing terluka dan tidak meluahkan hingga membarah.. Poji meluahkan rasa ingin menyambung belajar di asrama bila kemasukan ke Universiti tidak lepas.. Naura menyangka yang dia beban pada smeua orang.. Karim pula masih terhimpit dengan rasa bersalah bila isterinya meninggal.. Merka sebenarnya slaing memerlukan cuma tak pandai nak meluah dengan betul.. Peristiwa Naura lari dari rumah dan kemudiannya diselamatkan Poji dan Ijat membuka banyak cerita yang berlaku.. Naura tersalah langkah bila terhidu dadah yang ada di lilin wangi jualannya.. Poji akhirnya nampak yang dia mula menjejak karekter Karim, iaitu ego.. Kekusutan terlerai dan akhirnya mereka mula saling menerima dna meluah..

Sha baca pada 29.08.2024 dan selesai pada 30.08.2024..

Published February 23, 2023 by IMAN Publication

Friday, August 30, 2024

Sunshine Creamy Vanilla & Cream Cheese Hokkaido Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hasil membeli-belah di IJN hari tu.. Sunshine ini roti dia gebu dan lembut.. Creamy Vanilla ini macam butter sugar sikit sebab bila gigit tu ada ketulan gula.. Cumanya tak adalah banyak.. Memang sedap, rasa creamy betul krim dia.. Syok kunyah..
Hokkaido milk ini campur pula keju, memang mantap.. Tak muak dan tak manis.. Sedap je bila kunyah.. Dua-dua roti ini memang akan beli lagi kalau jumpa..

Sunshine Creamy Vanilla (50g) - RM1.20
Sunshine Cream Cheese Hokkaido Milk (50g) - RM1.60

ebook | Duhai Kesuma Jiwaku oleh Ogy Yusof

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis membawakan kisah seorang Kesuma yang menjadi yatim piatu dan kemudiannya teraniaya oleh bapa saudara.. Mujurlah ada Nayla, Mak Diah dan Pak Samad yang menerima dan menjaga Kesuma dengan baik.. Berkenalan tanpa sengaja dengan jiran Nayla, Hamzaa dan berkahwin.. Konflik hidup Kesuma ini lebih pada hubungan kekeluargaan yang berantakkan kerana tamakkan harta serta Kesuma yang terlalu lurus dan pendiam.. Bukanlah Kesuma ini tak bijak, bijak cumanya penerangan harus betul dan teliti.. Bila berkawan dan berkahwin dengan Hamzaa, nampaklah perubahannya.. Memang bacaan yang santai dan juga berpengajaran.. Ilmu tu tak semestinya dalam buku ilmiah, baca novel atau buku fiksyen pun boleh saja dapat ilmu.. Janji kena pandai pilih bacaan..

Sha baca dan selesai pada 29.08.2024..

Published August 1, 2021

Sunshine Roti Susu Hokkaido

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wangi bau susu.. Tekstur dia agak padat dan rotinya ada rasa bukan roti kosong.. Memang berbaloilah untuk Sha beli.. Sha suka.. Rasa susu yang tak muak, memang bestlah makan macam tu saja.. Kalau bawa sebagai bekalan semasa berjalan memang ngamlah.. Sha beli ini di IJN, KL.. Tak di jual dekat kawasan Sha tinggal ini..

Sunshine Roti Susu Hokkaido (300g) - RM4.50

Gebu dan padat rotinya..

Thursday, August 29, 2024

ebook | A Quiet Wife by Sarah A. Denzil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku dengan penamat yang sangat memgejutkan.. Memang tak sangka betullah.. hahaha.. Tapi Sha suka..

Awal-awal kita dihidangkan bacaan dari sudut pandangan Jack.. Jack yang obses memerhati Audrey.. Siang malam dengan sangkaan yang Audrey tak sedar dirinya diperhati.. Sehinggalah berlakunya lockdown dan Sam, suami Audrey tidak lagi kelihatan.. Rupanya Sam dah tinggalkan Audrey.. Jack mula mendekati Audrey dengan harapan untuk menangkap serta mengurung Audrey.. Malangnya perkara lain yang berlaku.. Bahagian kedua, diceritakan dari bahagian Audrey.. Masa ini kita akan tahu kebenaran sebenar dan kita dihidangkan dengan plot twist yang tak dijangka..

