Assalamualaikum..
Hye semua..
Kalau korang suka Twix, versi Pods ini ibarat Twix dalam kapsul kecil yang penuh dengan keajaiban! Gitu.. Karamel yang lembut, coklat susu yang cair di mulut, dan biskut yang rangup berjaya menghasilkan gandaan rasa manis, lemak, dan crunchy yang sempurna.. Sekali cuba, confirm tak cukup satu pek.. Pods Twix sesuai dimakan begitu sahaja, atau kalau nak lebih ‘fancy’, cuba taburkan dalam aiskrim vanilla, yogurt sejuk, ataupun jadikan topping untuk kek coklat.. Rasanya yang tak terlalu manis memang akan mencuri perhatian sesiapa sahaja yang mencuba.. Sha tersuka tanpa sengaja..
Dapatlah suku bekas tu.. kikiki.. Sekali hadap ja ini, memang licin..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..