Tuesday, September 5, 2017

Zoo Taiping #misimencarizirafah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Demi memenuhi pertanyaan Imani mengenai bunyi zirafah..
Maka Sabtu (02.09.2017) Sha bawa Amani dan Imani ke Zoo Taiping..
Bestnya bila IC 08 atau alamat perak maka dapat diskaun 20%..
Sha bayar RM40.40 untuk dua tiket dewasa (RM13.80-seorang) dan dua tiket kanak-kanak (RM6.40-seorang)..
Harga asal RM51 untuk dua dewasa (RM17-seorang) dan dua kanak-kanak (RM8.50-seorang)..
Jimat RM10.60 tau..
Jadi sila gunakan IC anda kalau anda lahir di perak atau alamat perak di IC..

Alhamdulillah dapat menunaikan impian anak-anak..
Cuma keadaan zoo agak tidak terurus..
Haiwan pun banyak tak ada.. Huhuhu..
Imani memang seronok dan teruja..
Suka dia tengok haiwan yang ada..
Mulut pun macam bertih jagung..
Tak diam.. Ada je yang nak ditanya..
Kami dapat dengar singa mengaum.. 

Masuk lebih kurang jam 11 lebih.. Keluar pukul 1 lebih..
Habis berjalan dalam zoo, lepak dekat parking kereta..
Makan aiskrim rm2 penuh kacang.. Pergh!!

Setelah kepenatan berjalan..
Akhirnya jumpa juga encik zirafah ini..
Sukanyalah Imani bila jumpa Zirafah..
Malangnya Zirafah senyap je tak berbunyi.. Hehehe..

Muka-muka teruja tengok haiwan..


Sebelum balik.. Bergambar dulu,,
Imani dah tak larat.. hehehe..

Encik Buaya yang handsome..

Dua haiwan di atas je yang dapat Sha snap..
Selebihnya kena jawab soalan Imani..

Harga tiket selepas diskaun..

7 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat hari selasa Sha. Pergi zoo taiping ya

    Ok juga harga tiket tu

    Jauh lagi berpatutan dari pergi tempat kat kl dan sealngor ni

    ReplyDelete
  2. Wah untunglah ic perak boleh dapat extra discount.

    ReplyDelete
  3. mahal juga ya sha harga masuk zoo.tapi kalau banyak haiwan kira berbaloi..kalau kat sabah ni harganya murah sebab bagi MV haiwannya tak banyak

    ReplyDelete
  4. Bestnya jln2 sekeluarga ke zoo.. mmg seronok sesekali dpt beraktiviti mcm ni. Pengalaman yg baik juga utk anak2 :)

    ReplyDelete
  5. Dah lama betul la tak jejak kaki kat Zoo Taiping ni T___T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. siap ada misi tak tahan tu.. hehee..

    ReplyDelete
  7. Dulu, masa saya bawak anak sedara yang pada masa tue umur baru 2 tahun, dia langsung tak pandang pada haiwan kat zoo tue, tapi suka sangat tengok air terjun dan kolam air, menggeletek gelak2 bila beruang terjun dalam air.. huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com