Sha baca dan selesai pada 29.08.2024..

Published April 25, 2022


The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Lemon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa madu dan lemon yang ngam.. Owh ya, airnya sedikit tajam dan agak berkarbonat.. Namun rasa lemon tu tak tenggelam disebabkan madu.. Masih kuat menguasai.. Pembungkusan yang menarik dengan warna kuning yang menyerlah.. Memang memikat mata dan tekak.. Ada rasa pahit lemon tertinggal di lidah selepas minum..

The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Lemon (250ml) - RM3.80

ebook | Sir Sarip Dol Ogy Yusof

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelakar betullah.. Memang kenalah perangai nakal Sir Sarip dengan perangai selamba serta kuat berangan si Salmah.. Dua watak ini memang betul-betul menghiburkan ditambah pula dengan abang Salmah, Si Udin tu.. Jenuhlah Sha bergelak ketawa membacanya.. Sudahlah membaca di kaunter, jenuh lah kemam mulut tahan gelak.. Awal-awal tu bengang juga dengan perangai Sir Sarip tu, main sergah dan jerkah saja.. Bukan nak siasat betul-betul.. CCTV ada tapi tak nak guna.. Ish!! Geram.. Sekeh baru tahu.. 

Dalam masa yang sama, Sha tak sangka betul konflik syarikat tu dalangnya bukan tekaan Sha.. Ingatkan yang memang terang-terang nampak jahatnya tu lah pengkhianat sekali bukanlah.. Motif pun sebab tamak dan tak puas hati.. Alahai.. Mujurlah selesai semuanya.. Salmah pun dah berbaik semula dengan staf yang selebihnya.. Itupun sebab dah kena tarbiah dengan Sir Sarip.. 

Sha baca dan selesai pada 28.08.2024..

Published May 1, 2024 by AOCherita Legacy

Wednesday, August 28, 2024

TCA MOPD, Hospital Slim River dan ke IJN, KL

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha cuti.. Teman encik suami TCA MOPD dan juga ke IJN ambil ubat MIL.. Awalnya nak naik motor tapi bila memandang ke langit, baiklah naik kereta.. kikiki.. Mendung sepanjang jalan.. Risau basah sebelum sampai IJN saja.. kikiki..

Alhamdulillah dapat no 1.. Pukul 9 pagi dah selesai.. Ubat Sha ambil esok paginya sebab nak bergegas ke IJN pula..

Singgah makan di Darsa Fried Chicken, Bukit Beruntung..

Sha makan Shawarma Combo (Ada shawarma, kentang goreng, air coke dan sos garlic).. Encik suami makan Barka Plate (ada 2 ketul ayam, garlic sos, air coke, mash potato dan coleslaw).. Lepas tu Sha tambah bubur nasi ala carte.. Shawarma dia nampak kecik tapi mengenyangkan, isi dalam ada sos, ayam dan salad.. Cumanya salad tak banyak.. Kentang goreng dia pun best.. Ayam goreng pun sedap, coleslaw dia pun best cuma dia punya mash potato ada sedikit pelik rasanya.. Garlic sos dia memang bestlah.. Bubur nasi pun sedap, ada kepingan halia dan hirisan bawang putih dalam bubur tu..

Lama juga rupanya urusan dekat sini.. Ramai betul manusia tapi pantas jugalah stafnya berkerja..

Sebundut roti.. Memang Sha cari jenama ini sebab area Perak tak ada.. Roti ini dijual di sesetengah area Selangor, Negeri Sembilan dan TMG Kuantan..

Nabati Richeese: Mi Goreng Keju

Assalamualaikum..
Hye semua..

