Friday, September 29, 2017

Implant aka Nexplanon - Pemasangan

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Akhirnya hari yang dinanti tiba juga..
Rabu (27.09.2017) temujanji Sha di Hospital Besar Slim River..
Perasaan usah cakaplah.. Berdebar-debar..
Memang seram sejuk dari malam membawa ke siang..
Walaupun melalui pembacaan, prosesnya tak adalah teruk sangat..
Tapi sebab ada perkataan tore/minor surgery..
Seram itu tetap ada..

Proses pemasangan implant..
Mula-mula kena check urine, nak kepastian sama ada mengandung atau tak..
Lepas itu, nurse akan ambil tinggi, berat dan bacaan jantung..
Sesi soal jawab pun bermula..
Anak berapa, lahir normal ke tak, lahir dekat mana, perempuan ke lelaki, berat anak, haid yang terakhir bila, pernah buat pembedahan ke tak, ada penyakit ke tak dan pengakhiran dia ambil butiran suami..
Lepas itu, misi bagi angka giliran.. 

Tak sampai 5 minit tunggu, doktor panggil..
Masuk bilik doktor, sesi soal jawab kedua..
Doktor akan tanya betul ke nak pakai implant? Memang tak nak anak lagi ke? Puan muda lagi..
Setelah sesi soal jawab, doktor bawa ke bilik operasi.. 

Doktor suruh Sha duduk dan letak tangan atas meja..
Doktor buat ukuran dan tanda tempat yang akan ditoreh..
Sapu ubat kuning, bubuh kain yang sudah di sterile..
Okay.. Operasi bermula..
Doktor cucuk ubat bius dulu.. Yang ini sakit sikitlah..
Lepas cucuk ubat bius, doktor terus toreh dan masukkan implant.. 
Rasa dia masukkan implant sebab ada sesi soal jawab antara doktor tang buat kerja dan doktor yang tengok/belajar..
Tak adalah sakit pun.. Cuma terasa seram..
Lepas dah masuk implant itu, doktor suruh rasa.. Memang ada rasa benda dekat lengan..
Tak sampai 5 minit, dah selesai..
Lepas itu, misi balut tempat yang bubuh implant itu..

Misi bagi tarikh untuk buka implant..
Doktor pesan kalau tak datang haid, buat ujian urine.. Manalah tahu termengandung.. Itu je..

Tapi Sha ambil alternatif sendiri untuk ke Klinik Desa.. Untuk pemeriksaan susulan..
Ini perkongsian dari Sha mengenai pemasangan Implant..
Lain orang, lain pengalamannya..
Semoga bermanfaat..

Owh ya.. Doktor tak bagi mc, Sha amik cuti separuh hari.. Sebab temujanji pemasangan implant ini sebelah petang..
Khamis (28.09.2017) Sha ambil cuti..
Nak rehatkan tangan..

9 comments:

  1. baca pun dah tahu sakit kena inject tu macam mana. Hahaha takut jarum dari sekolah lagi :P

    ReplyDelete
  2. dah selesai dah pasang implan,
    implan ni brapa tahun baru boleh dibuka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiga tahun.. Dalam 2020 nanti baru buka.. Tapi depends denfan condition sha..

      Delete
  3. Adehhh memang tamo pasang.. seram wehhh... tengok yg kakak lea sudah la.. Memang tak leh blah... Takut..

    ReplyDelete
  4. seram pula baca pasal surgery tu walaupun minor aje. dahlah kat tangan

    ReplyDelete
  5. Baca pun seriau... hari tu jiran suruh rasa implan ni dalam tangan dia... seram sejuk saya.. huhuhuu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com