Assalamualaikum..
Hye semua..
Nie antara novel-novel yang berjaya aku baca.. hahaha... banyak la jugak... walaupun masih ade yang sangkut lagi... tapi biasanya novel bahasa melayu jarang sangkut... yang selalunya sangkut novel bahasa Inggeris... hahahaha... dah gila membaca & membeli nampaknya... tp dalam banyak2 (Banyak ke???) novel yg aku baca kat bawah nie ada 1 je yang aku beli yang lenlain tu adik aku yang punya.. hahaha... 
Tajuk : Gemersik Kalbu
Karya : Anis Ayuni
saya baca sebab nak tahu ending cerita... na nak tahu persamaan buku dan juga drama.. malangnya x menepati selera saya... saya baca sepintas lalu... bolehlah untuk merehatkan otak dari realiti dunia.. yang saya tahu saya tak minat cerita nie.. hurm kenapa??? ntah.. tak kena dengan minda saya...
Sinopsis Ringkas : Raihana ... seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak 
kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami 
desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila
 neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih 
sayang dalam dunianya sendiri. 
Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan 
bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya 
yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.
Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. 
Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri 
sendiri. 
Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta 
bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, 
masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta 
itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.
Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan.
 Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana 
membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra. 
Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan 
permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti 
pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar 
suami.
Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu 
lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari 
mimpinya. Dan Sufian tekad ....
Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, 
Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana 
yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. 
Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui 
hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. 
Tinggallah dia merintih keseorangan.
Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang
 dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu 
semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan 
Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur 
kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang 
ditakdirkan untuk dirinya.
Tajuk : Fiksyen 302
Karya : Ramlee Awang Murshid
Memang x mengecewakan saya.. cita nie buat otak saya bekerja keras.. habis je baca penin jap kepala saya.. hahaha... serius ini adalah novel RAM yang betul2 mnguji otak dan fokus saya... sampey otak saya blanklah lepas baca novel nie.. hahaha... thanks RAM..
Sinopsis Ringkas : LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH 
KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. 
Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 
dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan 
melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, 
mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, 
motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan 
psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab 
bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
 
 Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang
 dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk 
merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran 
watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih 
dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
Tajuk : Air Mata Siti Hajar
Karya : Nazihatul Hanan
    Serius cakap aku mmg geram sangat bila baca novel nie... hahaha... tapi aku suka karekter yang dicipta dalam novel nie.. menarik penuh dengan ketelitian.. cuma aku xle terima kenapa mesti mencari cinta lama sedangkan diri sudah berpunya dengan ikatan yang sah... kenapa harus menyelongkar kenangan silam sedangkan diri kini melangkah menuju kehadapan... kenapa perlu mencipta kebahgiaan sedangkan diri masih x pasti.. manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada..
Sinopsis Ringkas : SITI HAJAR – Rasa cintanya terhadap Ibrahim sangat mendalam. Meskipun 
dimusuhi Khadijah… Hajar tetap mampu bertahan kerana ALLAH sentiasa 
melindunginya. ILAH itu dekat dengannya, lebih hampir daripada urat 
merihnya sendiri.
IBRAHIM – Tidak diragui sama sekali, cintanya terhadap Hajar menggunung 
tinggi. Namun sayang, dia berlaku tidak adil tatkala mengadili konflik 
antara Hajar dan adiknya, Khadijah. Akibatnya, sang isteri asyik 
menjeruk hati. 
Namun, rasa cinta Ibrahim berubah sejak kehadiran Sarah. Dia kasihkan 
Hajar tetapi tidak mampu menidakkan kesetiaan Sarah terhadapnya. Hajar 
pula, sudah tidak berdaya mempertahankan cintanya lagi. Kata-kata Aisyah
 mungkin ada benarnya. Cinta Hajar kepada Ibrahim selama ini bukanlah 
kerana ALLAH. Buktinya jelas. Hajar tidak mampu menerima hakikat hidup 
bermadu. Ada, tetapi… Hajar bukanlah gerangannya.
Novel : Akukah Puteri Itu?
Karya : Lily Haslina Nasir  
   Serius nie lah novel yang berjaya membuatkan rasa geram, gumbira, kelakar dan sedih beradun menjadi satu... novelnya ringkas dengan bahasa yang mudah.. sesuai untu remaja... (Remajakah aku??? Memang x r..) hahaha... kalo nak enjoy n rileks baca r novel nie... sesuai sangat... Novel nie novel kompilasi sebenarnya... ada dua novel (akukah Cinderella itu? dan Akukah Snow White itu?) & 1 novel mini (Akukah Putera Impian itu?)
Sinopsis Ringkas : Kompilasi dua novel Syok! Lily Haslina Nasir iaitu Akukah Cinderella 
Itu? dan Akukah Snow White Itu? Mengisahkan kehidupan gadis biasa, Lisa 
mengejar cita-citanya menjadi pelajar pintar di Kolej Universiti 
Malaysia. Ikuti juga kisah Farid dalam novel mini, Akukah Putera Impian 
Itu? bagi mengetahui isi hatinya yang sebenar.
Novel : Purnama Merindu
Karya : Nora Isma Fuad
    Aku xtau nak komen apa pasal novel nie... baca sendirilah ye...sebab dah terlalu banyak membaca sampey aku raser xtentu arah... tapi novel nie mmg santai r kalo nak bace... aku suka cover die... mendamaikan hati yang runsing... hehehe...
Sinopsis Ringkas : William Shakespeare, Journey’s end in lovers meeting. Cinta menamatkan 
penantian ‘pungguk dan bulan’ yang berlaku dalam kehidupan watak-watak 
Kameel, Wulan, Rafique, Zara Orkhid dan Asmira. Perkahwinan yang bahagia
 antara Kameel dan Wulan, cukupkah untuk memberhentikan ‘cinta lara’ 
yang ditanggung selama hayat? Masih adakah peluang kedua bagi menebus 
kesilapan silam yang ‘hitam’ antara Kameel dan Asmira? Akan bertemukah 
Wulan lagi dengan si pungguk ‘Rafique’ yang lama dia nantikan? Bersikap 
skeptis terhadap lelaki, kedatangan ‘hero cinta’ cukupkah membuka hati 
Zara semula terhadap cinta?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Book Quotes
Review & Rating
Sha's bookshelf: read




 
          
            by Del Osmera
          
          
            Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
          
      



 
          
            by Del Osmera
          
          
            Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..
          
       
   
 























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..