Belinya dah lama, baru teringat nak cuba.. Itu pun sebab perasan tarikh nak luput dah.. Okaylah maggi dia.. Tak adalah pedas melampau, macam makan biskut nabati rasa keju cuma yang ini versi mi goreng.. Kalau nak sedap kena pedas sikit dan makan dengan kimchi atau tambah bahan lain juga..

Nabati Richeese: Mi Goreng Keju (5+1)

Ada perencah, serbuk cili dan minyak..

Setelah digaulkan..

Wordless Wednesday 2024






Tuesday, August 27, 2024

Kursus Teknik Komunikasi Berkesan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha rasa ini Kursus atas talian yang ke 15 Sha sertai sepanjang 2024 ini.. Kebanyakkannya memang anjuran Perpustakaan Negara Malaysia.. Pelbagai tajuk mereka buat.. Alhamdulillah.. Terasa lebih mudah untuk Sha yang agak susah untuk menghadiri kursus luar.. 

Kali ini PNM bawakan Kursus Teknik Komunikasi Berkesan yang disampaikan oleh Dr. Mohd Yusof bin Zulkefli dari UiTM.. Owh ya menariknya kursus kali ini bila penceramah kongsikan klip Yasmin Ahmad..

Mula-mula kita joint guna telefon bimbit..

Naik pejabat kita joint guna komputer riba pula.. Lebih luas mata memandang.. kikiki..

Kursus: Kursus Teknik Komunikasi Berkesan
Penceramah : YBrs. Dr. Mohd Yusof bin Zulkefli
Tarikh : 26 - 27 Ogos 2024 (Isnin -Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Pautan Google Meet : https://meet.google.com/pec-mkcy-ink
Penganjur: Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI)

Korea | The Plot (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula dengan pelanggaran di tengah-tengah persimpangan, kita dibawa kepada 4 orang manusia yang menjadi perancang dalam melaksanakan kemalangan terancang.. Mereka kemudiannya menerima satu kerja dimana mereka perlu memastikan seorang lelaki tua mati.. Perancangan teliti mula dibuat.. Kemalangan berjaya dicipta dan dalam masa yang sama salah seorang dari mereka cuba dilanggar lari.. Betul ke ada mereka yang lebih besar dari mereka berempat atau sebenarnya semua ilusi semata.. Memang lain macam twist dia..

Movie: The Plot
Also Known As: Accident , The Incident, Seolgyeja, Egsideonteu
Director: Lee Yo Sup
Genres: Thriller, Mystery, Crime
Country: South Korea
Release Date: May 29, 2024
Duration: 1 hr. 39 min.
Yeong Il leads a contract-killing group that includes Jackie, Wol Cheon, and Jeom Man. His job in the group is that of the designer. He designs murders into perfect accidental deaths, but he gets involved in an unexpected incident.

Early Birthday Gift

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cadang nak beli hujung bulan 9 sebenarnya tapi pagi Jumaat (23/08/2024) masa scroll Shopee, eh.. Ada tawaran harga baik punya.. Teruslah Sha beli.. Harga dia kalau dekat kedai memang mahallah.. Shopee pula, kedai tu saja yang bagi diskaun dan harga berbaloi.. Paling syok bila helmet ini selamat sampai pada Sabtu petang.. Memang pantas dan laju betul penghantarannya.. Berbaloilah.. Mula tu Sha risau juga sebab kedai guna pos tak berdaftar dengan shopee.. Jadi tak boleh nak ikut dimana keberadaannya.. Tahu-tahu terima mesej dari orang JNT kata dah sampai.. Lega bila dah dapat dalam tangan..

Owh ya.. Helmet ini bukan untuk Sha tapi encik suami.. Hadiah untuk ulang tahun kelahiran beliau yang akan tiba pertengahan bulan Oktober ini.. Warna dan corak tu sama dengan helmet Sha..

Givi Helmet Scudo 35.0 Draco Blcak Red (M)

Monday, August 26, 2024

ebook | FREKUENSI oleh Rizal Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gilalah.. Baca buku ini macam tengok filem mengenai zombie.. Perasaan teruja, takut dan berdebar-debar tu silih berganti.. Cara penulis menyampaikan cerita tu pun buat kau rasa macam kau turut berada dalam situasi watak..

