Checkup Pep smear - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Friday, June 22, 2012

Checkup Pep smear

Hari ini nak gi wat checkup Pep smear yang kedua. Sambil-sambil tu nak check upt gak, mane lah tau ada isi.. hehehe... sebab dah lama x period.. Tapi ada orang tegur badan dah susut?? Susut ke??
Kepada semua kaum hawa yang sudah berkahwin dan bersalin, sudahkah anda membuat check up Pep smear?? Percayalah checkup nie x sakit pun. Kejap jer die amik sample. Buatlah untuk langkah-langkah pencegahan.
Tarikh yang sesuai untuk melakukan pemeriksaan ini adalah pada hari ke 12- 14 selepas period kuar. Maksudnya anda kena kira dari hari pertama period. ok?? Jangan lupa ya buat pemeriksaaan. Semoga kita semua akan sentiasa sihat dan berada dalam rahmat Allah.

Sedikit mengenai Pap Smear


Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.  Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel  kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh. Nak tahu lebih lanjut klik SINI

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..