Wednesday, June 23, 2021

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini bebas dah dari PKPD.. Seawal pagi Sha dah keluar cari roti canai.. Hehehe.. Lama tak makan roti canai kan.. Puas hatilah.. Lepas tu teman encik suami ke balai polis untuk dapatkan kebenaran rentas daerah.. Dah dekat 3 minggu tak balik jenguk MIL.. Nak bersihkan rumah dan juga top up barang dapur.. Encik suami balik sorang je..

Sha pula di rumah, pantau PdPR anak-anak dan juga mendengar taklimat Program Technology Talk & Update: Transformation & Opportunities In The New Normal yang dianjurkan Perpustakaan Negara Malaysia secara atas talian di https://youtu.be/Fhs6DPt3MYg..

Sebelah petangnya pula Sha sertai Sembang Santai "Apa Itu U-Pustaka" di FB LIVE Pusat Internet Komuniti Kg Chabau.. Seronok juga walaupun ada beberapa info tu memang Sha dah tahu.. Refresh ilmu namanya ini.. hehehe..

Petangnya Sha keluar belikan Amani KFC kegemarannya.. Meraikan hari jadi yang dah berlalu.. Cari aiskrim juga buat kudap-kudap sambil membaca dan menonton drama/filem.. hehehe..

8 comments:

  1. Alhamdulillah kak sha..dah bebas dari PKPD.. finally boleh keluarkan .. huhuh tapi take care tau kak sha

    ReplyDelete
  2. Wah alhamdulillah pintu pagar dah buka boleh lah ke sana ke sini..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dah habis pkpd dah. Bestnya dah dapat roti canai fav haha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, dah selesai pkpd. Take care tau kak sha dan family! :)

    ReplyDelete
  5. stay safe n healthy kaksha n family^^

    ReplyDelete
  6. Bila bekerja dr rumah mesti sibuk

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com