Bermula dengan haiwan tiba-tiba mengamuk dan seminggu kemudian manusia pula.. Langit seolah-olah terkoyak, ada suara dalam kepala.. Ramai yang mula menjadi gila dan menyerang mereka yang normal, dalam masa yang sama ada yang mula berubah.. Tak gila, tak diserang orang gila tapi punya perangai yang lagi gila.. Nampak normal tapi tak dijangka.. Huru hara jadinya.. Watak utamanya Zaril berubah selepas cuba menyelamatkan Mei Lin namun hanya menyerang mereka yang seperti dirinya tapi gila..

Cuma tu lah.. Ada beberapa perkara yang tak ada jawan.. Penulis tinggalkan sebagai persoalan.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 25.08.2024..

Published March 15, 2024 by Buku Fixi

Buah Tangan Dari Encik Suami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Malam tadi encik suami sampai dari Kelantan.. Bertugas bawa pelajar dan pensyarah ke Politeknik Jeli.. Bila jadi isteri pemandu ini, memang selalulah beliau tak ada.. Biasa dah kena tinggal ini dari awal kahwin.. Ini pelajar politeknik dah mula ramai semula, memnag seboklah beliau.. Pagi tadi bangun tengok ada buah tangan untuk kami.. Kesukaan Sha dan juga anak-anak.. Mampu ambil gambar saja, balik karang baru kita makan.. kikiki..

Sekotak seaweed dan juga sebungkus kuih kapit..

Durian tu 2kg 1/2, beliau beli dan bayar lepas tu baru kopek masuk bekas.. Dokong tu pula peniaga bagi percuma..

ebook | BIDAN oleh Nil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini memang layak menang sayembara Fixi.. Jalan cerita dia cantiklah pada Sha.. Suka sebab ada dua babak, dari moden ke zaman silam..

Syifa merupakan seorang misi yang dihantar ke sebuah kampung di pendalam Terengganu.. Tempat yang Syifa' kena pergi ini ada gangguan namun dia tetap bertahan.. Awalnya semua baik-baik sahaja sampailah kemunculan seekor ular putih.. Syifa' tercampak ke masa lalu dan bertemu dengan Cemani, Khaidir dan ahli keluarga Tokki yang lainnya.. Bukan itu sahaja, Syifa terpaksa bertempur dengan penanggal, makhluk seram lain serta Sukma yang gila..

Memang buku ini mantaplah dengan aksi, seram dan juga debaran.. Tahniah untuk penulis..

Sha baca dan selesai pada 17.08.2024..

Published March 15, 2024 by Buku Fixi

Sunday, August 25, 2024

WinWin Joystix Peanut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buka-buka saja kotak, bau kacang tu wangi betul.. Rasalah kacang dia, bukan setakat bau saja.. Okaylah biskut dia, rangup.. Memang layan lah.. 

WinWin Joystic Peanut - RM1.29

Gelap pula.. Warna coklat sebenarnya..

Korea | Shark: The Beginning (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pembulian yang sangat ekstrem.. Tak patut okay.. Bila yang dibuli bangkit dan cuba melawan, terhukum hanya kerana miskin.. Masuk penjara pun tetap ada pembulian.. Gilalah.. Mujurlah Woo Sol jumpa Do Hyun.. Bermulalah babak dimana Woo Sol cuba bangkit sebab dia tak nak menjalani hidup dalam neraka yang bakal dicipta Seok Chan.. Do Hyun bantu Woo Sol untuk berubah dalam masa yang sama Seok Chan pula berkerja dengan gangster..

Masalah kan bukan pada Woo Sol tapi pada orang yang membuli dia.. Woo Sol cuma nak hidup dengan baik tapi orang yang buli dia tak bagi.. Jadi untuk melindungi diri dari di buli dia belajar pertahankan diri.. Melawan hanya bila dibuli dan dikasari.. 

