Assalamualaikum..
Hye semua..
Bila beli secara single sachet, memang pelbagai jenis kopilah boleh jumpa.. Ini antara yang Sha tak pernah jumpa di pasaraya.. Jadinya kita belilah untuk cuba.. Memang menarik..
Indocafe: Cappucino 5in1 (25g) - RM1.96
Pergh!! Lain macam buih atas tu.. Memang sedaplah cappuccino nya.. Mewah betul rasa dia.. Berlemak dan cukup rasa serta tak manis sangat..
Indocafe: White (12g) - RM1.39
Kopi tanpa gula, hanya ada susu.. Memang kaw kopinya.. Ngam ja untuk mereka yang tak suka manis.. Pekat dan berlemak kopinya.. Padu gitu..
kat mana beli loose sachet ni? bolehlah juga ammi cuba yang indocafe white tu kalau kata cuma ada kopi dan susu. macam rasa cafe latte
ReplyDeleteSha beli kat shopee.. taip ja loose sachet..
Delete