Movie: Shark: The Beginning
Country: South Korea
Release Date: Jun 17, 2021
Duration: 1 hr. 48 min.
Cha Woo Sol, a victim of school violence who was imprisoned in a boys' prison due to an unexpected incident, meets mixed martial arts champion Jung Do Hyun and breaks his limit one by one.

~~ Adapted from the webtoon "Shark" (샤크) written by Woon (운) and illustrated by Kim Woo Sub (김우섭). ~~

Roti Aman Jaya: Krim, Kopi, Kelapa & Kaya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Roti keluaran Aman Jaya.. Ada rakan sekerja jual.. Sha beli 4 perisa.. Roti krim tu satu rasa kopi tapi kopinya tak adalah kuat, ringan-ringan sahaja rasa dia.. Sedap.. Satu lagi roti krim tu rotinya warna hijau dengan krim, pun sedap..

Sha bukanlah peminat roti inti kelapa tapi roti kelapa yang ini memang sedap.. Roti dia tanpa inti pun memang dah sedap..Inti pun tak terlalu manis.. Sama juga macam kaya.. Sedap.. Memang berbaloilah untuk Sha..

Roti Krim - 2, roti kaya dan roti kelapa..

Saturday, August 24, 2024

India | Golam (2024)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah ini ada bahagian 2 tapi bahagian 1 ini memang selesailah di hujung filem..

Kisahnya seorang lelaki mati dalam bilik air.. Polis lain mengesahkan yang kematian tu tak ada unsur jenayah tapi ASP Sandeep syak lelaki tu dibunuh.. Bermulalah penyiasatan beliau.. Memang syoklah bila tengok beliau siasat dan jumpa klu yang membawa kepada kebenaran kematian lelaki tersebut.. 

Masa kes tu dibongkarkan dan bagaimana ianya dilakukan memang kita pun tak sangka tapi lelaki tu matimemang dibunuh.. Puncanya lelaki tu jadikan pekerja dalam bangunan tu sebagai bahan eksperimen untuk menguji ubat dan vaksi keluaran Farmasi lelaki tu.. Memang gila dan jahatlah.. 

Kesudahannya, ASP Sandeep tak tangkap pun pembunuh tu.. Beliau tulis laporan yang lelaki tu mati tanpa unsur jenayah.. Bahagian kedua pula menyaksikan ASP Sadeep menyiasat keberadaan farmasi tu.. Kenalah tunggu filem kedua keluar..

Golam
2024 ‧ Crime/Mystery ‧ 2h
A mysterious death during work hours in an office puzzles all but only Investigator ASP Sandeep Krishna observes it as a murder.

The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Yuzu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tapping Tapir ini keluarkan siri sparkling madu.. Unik betul rasa dia.. Sedaplah.. Cuma mungkin rasa madu tu melebihi rasa yuzu tu.. Manislah.. Kalau campur ais, kurang sikit manis dia.. Sha beli dekat Kedai Mesra Petronas.. Reka bentuk pada tin dia cantik betul.. Mengancam..

The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Yuzu (250ml) - RM3.80

Korea | Perfect Marriage Revenge (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini rupanya tentang 2 manusia yang kembali ke masa silam.. Yeah!! Tekaan awal Sha betul.. Cumanya jalan cerita kemalangan dan kematian tu saja yang tak berapa jelas.. Seronok tengok cerita ini sebab semua yang jahat dapat balasan yang sepatutnya.. Masa awal-awal drama ini, memang kesian lah dekat Yi Joo tu.. Teruk betul dia kena buli dengan perempuan yang ambil dia dari rumah anak yatim.. Gila jahat dan delusional betul.. Eloklah pun kena penjara.. Akhirnya Yi Joo dapat balik kehidupan dia.. Yoo Ra dengan bekas tunang dia tu memang sepadanlah sangat.. kikiki.. Kalau ikutkan Yoo Ra tu pun mangsa perempuan gila tu juga.. Tapi dramakan.. Santai-santai je..

Drama: Perfect Marriage Revenge
Also Known As: The Standard of a Perfect Marriage, The Essence of a Perfect Marriage, The Perfect Standard of Marriage, Wanbyeoghan Gyeolhonui Jeongseok
Screenwriter: Im Seo Ra
Director: Oh Sang Won
Genres: Business, Romance, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Oct 28, 2023 - Dec 3, 2023
Aired On: Saturday, Sunday
Original Network: MBN, Viki
Duration: 1 hr. 4 min.
Han Yi Joo is a painter, who was adopted by Han Jin Woong and Lee Jung Hye. Her father runs Hanwool Financial Group. Yet, Han Yi Joo was not loved by her parents or her younger sister Han Yoo Ra. She was always isolated from her family. Now, Han Yi Joo is married to Yoo Se Hyeok. She learns that her husband Yoo Se Hyeok loves her sister Han Yoo Ra and not her. On that same day, Han Yi Joo gets into a car accident and dies.

When Han Yi Joo wakes up, she finds herself back in time when she was engaged to Yoo Se Hyeok. To change her fate and take revenge on her family, she breaks off her engagement to Yoo Se Hyeok. She then approaches Seo Do Guk, whom her younger sister Han Yoo Ra wants to marry. Seo Do Guk is the grandson of the Taeja Group’s founder. He is a smart and handsome young man. Han Yi Joo wants to enter into a contract marriage with Seo Do Guk and he willingly accepts, but he wants the contract marriage to become a real marriage.

~~ Adapted from the webtoon "The Essence of a Perfect Marriage" (완벽한 결혼의 정석) written by Young (영) and Lee Beom Bae (이범배), and illustrated by Je Ri Bol (제리볼). ~~

Friday, August 23, 2024

Pokka Low Fat Milk: Melon, Mango & Banana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedaplah yang rasa melon tu.. Sha sejukkan dekat tempat beku, lepas tu minum.. Rasa macam minum ais kisar.. kikiki.. Rasa melon dia memang best dan tak manis..

Mangga pula rasanya agak kyrang.. Ada rasa mangga tu tapi tak kuat, lebih pada manja-manja saja rasanya tapi masih lagi sedaplah pada Sha.. Tambah minum waktu sejuk.. Lega saja tekak bila dia lalu.. 

Pisang pun sama, rasa pisang tu tak berapa kuat tapi adalah.. Kiranya kalau korang yang tak berapa suka rasa buah yang kuat, susu ini memang ngam dengan korang.. 

Jujurnya Sha memang tak sangka yang susu dari jenama Pokka ini sedap, memang boleh beli lagilah..

Pokka Low Fat Milk: Melon (250ml) - RM2.00
Pokka Low Fat Milk: Mango (250ml) - RM2.00
Pokka Low Fat Milk: Banana (250ml) - RM2.00

India | Yugi (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini memang mengelirukan tapi bila kita sampai ke hujung cerita, baru kita tahu siapa sebenarnya dalang yang melakukan pembunuhan di awal cerita dan kenapa lelaki tu dibunuh.. Serta misteri kehilangan seorang perempuan di awal cerita.. 

Nanda diminta mencari anak perempuan seorang pegawai yang hilang secara tiba-tiba.. Pencarian tu dilakukan secara senyap.. Dalam masa yang sama, seorang lelaki yang dipanggil swami berserta 2 anak buah dia turut melakukan pencarian.. Mereka ini saling mencari dan pencarian mereka tak bertembung hinggalah Nanda mula disyaki rakan sekerja dia melakukan pembunuhan.. Benar ke Nanda yang membunuh ataupun sebenarnya ada orang lain cuba memerangkap Nanda? Syoklah main teka-teka mencari apa sebenarnya yang terjadi..

Memang tak sangkalah dengan perangai manusia yang gila.. Sanggup buat apa sahaja hanya kerana berpengaruh.. Balas dendam tu salah ya.. 

Yugi
2022 ‧ Thriller/Drama ‧ 2h 11m
A detective, along with his team, goes in search of a missing girl. What follows are shocking revelations about Karthika, a girl who became the victim of power and economic exploitation.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com